HAPPY BIRTHDAY ADIK FARHANAH, ANAK BIJAK

in , by Nadia Johari, 19:27:00
 hai assalammualaikum
 
Happy Birthday Adik Farhanah, Anak Bijak - Semalam 5 Februari, birthday Farhanah Nasuha. Ya dah 3 tahun dah budak ni. Budak bijak, pandai, sebab ikut kakak dia yang bijak pandai..hehee. Banyak akal dah budak ni, pandai dah buat banyak benda. Selalu buli mommy, daddy dan kakak..hahaa. Teringat pengalaman bersalinkan Farhanah, alhamdulillah takda berlaku apa-apa, mudah je. Kalau masa Fariza, adala sedikit kesilapan, boleh la baca kedua pengalaman nad ni. 
 

 
Dua pengalaman yang berbeza dan berlainan waktu berpantang juga ye. Kalau kakak kerap menangis, sampai tak tau nak buat apa. Rupanya kakak sakit. Nasib kesan awal, kalau tak, tak tau la kita. Adik pulak, alhamdulillah, sangat baik waktu pantang. Nad belajar dari pengalamn berpantang anak pertama supaya tiada kesilapan yang berlaku lagi. Syukur semuanya baik-baik sahaja. Farhanah pun bagi kerjasama yang baik ye..heehee.Semuanya dipermudahkan sampaila umurnya 3 tahun sekarang.



Cumanyaaaaa....

Farhanah tak wean off lagi..hahaa. Ya dia menyusu badan lagi sampai sekarang. Dah ajar dah minum susu tepung, guna botol, guna cawan, tapi tetap mencari susu badan. Ni pun dah slow ajar nak suruh ceraikan susu badan ni.tapi belum berjaya lagi erk..hehee.
 
Dengar selalu orang cakap bubuh macam-macam dekat kita punya puting ni tapi takpela, biar dia wean off sendiri sama macam kakak dia. Tak letak apa-apa pun,paham la nanti dia.



Tiga tahun, banyak akal dah. Pandai dah nak tolong mommy dekat dapur, disuruh buat apa-apa senang je. Ikut je apa mommy suruh. Seorang yang disiplin. Mommy ajar mandi, sabun, gosok gigi lepas tu basuh mulut, lap mulut, kemudian basahkan badan semula. Farhanah ingat ye step semua tu, bila ada stau terlepas, dia yang ingatkan..hahaa. Diala selalu ingtakan supaya baca doa makan, doa tidur..Mommy ajar dia ingat selalu, alhamdulillah.

Ni pun dah mula belajar ikut kakak dia. 

Mommy harap semoga Farhanah membesar dengan baik, dengan sihat, dan jadi anak solehah selalu ye sayang. Love you.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Ahh...so adorable. Children who are obedient are the best. :D

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2