hai assalammualaikum

Sotong Bakar Masak Ala Portugis!!, Guna Pes Ikan Bakar Homemade Siap Annoura - Dah lama tak makan sotong bakar masak ala portugis ni. Dulu kerap makan dekat foodcourt. Lepas tu dah jarang pergi, kerap nampak dekat bazar ramadan. Ni PKP lagi la entah mana nak cari. Sudahnya buatla sendiri. Korang tau tak sotong bakar masak ala portugis ni. Ala yang makanan dia dimasak dalam kertas aluminium, pastu ada daun pisang, ada sayur bendi tu, hah tu la dia. Lama betul nad tak makan tau.
 

Kalau diikutkan, bahan-bahan nak membuatnya memang banyak, bawang la, halia, lengkuas, ada tu cili, eh macam-macam la.Tengok macam senang, tapi tu la kadang nak membuatnya tu, aduh bila rajin la..hahaa. Masakan yang banyak bahan ni memang lemah ye nak buat, hahaha. Nak kupas satu-satu, haishh leceh. Kalau boleh semua benda nak siap dah, tinggal bubuh dan masak, senang kerja..hahaaa. 

Sotong Bakar Masak Ala Portugis!!, Guna Pes Ikan Bakar Homemade Siap Annoura

Ternampak pulak kawan kita, Eika post dia masak ikan bakar guna pes dia buat. Dia open order juga, terus nad mintak order. Tengok dia buat ikan bakar tu macam sedap je. Harga untuk satu pes RM10, jadi nad beli dua. Baik beli lebih dari beli satu kang menyesal..hahaa. 


Tengok aja pembngkusan dia, cantik je, siap botol putih ni. Pes dimasukkan dalam botol, pastu boleh simpan peti ais. Botol ni kita boleh recycle semula ye..hehee. Bila dah dapat terus buat sotong bakar masak ala postugis tu. Haritu pun baru pergi pasar beli sotong, ngam sangat la beli pes ni.


Cara penggunaan Original Pes Ikan Bakar Ann Noura
- Bersihkan ikan siakap/ikan merah/ikan jenahak/sotong/udang/kerang. Alas dengan aluminium foil dan lapik dengan daun pisang. Nalk cantik hiasannya, tapi nad duk cari daun pisang, kat pasaraya, takde ye wak, sudahnya pakai aluminium sahaja.
- Selalu nampak masak portugis ni ada sayur bendi kan, hah dapatla sayur bendi ni.
- Tambah sedikit air ke dalam bungkusan pes, tuang dan ratakan pada makan yang nak di masak. Bau pes bau tomyam, sedap. 
- Nad buat, letak sayur bendi dekat kertas aluminium, pastu bubuh pes ikan bakar sikit, kemudian letak sotong, kemudian letak pes ikan bakar dan atas sekali letak sayur bendi lagi.
- Nak lagi sedap, letak daun kunyit & daun limau purut yang sudah dimayang halus. Tapi kita tak jumpa juga daun kunyit, daun limau purut ada, tapi kita tak letak. Cukupla sayur bendi je..ahhaa.
- Lepastu tutup bungkusan aluminum foil tadi. 
- Nak lagi ummphh, perap sekurang-kurangnya setengah jam dan sedia dibakar.


Macam nad bakar guna periuk pemanggang ajaib tu, senang. Kalau sotong ni jangan bakar lama-lama nanti keras.
 
Cadangan: dimasak dalam pemanggang ajaib (magic pan). Biarkan tutup dengan api sederhana-perlahan dalam anggaran 45 minit (bagi ikan).

Jika ada minyak berlebihan, boleh buang dahulu sebelum dibakar bersama ikan.


Ni la rupa sotong bakar masak ala portugis, aumm!! Nampak sedap tak..hehehee. Terliur tak!! 
 
Memang sedap sangat guna pes ni. Cuma pes ni tak pedas sangat, so anak-anak boleh makan. Buka kertas aluminium foil tu keluar bau semerbak sampai anak cakap " wah, cedapnya bau mommy ". Habis semua sotong ni..ehee.
 
Rasa mungkin sedikit berbeza kerana manusia dikurniakan dengan deria rasa yang berlainan.hehee. Mungkin tekak korang rasa kureng bolehla tambah apa yang patut..kita dah ok dah..hehe
 
Pes sesuai untuk aneka makan laut (ikan siakap/ikan merah/ikan jenahak/sotong/udang/kerang) dan pelbagai jenis ikan sungai (keli, talapia dsb).

 
Kalau korang nak cuba masak ala portugis ni, mencari pes ikan bakar yang sedap, boleh la pergi ke
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Nadia tlg masak kurier ke sini lol
    macam sedap lahaii.. tiba2 macam mau makan sotong
    fav tu!

    ReplyDelete
  2. Wow! Nampaknya memang macam sedap lar. :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...memang dah lama x makan bakar- bakar ala portugis ni....selalu makan kat food court area opis

    ReplyDelete
  4. Thank youuu! Kak nad masak menyelerakan sungguhh ��

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu makan kat food court Pavi. Boleh masak guna air fryer tak?

    ReplyDelete
  6. Nampak macam sambal sotong biasa tapi tau dah rasanya mesti lain. Hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2