hai assalammualaikum
 
Sup Ayam Ala Thai, Mudah Dan Sedap, Hanya Tuang Sup Siam Adabi Sahaja - Selalunya buat sup, nad guna sup bunjut atau kiub ayam. Tapi haritu nampakla dekat twitter, dia pakai sup siam untuk buat sup. Selalu nampak je sup siam ni dekat pasaraya, tapi tak terfikir nak ambil, yela dah biasa masak guna sup bunjut, kiub sup. Tengok komen, semua cakap sedap, jadi, nad pun belila sup siam tu nak cuba juga..hehee.
 

Sup Siam Adabi Melazatkan Makanan

Sup siam paket ungu tu la sup yang ramai orang komen, katanya, rasa sama macam dekat kedai sup Thai. Jadi bila dah orang cakap sedap, kita pun nak jugala rasa kan. Kalau tengok pada paket gamabr daging, sebab bau dia memang bau sup daging tapi boleh je pelbagaikan, nak buat sup ayam ke, campur ke ( udang + sotong + ayam ), buat sup perut pun boleh. Eh macam-macamla yang boleh dibuat sup.


Sup ni masakan mudah masak. Sedap kalau dihirup kuahnya, makan macam tu je pun boleh..hehehe.
 
Selalunya, nak masak sup ni memang main campak je..hehee, yang penting kena banyak sayur. So haritu nad nak buat sup ayam. Sup ni nak sedap kena ada daun sup atau daun ketumbar sikit, tapi haritu takda pulak, guna jela sayur yang ada.



Bahan-bahan
- Sup siam adabi
- Ayam
- Sayur jagung kecik
- Sayur Lobak
- sayur cendawam
- Cili padi 5 biji
- Bawang merah
- 1 inci halia

Cara membuatnya
- Masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih
- Dah mendidih masukkan sup siam adabi, bawang merah dan halia, kacaukan 
- Pastu masukkan lobak dan ayam. Biarkan ayam dan lobak empuk.
- Dah empuk, boleh masukkan sayur jagung kecik dan sayur cendawan serta cili padi
- Masukkan masukkan sedikit garam, dan kacau
- Biarkan sampai masak, siap.

Macam nad cakap nak lagi lawa, dan sedap ada sayur daun sup atau ketumbar, tak pun letak limau nipis, bagi rasa masam macam tu. Tapi nad takda, jadi macam ni jela..hehee. 


Nampak macam biasa, tapi rasa dia memang sedap betul. Sama macam rasa sup dekat kedai Thai tu. Takyah la guna sup bunjut, kiub tu semua dah..ehhee. Guna sup siam adabi je. Memang umpphh rasa dia. Digandingkan pulak dengan sambal kicap tu, dan telur dadar, fuh menambah nasi..hehee

Mr mafia pun cakap, sup ayam kali ni sedap..hehee. Dia tak tau yang kita guna sup siam ni. Selalu dia tak suka makan sup kita buat, tapi yang ni dia cakap cukup rasa semua..hah!!, ni kalau dia baca taula rahsia sup ayam sedap tu..haha. Kalau tak baca ok, pasni kita buat lain lagi..ehhee. Tambah tomato, cari daun sup..aumm..

Ok korang cubala guna sup siam adabi ni.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Perghhh.. Sedap ni. Memang mudah dan sedap. Nak lagi tambah cili kicap memang bertambah tambah nasik. HAhaa

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tambah makan dengan cili kicap kann :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2