hai assalammualaikum

Beristirehat Bersama Keluarga Di Celi Chalet Kemensah - Lama betul tak pergi mandi sungai, berendam badan dalam sungai. Memang nak sangat nak pergi tapi pening nak pergi dekat mana. Lepas tu nampakla kawan kita geng Ampang ni, dia pergi satu tempat ni dekat area Kemensah. Nama tempat tu Celi Chalet Kemensah. Tengok best juga tempat dia, terus whatsup kawan tu kene bayar ke nak masuk, pastu ada apa, semua tu la. 
 

Lepas tu bagitau mr mafia, terus dia google, dan tengok tempat tu. Nampak la nombor telefon orang tu, terus whatsup nak book pondok. Book awal senang, adalah banyak kosong kan. Ya dekat situ ada dua book pondok atau chalet, kitaorang book pondok je sebab sehari je kan dekat situ.

Awal pagi bangun, berhempas pulas masak nasi lemak sendirian. Ya, sendiri je, kita semuakan ni semua. Lepas tu goreng karipap frozen yang kita jual juga..ehehee. So menu haritu Nasi lemak dan karipap goreng. Lepas siap, mandikan anak-anak pulak. Setel semua, kita gerak.
 

Beristirehat Bersama Keluarga Di Celi Chalet Kemensah

Pukul 9 pagi gerak, dah banyak kereta uiii. Nampaknya orang dari pagi dah keluar. PKPB ni dapatla buat aktiviti yang dibolehkan. Ramai juga yang pergi masuk Zoo Negara. Tapi nad nak pergi ke Celi Chalet Kemensah, lalu belakang Zoo Negara.
 


Senang dekat sini, ada tempat parking dia sendiri. Parking RM5 je


Sampai je, terus pergi ke tempat masuk dia, dekat situ ada orang jaga. Pastu kita bagitau, kita dah book pondok. Dia dah catat dalam buku, dan bagitau nombor yang kita whatsup dia. Ok, owner tempat ni namaya En Rosli, jadi haritu yang jaga dekat pintu masuk tu owner ni sendiri.
 
Dekat sini pun ikut SOP ye. Kene scan dan cek suhu. Ikut undang-undang ok. 


Ok ni harga pondok dan chalet.
Pondok : RM50
Chalet : RM80
 
Lain-lain tu adalah tambahn dia, dan aktiviti yang boleh dibuat dekat situ.

Kemudian dia cakap pondok 15, dekat dengan sungai. Masa nad book tu, nad mintak pondok yang dekat dengan sungai. Jadi dapatla pondok 15 ni. Memang sebelah betul-betul sebelah sungai. Tinggal terjun je..hehehe.





Syoknyaa la..Lama tak nampak kehijauan pokok macam ni. Bila dapat tengok, hirup udara sedalam-dalamnya. Udara segar ye.

Oh masuk sini, line Digi langsung takda. Tak tau line lain. Jadi, memang rehat habis, tak pandang telefon sangat. Alhamdulillah, tenang setenangnya. Dengan air sungai yang sejuk, dikelilingi pokok hijau dengan udara yang segar.
 


Air dekat sini ada cetek ada dalam, tapi tak dalam sangat pun.
 



Layan anak-anak mandi sungai. Diaorang pun dah lama tunggu. Pelampung tu dah lama simpan, tak bawak pergi mana-mana..hahaha. Nah, dah dapat pakai pelampung masuk dalam sungai.
 

Bila lapar, naik atas dan makan. Dekat je dengan pondok. Pondok pun besar juga. Sebelah pondok ada lagi meja dan kerusi. Kalau datang rami family ok je satu pondok, kemudian bawak tikar, bentang tikar dekat bawah pondok.
 

Haritu nad nampak, sebelah chalet. Lepas pelanggan tu balik, ada pekerja situ yang membersihkan chalet tu. Bagus sanagt kan, yela covid ni kene jaga kebersihan. Jadi, tempat ni ambil langkah berjaga-jaga.

Kitaorang beristirehat, berendam dari pagi sampai petang dalam pukul 4 lebih baru balik..Kalau boleh nak lama lagi, tapi takpela, lain kali. Dekat sini pun boleh bermalam, syok juga.
 


Dekat sini pun ada tempat bbq. Jadi, kalau nak buat bbq, hah tinggal bawak makanan je, bakar dah disediakan.

Tandas dekat sini pun bersih selesa. Banyakla kemudahan dekat sini.
 


Kalau ada yang nak bercuti, nak beristirehat, nak berendam sungai, bolehla datang Celi Chalet Kemensah ni. Korang boleh contact ROSLI ISMAIL@CELI, H/P:0193773413
 
Untuk ketahui lanjut atau nak booking boleh layari
Facebook: Celi Chalet  
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Best kan boleh mandi-manda kat sungai. :) Seronok si kecil boleh rasa sedikit kebebasan takla dibelenggu pandemik.

    ReplyDelete
  2. Seronok mandi-mandi. Dah masuk musim panas balik ni. Sesuai sangat.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2