INSTAGRAM ADA REELS, ALA-ALA TIKTOK GITU!!

in , by Nadia Johari, 01:24:00
 hai assalammualaikum
 
Instagram Ada Reels, Ala-Ala Tiktok Gitu !! - Haritu, buka instagram, sekali button semua nampak lain. Makin lama makin pening dengan instagram ni, ada je benda baharu yang dibuat. Baru-baru ni, Instagram Reels ada pulak di instagram. Apa tu Instagram Reels? Mungkin tak perlu diucapkan, sebab kalau korang tengok sendiri tau la untuk apa..huhuhu. Instagram Reels ala-ala Tiktok gitu, ke sama..huhu. Siapa tak main Tiktok, hah macam tu la rupa dia
 

Instagram Ada Reels, Ala-Ala Tiktok Gitu !!

Instagram Reels ni, adalah perkongsian video pendek yang berdurasi 30 saat. Boleh buat apa sahaj video yang kreatif. Kalau menarik memang boleh tarik ramai orang untuk tengok. Reels ni juga boleh rakam terus, simpan, masukkan audio, tulisan semua, sama macam Tiktok.




Banyak pilihan video yang korang boleh tengok. Luar negara dah lama ada, cuma kat Malaysia baru dilancarkan.  Selain itu, tab khusus untuk Reels pada profil pengguna juga akan tersedia. Video Reels boleh dikongsi di Instagram melalui feeds (suapan), stories, close friend, atau hanya dengan rakan melalui mesej.

Ciri Reels ini menawarkan pelbagai alat penerbitan untuk menghasilkan video kreatif dan menyeronokkan. Antaranya ialah:
1) Tempo – Pilihan untuk mempercepat atau memperlahankan bahagian video atau audio yang anda pilih.
2) Pemasa dan Kiraan Balik – Tetapkan pemasa untuk merakam sebarang klip anda secara bebas tangan.
3) Teks dan Pelekat Stiker mengikut waktu – Tambah teks atau pelekat stiker pada saat tertentu dalam video Reels.
4) Mencantikkan (Touch-Up) – Menambah kesan kesempurnaan pada kandungan video.

Nad dah lama ada akaun Tiktok tapi tak habis explore lagi, tak pro pun lagi nak update macam-macam..hahaa. Sekali keluar Reels Instagram pulak. Ni pun belum guna lagi..haaha. Tengok ramai dah cuba. Nampaknya kene cuba juga, jangan ketinggalan ye..hehe.


Bila ada penambahan ni, mesti ramai lagi mereka yang pandai buat video, berkarya dan berkreatif menggunakan reels ni.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Guess Instagram does not want to be left behind by Tik Tok. :)

    ReplyDelete
  2. Tak sempat godek-godek lagi reels ni. Tapi dah meriah dah masing2 post kat ig.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2