hai assalammualaikum
 
Projek Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey Untuk Rumah Kebajikan dan Frontliners - Ramadhan dah nak tiba, waktu ni la kita berebut-rebut nak lakukan amal jariah. Mungkin bulan Ramadhan ni, ada yang berniat nak buat infaq makanan kepada rumah kebajikan atau frontliners, boleh join Projek Infaq Ramadhan bersama Dapur Lapowey ni.
 
 

Projek Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey Untuk Rumah Kebajikan dan Frontliners

Walaupun dalam keadaan pandemik, kita masih lagi boleh buat amal jariah dan dapatkan pahala dengan membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sebelum ni kita sendiri yang buat dan uruskan semua, tapi disebabkan pandemik, semua tu agak terbatas kita nak lakukan. Sebab tu, projek Infaq Ramadhan ni dilakukan bagi membantu mereka yang ingin melakukan infaq dengan hanya membuat tempahan dan bagitau lokasi sahaja dan semua diuruskan pihak Lapowey, mudahkan!!
 
Ok, bagi yang berniat nak infaq makanan tu, peluang macam ni korang kena rebut, lagi bulan Ramadhan. Tak kisahla badan korporat atau individu yang berkemampuan yang ingin membuat sedekah infaq makanan kepada rumah kebajikan seperti rumah anak yatim , rumah orang tua  atau kepada frontliners ( polis, bomba, dan lain-lain ) atau kepada sesiapa yang korang nak infaqkan tu, boleh sertai Projek Infaq Ramadhan bersama Dapur Lapowey.
 
Caranya mudah sahaja, 
 
- Pihak penderma hanya perlu membuat tempahan, bagitau lokasi dan kuantiti, kemudian pihak Lapowey akan uruskan semua. Yang penting maklumat tu kene betul dan tepat.

- Untuk Projek Infaq Ramadhan 2021 ni, terdapat 6 menu yang pasti semuanya sangat sedap dan terbaik. 
 1) Set A - Briyani Kambing Tok Cu
 2) Set B - Ayam Percik Merecik
 3) Set C - Briyani Kambing Kelate
 4) Set D - Daging Salai Gomoncheh
 5) Set E - Briyani Ayam Merah
 6) Set F - Ikan Masam Manis

- Harga set bermula serendah dari RM8
 
- Minima tempahan sebanyak 100 pax (Mungkin ada sesetengah tempat nak 50 bungkus sahaja, penderma boleh bagi dua kali pada hari yang sama pada tempat yang sama atau boleh bagi lain-lain tempat sehingga cukup 100 pax ). Setiap set menu datang dengan sebotol air mineral dan kurma. 
 
- Pihak Lapowey pula akan masak dan seterusnya membuat penghantaran secara PERCUMA kepada rumah-rumah kebajikan terpilih atau yang di pilih oleh PENDERMA. 
***Penghantara PERCUMA sekitar Lembah Klang Sahaja. 
***Untuk urusan penghantaran di luar Lembah Klang pihak penderma boleh berbincang dengan pihak pengurusan Lapowey
 

 
- Pihak Lapowey juga akan memuat naik bukti kepada pihak penderma dan media sosial (tanpa mendedahkan maklumat penderma) bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma.

Menu Dapur Lapowey Semestinya Sedap

Kalau nak buat infaq makanan ni, semestinya kita akan pastikan makanan tu cukup semua dan bukan ala kadar sahaja. Nad dah rasa sendiri menu dari Dapur Lapowey ni, memang sangat puas hati. Boleh tengok cara packaging dia pun nampak kemas. Dapur Lapowey memang jaga kualiti makanan mereka.

Masa dapat makanan ni pun masih panas.





Nad rasa sendiri Set Gulai Gomonceh dan Set Kambing briyani, serius sedap. Daging rasa lembut, kuah pun memang cukup rasa, sayur segar dan tak layu. Memang cukup la orang cakap, makanan memang taraf 5 bintang. Tengok portion banyak, memang sesuai sangat kalau nak buat infaq ni. Berbaloi sangat kalau korang nak buat infaq. Mesti si penerima senyum dan puas hati. 

Macam mana, mudahkan nak buat pahala dan amal jariah. Tinggal tempah sahaja dan beri kepada mereka yang memerlukan. Rezeki dikongsi bersama, belanjakan harta ke jalan yang diredhai Allah. Jadi kepada badan korporat atau individu yang berkemampuan, nak dapat pahala berlipat ganda, bolehla buat infaq ni. 

Kepada bos yang nak beri makanan kepada pekerja mereka pun boleh. 

Semoga penginfaq mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.


Sebarang pertanyaan mengenai Infaq Ramadan bersama Dapur Lapowey , korang boleh rujuk :
 
Website : https://www.lapowey.com/
Facebook : Lapo Wey
Instagram : https://instagram.com/lapo_wey
Office : 03-77341278
Call/WhatsApp :
http://www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)

http://www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)

http://www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)

http://www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)
SHARE 23 comments

Add your comment

  1. OMG! I am salivating. I want to choose the Ayam Percik set. :D

    ReplyDelete
  2. Portion dia tu banyaknya. Mesti kenyang kalau makan tu. Sis mau kena share berdua 1 set tu. Bagus projek macam ni ye...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap semua menu-menu dan bagus la juga ada program infaq seperti ini. Kita nak memberi pun dapat pahala, makanan yang mereka terima pun sedap

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah atas usaha penderma untuk berbakti macam ni. Teringin sangat nak sedekah macam ni kalau ada rezeki lebih nanti.

    ReplyDelete
  5. Jadi lapa wey tengok menu dia.. kalau begini barulah yakin penderma nak sedekah infaq kt golongan yg memerlukan sebab tgk menu pun dah sedap.

    ReplyDelete
  6. Seronok anak yatim makan kalau menu macamni. Semuanya sedap2 belaka

    ReplyDelete
  7. This is a good service from Dapur Lapowey. I'm glad they will be doing this ramadhan. And I'm happy that you are helping them promoting this service.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, bagusnya ada servis mcm ni.. insyaallah nanti blh lah join..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah ada perkhidmatan sebegini. Dan insyaAllah akan ramai Malaysians yang datang membantu serta memudahkan program sebegini.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, makin mudah untuk membuat amal jariah. Btw, nampak sedap belaka juadah semua ni. Rasa macam nak order untuk makan sendiri pula. Hehe :)

    ReplyDelete
  11. Menu nampak sedap, harga pun takde la mahal.. moga usaha infaq yang di usahakan ni mendapat perhatian dan mendapat keberkatan dariNya.. tahniah buat semua terlibat...

    ReplyDelete
  12. Menu dia nampak sedap. Siapa yg plan nk sedekah ramadan leh lah guna servis lapowey ni.

    ReplyDelete
  13. Bagusnya program2 mcm ni.. Harap2 diperluaskan lagi rezeki kepada yg join infaq ramdan ni

    ReplyDelete
  14. Allah. Bagusnya ada program,projek infak mcm ni. Moga lebih bnyk lagi projek gini..

    ReplyDelete
  15. Bagus inisiatif yg diusahakan. Terutamanya utk bulan puasa. Moga projek sot ini lbh banyak dianjurkan

    ReplyDelete
  16. Bagus ada projek mcm ni, makanan on nampak best2

    ReplyDelete
  17. Serious berbaloi infaq dengan LapoWey. Berani cakap sebab dah try menu dia. Sedap dan secukup rasa.

    ReplyDelete
  18. Bagus usaha projek ni dibuat.. Mmg patut dibuat lg2 nak menjelang ramadhan ni kan..

    ReplyDelete
  19. selalu pasal tanah je.. bru tau de projek cmni.. boleh la menyumbang

    ReplyDelete
  20. Insyaallah... Ada rezeki lebih boleh berinfaq bulan ramadhan nnt 🥰

    ReplyDelete
  21. bagus lah ada inisiatif yang memudahkan orang nak infaq ramadan pada mereka yang memerlukan. terbaik!

    ReplyDelete
  22. kak azni try set beriani tu bagus sedap... mmg berasa lah org perak ckp

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2