hai assalammualaikum

Sesi Persekolahan Bermula, Semangat Fariza Bangun Pagi - Macam biasa, akan cerita dalam blog sebagai kenangan, hari persekolahan anak. Selalunya, sesi persekolahan bermula bulan January, tapi disebabkan Covid 19, maka sesi persekolahan dibuka pada 1 March 2021.Kenangan kan, sebab tu kena tulis. Sebab situasi tak sama dan takkan dilupakan.

 

Bila anak-anak sekolah ni, mak la yang paling risau, yang paling sedih dan plaing gementar. Nak pergi belajar je pun bukan beperang. Tapi biasalah, perasaan mak-mak, takut anaknya tak biasa, macam mana nak bergaul dengan kawan, macam mana belajar, dapat tangkap ke tak.. huhuhu. 

Tahun ni, Fariza 6 tahun dan akhir sekolah tabika.  Tahun lepas berapa bulan je dapat belajar. Tahun ni tak tau, takpe yang penting pergi sekolah. 

Bila cakap esok "Fariza kena pergi sekolah" , terus dia senyum, "hah sekolah, yeahhh" ... Malam tu, suruh tidur awal, dia dengar ya. Punya seronok nak sekolah, walaupun masa nakntidur tu ada je cakapnya. Last-last tidur juga.


Bangun pagi pun segar bugar je. Pukul 6.30 pagi dah bangun, waktu tu mommy tengah gosok baju dia..hehee.

Siap semua mandikan Fariza, sediakan sarapan. Rutin sama macam sebelum ni. Sarapan kena ada, sebab dia akan meronta kalau takda sarapan. Pagi dah ceria, suruh ambik stokin, kasut, semua dia ambil sendiri.

Pukul 7.45 gerak pergi sekolah. Macam biasa, SOP sekolah sediakan. Mak ayah tak boleh masuk kelas, hantar sampai depan pintu je. Sedih sangat sebab tengok anak sekejap dari luar pintu. Huhuhu...

Lambai sekejap, terus balik. Anak relaks je, mak ni yang over.. Adik pulak sedih sebab dia ingat boleh masuk dalam kelas kakak, tapi tak, kena balik.. huhuhu.. Takpe adik, lagi dua tahun baru adik sekolah ok.


Jadual untul Sekolah Tabika Fariza Hari Isnin dan Selasa untuk 6 tahun, Rabu dan Khamis untuk 5 tahun. Jumaat gilir-gilir, tak tau la tu macam mana. Sebab cikgu belum bagi arahan.

Pukul 12 tengahari Fariza dah balik. Masa ambil tu muka pun nampak gembira. Balik tu cakap "Fariza belajar apa tadi “ dia cakap tulis dan warna.

Pastu sampai rumah, lepas mandi, dia cakap" mommy nak pergi sekolah lagi".. Nampak dia suka sangat dapat pergi sekolah.

Selalunyakat media sosial, berita ada tunjuk anak-anak menangis, takut semua. Tapi kali ni kurang,mungkin memnag diaorang dah tepu duduk rumah, memang nak sangat tengok dunia luar, sampai seronok pergi sekolah. Alhamdulillah. Seronok tengok anak-anak kawan pergi sekolah tanpa ada drama.. Hehehe.

Jadi, harap, selamanya takda drama dan anak-anak gembira ke sekolah. 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Yes. Seeing our kids happily going to school is a blessing in itself.

    ReplyDelete
  2. Saya suka nengok bebudak gi sekolah..seronok wooooo!!!! Meriah jugak tuuu

    ReplyDelete
  3. seronok Fariza, Bagus... Next year bolehlah masuk darjah 1

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2