hai assalammualaikum
 
Aneka Jenis Minuman F&N Yang Boleh Dibuat Di Bulan Ramadan Raya : Kongsi Kegembirann FN Life Dengan Yang Lain - Air bikarbonat F&N ni, tak kira puasa atau raya mesti beli. Kalau sebelum ni pergi pasaraya beli, sekarang tak susah, beli online je guna aplikasi F&N, senang mudah dan banyak tawaran. Waktu puasa ni memang nak minum air sedap je, dapat air bikarbonat yang macam-macam perisa, nikmat betul, rasa segar tekak ni lepas seharian berpuasa. Bukannya kita minum selalu, kita minum bila nak sahaja. Yang lain tu mana tak sentuh lagi boleh simpan sampai ke raya..hehee. 
 


Aneka Jenis Minuman F&N Yang Boleh Dibuat Di Bulan Ramadan Raya

Haritu nad beli BB Bundle Raya, dapat 12 botol , setiap perisa ada 3 botol ( F&N Bandung, 100 plus Black Currant, F&N Ice Cream Soda, dan F&N Fruitade ). Air F&N ni minum sejuk-sejuk, fuh, terasa dalam tekak ye. Minuman bikarbonat F&N ni boleh minum macam tu sahaja, dengan letak ais, atau boleh buat pelbagai resepi. 
 


Salah satu resepi yang nad selalu buat ialah Air Soda Lemon Asam Boi, ala yang pernah viral sebelum-sebelum ni. Nad guna F&N Ice Cream Soda. 
 
Resepi Air Soda Lemon Asam Boi
 
Fuh, refreshing sungguh. Telan air liur tak..hehehe. Air ni memang boleh buat orang ulang alik minum. Ada rasa masam, rasa sejuk, memang air paling bagus dihidangkan masa bulan puasa atau raya. Dahla sedap, cara nak membuatnya pun mudah.
 
Bahan-Bahannya
- F&N Ice Cream Soda
- 1 biji Lemon
- Asam boi putih ikut mana suka nak banyak
- 2 batang serai 
- Ais

Cara membuatnya
- Masukkan separuh air F&N Ice Cream Soda ke dalam jag.
- Masukkan lemon, asam boi dan serai. Kemudian kacau bagi sebati rasa
- Masukkan ais
- Siap, boleh dihidang.

Senang kan, minuman ni kira berkhasiat jugala sebab ada lemon yang boleh mendetoxkan badan kita semua tu..ehehe.Yang penting dapat segarkan tubuh badan. 


F&N fruitade ni nad cuma tambah lemon. 


F&N Bandung ais blend. Ais campur dengan F&N bandung dan diblend. Atau korang boleh buat air bandung soda guna F&N bandung ni.. Sedap kan


Minum macam tu sahaja letak ais pun ok. Kalau buat aiskrim pun sedap ni..heehe. Macam-macam variasi boleh buat dengan minuman F&N ni.
 
Sebenarnya bukan resepi ni je ada, resepi juadah lain pun ada dengan menggunakan produk F&N. Nad pernah buat resepi roti john dan resepi pulut panggang menggunakan produk F&N. Mungkin dah buntu sangat tak tau nak buat apa, korang boleh tengok dekat aplikasi F&N, semua resepi ada. 

Kongsi Kegembiraan FN Life Dengan Yang Lain
 
Produk F&N ni korang boleh nikmati kesegaran bersama walaupun berjauhan. Kita sedia maklum, dalam keadaan sekarang, masih lagi tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Ada yang tak dapat balik kampung berpuasa dan berhari raya bersama keluarga yang jauh di sana. Tapi kita syukur masih lagi boleh telefon dan bervideo call dalam zaman serba canggih ni.


Walaupun berjauhan, kita masih lagi boleh bagi sesuatu hadiah, atau peringatan kita kepada mereka. Contoh hadiah yang kita boleh bagi ialah produk F&N ni. Bukan satu dua produk tapi dalam bentuk bundle dalam kuantiti yang banyak. Harga pun sangatla berpatutan dan banyak diskaun. Pilih je mana korang nak bagi, ada banyak jenis.
 




 
Kalau taknak bagi minuman, boleh je bagi untuk masak-masak. Korang boleh bagi Pek Kasih Ramadan ni. RM44.40 sahaja. Lagi satu Masak-Masak Raya Bundle, RM35 sahaja. Boleh buat untuk bekalan memasak juadah raya.
 



Dekat bawah apply code ada tulis Gift options, korang boleh tekan. Kemudian dia akan keluar seperti dalam gambar. Hah, kat situ tulis nama korang, penerima, nombor penerima dan massage yang korang nak sampaikan. Nanti orang yang hantar tu bagitau la dari siapa. Alamat, korang boleh tekan plus tu dan tambah alamat lain.




Setiap pembelian RM70 ke atas akan dapat hadiah percuma. Woww!!! Mudah senang dan menjimatkan masa. Ada pulak free gift.

Tak payah susah-susah, mak ayah pergi beli dekat luar. Dalam keadaan sekarang lebih baik kita tolong mak ayah membeli sahaja di online. 




Dalam aplikasi F&N Life ni, kalau korang nak menyumbang pun boleh. Taknak cakap banyak, korang download je aplikasi F&N Life di di telefon sekarang.
 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari
Facebook: https://www.facebook.com/FNlife.my
Instagram: https://instagram.com/fn.life
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Sedapnya air-air tu buat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  2. Air F&N memang jadi pilihan sejak dulu lagi kan. Akak suka yg soda tu. Sekarang yang baru pun ada kan, rasa bandung

    ReplyDelete
  3. Best la bila dah boleh online je. Buay air soda herbs sedap gak ni

    ReplyDelete
  4. air soda tu meliurkan.. nk buat la nnti..

    ReplyDelete
  5. air soda tu sedapnye... buat soda herb.. perhh mmg best..

    ReplyDelete
  6. Sedap pulak tgk nad buat air bandung tu..

    ReplyDelete
  7. Senang dah apps sekarang nie kan Nad, boleh order online.. Nampak sedap semua air tu Nad..

    ReplyDelete
  8. Air Soda Lemon Asam Boi tu selalu kak ana buat. Sedap.

    ReplyDelete
  9. Banyak-banyak minuman f&n diatas saya paling suka ice cream soda dan strawbery nanti nak belilah

    ReplyDelete
  10. Wow best lah semua recipe ni, i like Resepi Air Soda Lemon Asam Boi.

    ReplyDelete
  11. Would love to try all these different drinks. :)

    ReplyDelete
  12. betul mcm2 variasi minuman boleh dibuat.. kalau kreatif lg la mcm2 air boleh..

    ReplyDelete
  13. perghh air detox. dap juga tuu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2