hai assalammualaikum
 
Masakan Asli Indonesia, Hanya Di Indoasli, Mesti Cuba Tau!! -Ada yang rindu nak melancong ke Indonesia? Melancong bukan sahaja melihat budaya, tempat mereka, malah menikmati makanan di sana. Namun apakan daya, dengan keadaan pandemik sekarang, tak dapat travel ke Indonesia. Jadi, macam mana? Tekak ni dah teringin nak sangat makan makanan asli Indonesia. Hah!!, korang boleh datang ke restoran IndoAsli, restoran yang menyajikan masakan asli Indonesia. Macam-macam menu Indonesia ada dekat situ, dan haritu Nad cuba menu baru yang ada di IndoAsli.
 
 

Masakan Asli Indonesia, Hanya Di Indoasli, Mesti Cuba Tau!!

Nampak tak, semua hidangan depan Nad ni adalah masakan asli Indonesia. Di restoran Indoasli yang menyajikan makanan asli Indonesia di mana pelanggan dapat merasakan citarasa Indonesia. Dari appetizers, signature menu, main course, pencuci mulut dan minuman. 
 
Cara penyediaan, cara memasak, penggunaan rempah dan semua bahan sama seperti di Indonesia supaya kelazatan dan rasa tu tidak hilang. Hah, nampak sedap kan. Bila rasa makanan dekat sini, terbayang berada di Indonesia..hehee.

Makanan Indonesia beraneka, dan mempunyai keunikan dan keistimewaan sendiri. Tujuan utama IndoAsli adalah untuk berkongsi rasa cinta akan makanan Indonesia dengan orang-orang di sekitarnya. Indoasli adalah tempat di mana anda dapat menikmati pelbagai makanan asli Indonesia dari berbagai daerah di Indonesia dalam satu restoran.



 Suasana di restoran IndoAsli, siap dengan hiasan rotan.

Menu Baru Di IndoAsli

Ok, jom tengok menu baru apa yang nad cuba haritu.
 

Ni adalah Tempe Sira. Tempe sira bahan semestinya tempe, tahu, kacang dan ikan bilis digoreng kemudian digaul dengan sambal. Harga Tempe Sira RM4.90.
 

Signature menu, Tahu Telur. Unik kan bila tengok gambar. Nad yang tengok depan mata pun teruja..hehee. Disediakan dengan bentuk tinggi macam tu, kemudian kalau nak makan kena potong dengan pisau..hehe. Tahu telur ni sedap, makan macam tu je pun boleh. Harga RM11.90.
 
 
Ni pulak Ayam Bakar Sate. Harga RM19.90
 
 
Gulai Ayam Padang, harga RM16.90. Gulai ni tak pedas, rasa lemak dia pekat dan sedap. Sesuai la untuk anak-anak makan.
 
 
Rendang Kambing, harga RM27.90.
 
 

Rendang Sapi, RM22.90
 

Cumi Bakar Jimbaran, harga RM35.80. Sotong ni sedap. Makan dengan sambal dia, aumm..Diilhamkan oleh menu popular dari Bali, Cumi Bakar Jimbaran - sotong segar panggang dan dibakar dengan sos Cumi Bakar khas. Rasa masakan asli Indonesia yang akan anda gemar. 
 
 
Terung Raos Khas Bandung, RM11.90. Ni pun sedap, luar rangup, dalam lembut.
 

Nasi Tumpeng ayam Bakar Percik Bali RM25.90 . Dalam ni ada nasi, ayam, tempe, acar dan keropok. 
 

Ikan talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara, berharga RM39.90. Ikan talapia ni ada 3 jenis sambal. Cicah sambal tu semua memang mengancam ye.
 
Pencuci Mulut Di IndoAsli
 
Ok kita ke pencuci mulut pulak
 

 
Memang unik ya bila tengok Jeli Dalam Telur ni. Cantik je dia buat. Sebelah tu aiskrim. Kreatif kan. Harga RM8.90. Nad makan, macam kita makan telur..hehee. 
 


Pencuci kedua Popia Pisang, yang berharga RM12.90. Biasa nampak kan, popia piasang siap ada coklat dan cheese. Sedap juga.
 
Minuman Baru Di IndoAsli
 
Ok, tak lupa juga minuman. Takkan takda air kan, mau tersedak kang..hehee. Jadi ni tiga jenis air yang terbaru di IndoAsli.
 

Es Alpukat, RM13.90
 
Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli, RM12.90
 
Soda Serai, RM6.90
 
Antara tiga air ni nad suka Jus Alpukat Teristimewa Indoasli dan Soda Serai.
 
Ni la antara menu dan minuman baru yang ada di IndoAsli. Terliur tak tengok, rindu tak dengan Indonesia..hehe. Hah, apa lagi, boleh datang ke IndoAsli untuk makan makanan asli Indonesia. Bulan puasa nanti boleh la berbuka di IndoAsli ni.
 
 *Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya


Restoran IndoAsli ni ada di dua tempat iaitu:
IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya
Lot No: LG-36, IOI City Mall, SKVE, IOI Resort, 43000 Putrajaya, Selangor

Indoasli Central i-City Mall
Lot No: LG-58, Central i-City, Plot 1, i-City Persiaran Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan, 40000 Shah Alam, Selangor
 
Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari
SHARE 28 comments

Add your comment

  1. sedapnya tengok semua gambar tu. Saya ni suka sangat masakan Indonesia. SO, lepas ni bolehlah saya makan kat IndoASli ni

    ReplyDelete
  2. Sedap nampak semua menu tu.. kedai pun nice je

    ReplyDelete
  3. unik2 makanan dia, boleh tau menu indonesia yg original ek..bgusnya

    ReplyDelete
  4. tengok gmbr makanan pon sedapp.. 😅

    ReplyDelete
  5. banyak dan sedap! aishhh boleh pergi ni nanti hahaahah teringat pulak rasa dia. memang sedap! dekat pun dah dekat

    ReplyDelete
  6. Air dia semua lazat. Tahu telur tu Rawlins boleh habiskan sengsorang tau. Aduh. Terliur pula bila teringat.

    ReplyDelete
  7. Nampak makanan yang disajikan ni best jugak ye?. Cumi Jimbaran tu nampak menyelerakan. Tak pernah lagi makan kat sini. Errr nasib baik sis tengok waktu malam. If siang lapar terus sebab puasa.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok semua menu dekat IndoAsli ni. Menarik presentation dessert dia. Ishhhh bila boleh rentas negeri ni nak try makan sini.

    ReplyDelete
  9. Nell suke environment kedai ni.. Inviting, selesa dan staffs pun sgt friendly.. Mcm kena repeat lagi la nanti.. 🙏

    ReplyDelete
  10. Dulu makan Ayam Bakar Sate tu masa kat Bandung, memang sedap.. tak tau pulak kat sini adaa.. padahal pernah nampak masa ke Shah Alam tu adoii..

    ReplyDelete
  11. memang sedap makanan kat sini. semua nampak menyelerakan.. ingat nak repeat balik la hehe

    ReplyDelete
  12. Puasa-puasa tengok makanan sedap-sedap, haiskkkk.

    ReplyDelete
  13. alahai...teringin pulak makanan IndoAsli ni...teringat-ingat menu dekat Indonesia ekkk

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap semua makanan kat sini.. boleh lah Kak Sue sekeluarga cuba juga nanti..

    ReplyDelete
  15. Nama kedai pun IndoAsli, mesti hidangan dia semua asli dari Indonesia kan. Tertarik sungguh dengan cumi bakar tuuu.

    ReplyDelete
  16. sesekali tukar selera indonesia pulak ye...menarik menu kat sini..harga pun ok ok jer..kalau dekat memang dh terjah untuk berbuka..

    ReplyDelete
  17. Fiza mmg suka la menu jawa cuisine gini.. memang sedap.. tgk Nad dah makan rse nk g jugak la

    ReplyDelete
  18. woow..so tempting delicious the dishes & dessert served here, I can't wait to try the tauhu telur & jeli dalam telur. yum max. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  19. Menu IndoAsli ni mmg sedap2 sebab ala2 kampung.. Kita pun mkn cmni lebih kurg.. Siapa yg kurg jumpa ala cmni leh la cuba kan.. Mesti terangkat hehe

    ReplyDelete
  20. Terliur tengok pelbagai makanan Indonesia tu 😋 Kena cuba ni

    ReplyDelete
  21. Tak dapat nak food hunting kat Indonesia, gi sini pun okay . Nasi tumpeng dia nampak sedap

    ReplyDelete
  22. Tengok tempe sira dia je dah nampak sedap. Belum lagi menu2 lain. Kema cuba ni.

    ReplyDelete
  23. Yummsss semua sedap, i like their sambal and also sotong bakar.

    ReplyDelete
  24. Tauhu telur tu mmg sedap. Aritu Baru je makan. Tapi jauh pulak tmpt Dia.

    ReplyDelete
  25. Semua makanan nampak sedap dan menyelerakan. Nanti nak plan makan kat sini jugaklah.

    ReplyDelete
  26. Menu semua sedap-sedap. Bila boleh rentas negeri nak letak restoran ni as a wishlist

    ReplyDelete
  27. Masakan lndon asli mmg sedap kak suka masakan dorang

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2