hai assalammualaikum
 
Kisah Guru Inspirasi : Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari SMK Tengku Abdullah, Tercalon Dalam Anugerah Guru Inpsirasi McDonald's 2021 - Jasa guru sememangnya sangat besar dan tidak terungkap dengan kata-kata. Bukan mudah untuk guru tetap tabah dan cekal berhadapan dengan karenah pelajar-pelajar dari tadika smpaila ke Universiti. 
 
Kini zaman sains dan teknologi mereka banyak terdedah dengan dengan alam siber dan pemikiran mereka pun lebih luas dan juga membimbangkan para guru dan juga ibubapa. Pengorbanan guru sewaktu di sekolah mengajar anak-anak murid kadang-kala sangat mencabar diri, di sinilah peranan guru membimbing mereka dengan sabar dan ikhlas hati. Pengorbanan cikgu sangat besar, bukan setakat mengajar tapi lebih dari itu. Sebab itu cikgu dianggap sebagai "ibu" atau "bapa" di sekolah.

Justeru, bagi menghargai dan mengiktiraf guru yang melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki kepada pelajar, McDonald's Malaysia memberi Anugerah Guru Inspirasi McDonald's  kepada guru dipilih dengan kisah inspirasi paling menarik yang dicalonkan dari seluruh negara untuk diberi penghargaan.

Kisah Guru Inspirasi : Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari SMK Tengku Abdullah, Tercalon Dalam Anugerah Guru Inpsirasi McDonald's 2021

Guru yang dicalonkan kali ini ialah Cikgu Haji Jaffar Bin Othman dari SMK Tengku Abdullah. Telah dicalonkan oleh bekas anak muridnya sendiri, Muhammad Amin Akram Bin Aminallah yang menganggap Cikgu Haji Jaafar bukan sahaja sebagai guru, malah seperti abah, sahabat, abang dan jurulatih kepadanya. “Kekalahan memberi pengalaman, kemenangan memberikan pencapaian” inilah lontaran lisan pembakar semangat yang diberikan guru kepada anak muridnya. 

Cikgu Haji Jaffar berasal dari Marang, Terengganu dan menetap di Pekan Pahang, seorang yang sangat peramah, baik hati, aktif bersukan, penyayang, bertanggungjawab, serta ringan tulang untuk memberikan bantuan kepada rakan sejawat dalam menyiapkan tugasan sekolah. Sifat penyayang dan Proffesionalnya dalam profesion dibuktikan lagi dengan kemenangan beliau merangkul anugerah “Guru Penyayang“ sempena hari guru 2019 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2003, 2011 dan 2018.

Pendidikan
Sk Marang, Terengganu tahun 1982-1987 ( UPSR )
SMK Marang, Terengganu Tahun 1988-1993 ( SPM)
SMK Marang, Terengganu Tahun 1994-1995 (STPM)
Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun 1996-1999 ( BBA-Pengurusan Perniagaan )
Maktab Perguruan Batu Pahat Tahun 2000 - KPLI Perdagangan


Cikgu yang cukup mesra dan disayangi murid, bekas murid, rakan sejawat malahan Pengetua di sekolah beliau berkhidmat bakti selama 15 tahun iaitu SMK Tengku Abdullah.

Antara kisah menarik yang harus diketahui umum tentang beliau adalah setiap hari beliau menumpangkan anak jirannya yang tidak mempunyai kenderaan untuk menghantarnya ke sekolah rendah dihadapan sekolah menengah dimana beliau bertugas. Cikgu Jaffar atau gelaran lain yang diberi iaitu Abah Jaffar merupakan seorang guru sejarah berdedikasi yang tidak mengenal erti lelah dan putus asa serta sentiasa mengutamakan akademik.

Menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengajar, membuatkan anak murid suka dengan Cikgu Haji Jaffar. Cikgu berpengalaman yang mengajar sejarah dengan menggunakan irama lagu memudahkan fakta untuk difahami dah diingati telah menarik muridnya suka dan minat dengan subjek sejarah berbanding sebelum ini subjek Sejarah adalah subjek yang kurang diminati. Suasana pembelajaran dan pengajaran subjek sejarah yang dulunya suram dan membosankan kini berbeza kerana Cikgu Jaffar sentiasa mesra dan spontan semasa mengajar.

Muhammad Amin Akram, bekas anak murid Cikgu Jaffar, yang juga mencalonkan Cikgu Jaffar dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's berkata, dia masih ingat lagi keputusan sejarah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016, yang sebelum ini hanya C, telah meningkat ke B+ semasa percubaan SPM dan menyebabkan dia tersenarai sebagai pelajar "target" dengan keputusan keseluruhan 5A 2B +1C.

Cikgu Jaffar merupakan insan yang tidak pernah jemu membantu anak murid untuk bangkit kerana yakin dengan potensi anak muridnya. Hubungan Cikgu Jaffar bersama dengan anak muridnya Akram tidak terhenti di SPM malah semasa Akram melanjutkan pelajaran ke STPM. 

Sepanjang STPM, banyak perkara yang Akram lalui, Gagal dalam kesemua 4 subjek..? Mendapat no terakhir dalam kelas..? itu sudah semestinya pernah berlaku ketika menduduki ujian paling susah di Malaysia tersebut. Pernah juga terlintas difikirannya untuk menghentikan perjalanan di tingkatan 6 atas sebab keputusan sem 1 yang teruk dengan kegagalan hampir kesemua subjek dan pelbagai dugaan lain, namun Cikgu Jaffar sentiasa memberi sokongan kepadanya. 

Pesanan yang disampaikan oleh beliau masih Akram ingat sehingga ke hari ini " Cikgu tahu Akram boleh berjaya. Akram, orang yang tidak mudah putus asa, jangan sesekali fikirkan tentang apa orang kata yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada Akram. Buktikan pada mereka, jadikan ianya batu loncatan dan penguat semangat. Subjek yang pernah gagal, ulang dan insyallah cemerlang. Cikgu doakan Akram dapat mencapai apa yang dicita-citakan".

Kata-kata ini telah memberi semangat kepada Akram untuk meneruskan pelajarannya di STPM dan berusaha mengulang subjek sehingga akhirnya mendapat keputusan cemerlang dalam STPM dengan pointer 3.25 . Hadirnya Cikgu Jaffar dalam hidupnya telah menutup sedikit duka sebagai seorang anak yatim semenjak lahir dan sifat kebapaan yang dia tidak pernah miliki.

Paling menggembirakan, Cikgu Jaffar turut bersama dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan STPM Akram selain mak dan mamanya, untuk mengucapkan tahniah dan meraikan kecemerlangannya. Perkara ini mungkin terlihat kecil dimata orang lain tetapi bagi Akram yang kali pertama sepanjang 20 tahun dalam hidup, hadirnya seorang lelaki yang bersifat kebapaan sangat memberi semangat kepada dirinya.

Bila cikgu yang baik disayangi dan disanjungi anak murid, hubungannya bukan setakat disitu sahaja, malah lebih dari itu. Walaupun sudah menjadi bekas anak murid sekalipun Cikgu Jaffar sangat dipercayai dan disegani mereka malah sering menjadi tempat meluahkan perasaan, mengadu susah dan senang. 

Cita-cita Akram ingin menjadi guru seperti Cikgu Jaffar, dan dia mengambil keputusan untuk mengambil kursus TESL dan menolak kursus yang ditawarkan di Universiti kerana minatnya terlalu dalam terhadap dunia pendidikan sejak di bangku sekolah. Cikgu Jaffar adalah individu yang mengambil berat dan setia memberi motivasi juga pendapat kepada Akram sepanjang proses pertukaran berlangsung sehingga dia berjaya masuk ke kursus TESL. Sungguh diluar kebiasaan tugas seorang guru.





Cikgu Jaffar sentiasa memberi semangat kepada anak muridnya, bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam kegiatan sukan. Walaupun jurulatih rasmi hoki sekolah, Cikgu Jaffar bertukar peranan kepada jurulatih badminton dan beliau memberikan latihan khusus tanpa sebarang yuran atau bayaran supaya anak muridnya tu dapat menunjukkan bakat dan meningkatkan prestasi yang baik.

Tidak kira siang atau malam, pagi atau petang, jika berkelapangan, beliau sudi melatih anak muridnya. Cikgu Jaffar akan mengambil dan menghantar anak muridnya itu ke gelanggang yang terletak 10KM dari rumahnya.

Kesan dari latihan itu, anak muridnya tu telah mendapat pencapaian Johan di 2 kejohanan dalam daerah Pekan berturut-turut dan diserap kembali untuk mewakili sekolah. Kolaborasi pertama sebagai beregu Guru-pelajar juga membuahkan pingat perak di pertandingan peringkat daerah Pekan. Hubungan akrab anak murid dan guru ini memang sangat luarbiasa. Sehingga perlawanan acara sukan terbesar UTM Games peringkat universiti pun, Akram sempat berbual dengan Cikgu Jaffar di telefon untuk mendapatkan tips perlawanan.

Sesungguhnya, semangat dan kasih sayang yang diberikan oleh Cikgu Jaffar adalah 1001 asbab membuatkan anak muridnya masih berusaha untuk menjadi seorang guru. Guru inspirasi adalah guru yang mengajar dari hati, hal ini bermakna menjadi guru jangan hanya ingin menjadi orang yang didengarkan kata-katanya, tetapi juga harus bersedia mendengarkan kesulitan yang dihadapi oleh pelajarnya seperti yang dilakukan Cikgu Jaffar. Seorang yang sangat sopan budi bicara, manis senyuman serta pandai menambat hati murid. Banyak aktiviti Cikgu Haji Jaffar bersama anak muridnya.




Bila baca kisah inspirasi Cikgu Haji Jaffar, memang beliau sangat mengambil berat dengan anak muridnya. Nad sendiri menemubual Cikgu Haji Jaffar, menyatakan mengapa beliau memilih guru sebagai kerjaya? Beliau menyatakan memang sejak kecil lagi bercita-cita menjadi seorang guru kerana beliau memandang kerjaya guru sebagai kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Guru merupakan orang yang dihormati dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Dengan menjadi seorang guru, beliau dapat mendidik anak bangsa dan mengubah nasib diri serta keluarga ke arah lebih baik.

Hasrat Cikgu Haji Jaffar, terhadap anak-anak di luar sana ialah melihat mereka berjaya dalam pelbagai bidang dan dapat memberi sumbangan untuk memajukan diri, keluarga, masayarakat dan negara. Saya berharap agar anak-anak di luar sana meneruskan pelajaran ke pringkat tertinggi mengikut kemampuan dan potensi yang ada dalam diri mereka.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Semoga kisah inspirasi Cikgu Haji Jaffar dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan menjadi cikgu yang sentiasa disayangi semua orang. 

Anugerah Guru InspirasiMcDonald's merupakan anugerah tahunan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru yang telah melampaui kehendak tugas dalam mengasuh pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik. Untuk kali ke 5, McDonald's menjalankan inisitif ini sempena Hari Guru. Penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's akan menerima wang tunai RM5,000, trofi, dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing. Bagi yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan pula akan menerima  baucar hadiah McDonald's bernilai RM200.

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pengajaran inovatif dan luar kotak, melampaui keperluan tugas untuk membantu pelajar, dan mewujudkan kesan positif terhadap diri pelajar.

 McDonald's akan mengumumkan pemenang pada akhir bulan Mei.

Sempena Hari Guru, mari la kita sama-sama menghargai jasa guru kita yang tidak kenal erti penat lelah dalam mengajar. Selamat Hari Guru kepada semua guru di luar sana.

SHARE 29 comments

Add your comment

  1. Suka baca kisah cikgu Jaafar ni. Cikgu yang penyayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau mmg sgt pnyayang..sgt mngambil berat..dn sgt mmberi inspirasi..😊

      Delete
  2. Bagus McD buat program macam ni. Seronok baca jasa seorang guru yang besar pengorbanannya.

    ReplyDelete
  3. kalau anak murid yang calonkan tu .. mmg dia sayang sungguh lah kat cikgu dia nih kan

    ReplyDelete
  4. Suka baca pengalaman guru² senior ni. Banyak betul perkongsian yang dapat dipelajari sepanjang bergelar pendidik anak bangsa. Moga didikan Cikgu Jaafar menjadikan anak bangsa kita cemerlang di dunia dan di akhirat. Aamiin

    ReplyDelete
  5. Nampak mesra pelajar cikgu jaafar ni.

    ReplyDelete
  6. Inspirasi betul, terima kasih cikgi haji jaafar.

    ReplyDelete
  7. Good to hear we have a dedicated teacherlike him who is approachable and at the same time very devoted. :)

    ReplyDelete
  8. Ramai guru yang tercalon. All the best semua cikgu. Anda semua pemenang. Mekdi tiap tahun buat anugerah ni. Tahniah mekdi.

    ReplyDelete
  9. tahniah cikgu, moga terus memberi manfaat. terima kasih mcdonald kerana menghargai guru2

    ReplyDelete
  10. tengok cikgu terimgat cikgu sekolah lama... sedih bila ingat kembali jasa cikgu2 lama yang dah berjasa pad akita, dan anak bangsa

    ReplyDelete
  11. Dah macam ahli keluarga kan, tus ebab murid-murid menyayanginya. Moga makin ramai guru yang sebegini menabur bakti mencambah ilmu di kalangan anak bangsa

    ReplyDelete
  12. tahniah cikgu.. beruntung anak murid dia dapat cikgu macam ni..

    ReplyDelete
  13. Semua cikgu yang dicalonkan memang hebat-hebat belaka. Semua deserve untuk menang, apa-apa pun semoga berjaya Cikgu Haji Jaffar!

    ReplyDelete
  14. Tahniah cikgu. I feel more inspired reading about him. Respect to you cikgu.

    ReplyDelete
  15. Wahhh hebatnye cikgu.. Tahniah cikgu... Moga terus jd cikgu yg tak pernah putus asa dlm mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
  16. Tahniah cikgu Jaafar atas pencalonan ni.. well deserved this appreciate by his student (Y)! Baca story dia masuk STPM teringat balik my own zaman STP

    ReplyDelete
  17. Tahniah buat Cikgu yang terpilih.. moga memberi inspirasi kepada cikgu-cikgu yang lain juga..

    ReplyDelete
  18. Seronok baca guru-guru senior punya pengalaman. Akak baru ja lagi. Moga akak dapat jalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  19. segak cikgu jaafar. selamat hari guru

    ReplyDelete
  20. let's appreciate teachers more for their dedication and love. Good job to McDonald's Malaysia on this innitiative la

    ReplyDelete
  21. Tahniah Cikgu Jaafar kerana tercalon.. semoga berjaya dalam anugerah inspirasi nie..

    ReplyDelete
  22. Congrats to Cikgu Jaafar kerana tercalon, all the best to Anugerah Guru Inspirasi

    ReplyDelete
  23. Tahniah cikgu! Suka Anugerah Guru Inspirasi ni sebabnya boleh tahu banyak kisah guru-guru yang ada kat Malaysia. Banyak jasa mereka untuk anak bangsa

    ReplyDelete
  24. Semoga cikgu jaffar terus bersemangat mendidik anak murid. Suka baca kisahnye yang banyak membantu pelajar

    ReplyDelete
  25. Bila la sy akan dicalonkan utk anugerah spt ini?

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2