hai assalammualaikum
 
Ayam Sedap Baq Hang, The Chicken rice Shop, Sedap Betul!! - Lama dah tak makan dekat The Chicken Rice Shop, kali ni kita berbuka menu The Chicken Rice Shop. Tak dapat makan dekat restoran, kita tapau bawak balik je. Masih lagi panas-panas ok, sampai rumah berbuka pun masih fresh gitu..hehee. Apa yang kita pilih menu kali ni, hah!!, nad pilih menu terbaru mereka, iaitu Ayam Sedap Baq Hang..nama dia pun dah buat tertarik nak cuba..hehe. Menu baru ni terhad je tau, jadi kene cuba..ehhee.
 
 

Ayam Sedap Baq Hang, The Chicken rice Shop, Sedap Betul!!

Menu ini Ayam Sedap Baq Hang didatangkan dengan 3 pilihan set iaitu Meal A (1 pax), Meal B (2 pax) dan Meal C (4 pax). Nad order set mea A untuk seorang tapi beli dua set. Untuk set meal Ayam Sedap Baq Hang ni, setiap set meal lain-lain. Macam nad cuma ada, nasi, ayam sedap baq hang ( 2 pcs ) , sup, park choy with oyster sauce dan paling best setiap set dihidangkan dengan air Dino Choco Malt.
 


Balik je, terus nad hidangkan dekat atas meja. Buka bekas dia, terus keluar harum semerbak ayam tu. Aduh!!, sabar ye nad, lagi beberapa minit masa tu nak berbuka puasa..hehee. Anak-anak pun bila nad buka bekas terus " wow, mommy, sedapnya bau '..ehehe.


Tengok ayam sedap baq hang ni, warna gelap, dengan daun kari tu. Nampak macam ayam kicap tapi lain. Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ‘Ayam Sedap Baq Hang’ TCRS dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. 
 
Waktu berbuka dah masuk, terus makan. Pergh, rasa dia memang sedap. Nad suka, sebab bukan rasa kicap, tapi rasa rempah, dan rasa pedas. Nad memang makan pedas, jadi dapat ayam pedas macam ni, memang laju je makan. Memang sampai menjilat jari..ehhee. 
 

Bulan puasa ni, ramai yang luangkan masa bersama orang tersayang, tidak kira keluarga atau rakan-rakan, berbuka puasa bersama-sama, sambil menikmati juadah yang disediakan. Tak tau nak berbuka apa, pilihlah menu Ayam Sedap Baq Hang The Chicken Rice Shop ni. Pastinya puas hati, sedap dan memikat citarasa rakyat Malaysia. 

Raya ni tak dapat beraya di kampung, bolehla hilangkan rasa sedih dengan makan Ayam Sedap Baq Hang The Chicken Rice Shop ni. ‘Ayam Sedap Baq Hang’ oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) hanya akan disajikan pada masa yang terhad sahaja iaitu dari 9 April – 13 Jun 2021. 

Sekarang tak boleh makan dekat kedai disebabkan PKP, boleh je tapau macam and buat atau delivery je. Sambil makan bersama sambil mencipta detik-detik berharga bersama orang yang tersayang. The Chicken Rice Shop sentiasa menyajikan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya TCRS atau promosi yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila layari
SHARE 16 comments

Add your comment

  1. Sedap betul. I pun dah cuba hari tu

    I tak tahan pedas, tapi lawan dengan Choco Malt tu, padu!

    ReplyDelete
  2. uiss menyelerakan. nnti nk cuba.. haha

    ReplyDelete
  3. kita nak order la utk iftar esok...alaaa sedap pulak nmpk milo Dino tuuu...hahahaha

    ReplyDelete
  4. wahhh nampak seaplah menu baharu dekat chicken rice shop boleh ajak family try nih

    ReplyDelete
  5. Menu baru nampaknya. Cx dah lama tak makan dekat crs. Suka makan dkt sana sbb sedap. Cx kena cuba ni the new one. Bila nad cakap sedap kan.. hehe

    ReplyDelete
  6. Tgk pun sedap.. mujur la boleh order online je.. kalau tak terliur kempunan la tgk review Nad nie..

    ReplyDelete
  7. Wah ada menu baru lah. Teruja pula nak cuba menu baru ni. Nampak sedap

    ReplyDelete
  8. terliurnyaaaaa tak de plak dalam grab food area sini huhuuu

    ReplyDelete
  9. Would love to try the menu as well. They sure look delicious. :D

    ReplyDelete
  10. Wah Ayam Sedap Baq Hang macam best and pedas, sis nak cuba

    ReplyDelete
  11. Family kak ana mmg suka tcrs ni. Boleh cuba menu ni nanti.

    ReplyDelete
  12. pergh nyesal baca time siang. hahahaha

    ReplyDelete
  13. Kak pun dah xpg mkn Ayam Sedap Baq Hang, The Chicken rice Shop,nti blhlah try

    ReplyDelete
  14. ada menu baru eh.. boleh cuba ni

    ReplyDelete
  15. Terliur pulak tgok ayam sedap ni. Nanti nak order lah..nk mkn kat sana x blh..so kita order je secara online

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2