hai assalammualaikum
Mudah Sekarang, Bayar Zakat Melalui Penolakan Daripada Wang Simpanan Secara Automatik Bank Muamalat - Cakap pasal zakat, mesti ramai yang tau zakat itu apa kan? Google je mesti jumpa maksud zakat tu. Wajib kita sebagai umat Islam yang dah cukup syarat zakat untuk membayar zakat. Zakat yang kita bayar ni bukan sekadar bayar tapi kita bantu mereka yang memerlukan. Sekarang, ada banyak saluran untuk membayar zakat yang pihak Lembaga Zakat Selangor sediakan, sangat mudah, menjimatkan masa dan paling penting tak perlu lagi ke kaunter.
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Nad selalu juga tengok facebook page Lembaga Zakat Selangor, ikuti perkembangan mereka, dan cara mereka agihkan zakat kepada mereka yang memerlukan. Selalu orang tanya, kamana duit zakat yang diberi, korang boleh je tengok page mereka. Banyak aktiviti yang Zakat Selangor dah lakukan. Ni antara aktiviti Bulan Ramadan:
1) Program Dapur Ramadhan Asaf Selangor (DRAS) Daerah Petaling 2021
Alhamdulillah, seramai 30 keluarga asnaf fakir miskin telah menerima sumbangan barangan dapur daripada Operasi Petaling pada hari ini. Program kerjasama dengan Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan ini dijalankan dengan penuh pematuhan SOP oleh semua hadirin.
Alhamdulillah, seramai 30 keluarga asnaf fakir miskin telah menerima sumbangan barangan dapur daripada Operasi Petaling pada hari ini. Program kerjasama dengan Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan ini dijalankan dengan penuh pematuhan SOP oleh semua hadirin.
Sumbangan ini bertujuan membekalkan bahan-bahan asasi kepada asnaf-asnaf fakir miskin untuk menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Operasi Petaling turut menziarahi asnaf yang uzur dan menyerahkan sumbangan tersebut kepada mereka.
Syukur alhamdulillah dan semoga bantuan ini dapat memudahkan keperluaan memasak mereka sempena Ramadan dan Syawal nanti.
2) Ziarah Nelayan
Bukan sahaja di daratan, malah di tengah lautan pun Zakat Selangor terus menunjukan sikap prihatin.
Hari ini nelayan di lautan Sg Buloh Jeram Kuala Selangor sangat terkejut dan terharu apabila dikunjungi oleh Zakat Selangor ketika mereka tekun mencari rezeki. Sambil bertanya khabar, Zakat Selangor turut menyampaikan sumbangan saguhati dalam bentuk barangan keperluan. Sebanyak 40 kotak sumbangan telah di agihkan dalam ziarah nelayan kali ini.
Bukan sahaja di daratan, malah di tengah lautan pun Zakat Selangor terus menunjukan sikap prihatin.
Hari ini nelayan di lautan Sg Buloh Jeram Kuala Selangor sangat terkejut dan terharu apabila dikunjungi oleh Zakat Selangor ketika mereka tekun mencari rezeki. Sambil bertanya khabar, Zakat Selangor turut menyampaikan sumbangan saguhati dalam bentuk barangan keperluan. Sebanyak 40 kotak sumbangan telah di agihkan dalam ziarah nelayan kali ini.
Program ziarah nelayan ini, mendapat kerjasama baik daripada pihak Penghulu Mukim Jeram serta Pengerusi MPKK Kg Sungai Buloh. Program seumpama ini akan di teruskan di masa akan datang di kawasan nelayan yang lain pula
3) Ziarah Ramadhan
Lembaga Zakat Selangor bersama salah satu agensi pembayar zakat di Selangor turun menziarahi asnaf di sekitar serendah dan batang kali. Dalam ziarah ini, seramai 10 buah keluarga asnaf fakir miskin menerima sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian bagi mereka menghadapi bulan ramadhan dan hari raya.
Nampak kan, hasil dari zakat yang korang bayar, sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan. Sesiapa yang dah cukup syarat, boleh la tunaikan kewajipan membayar zakat. Jangan cakap alasan, lupa nak bayar, atau takda masa nak bayar, sebab sekarang zakat boleh dibayar secara automatik tanpa perlu risau.
Mudah Sekarang, Bayar Zakat Dengan Membuat Penolakan Zakat Daripada Wang Simpanan Bank Muamalat Secara Automatik Setiap Tahun Haul
Zakat ni ada macam-macam jenis, Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah, ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Manakalah Zakat Harta pula mengandungi zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat KWSP dan Zakat Emas & Perak.
Syarat wajib zakat ialah Islam, Merdeka, Milik Sempurna, Cukup Nisab dan Cukup Haul.
Untuk Zakat Fitrah, bayar mengikut harga beras kita makan. Seperti dalam gambar ditetapkan RM7, RM14 dan RM21.
Semua zakat ni ada bayaran dia tersendiri.
Sekarang senang nak membayar zakat. Semuanya guna online dan penolakan daripada wang simpanan kita. Pembayaran zakat lebih mudah, lebih cashless, tanpa perlu menunggu lama di kaunter, dan tak perlu beratur panjang. Dengan keadaan pandemik sekarang, situasi yang agak terbatas untuk bergerak, dan memerlukan penjarakan sosial, pembayaran tanpa tunai, tanpa sentuhan, sangat selamat dan cara ini membantu mengurangkan penularan covid.
Melalui Bank Muamalat, cara untuk membayar zakat ialah melalui penolakan wang simpanan di Bank Muamalat Malaysia Berhad ( BMMB ) secara automatik. Ia untuk memudahkan pendeposit di BMMB menunaikan zakat dengan membuat penolakan zakat daripada akaun simpanan secara automatik setiap tahun haul.
Zakat wang simpanan ialah zakat yang dikenakan ke atas wang yang
disimpan di dalam akaun simpanan dan akaun semasa di dalam bank atau
lain-lain institusi kewangan. Ia akan mengira dan membuat potongan zakat ke atas akaun simpanan dan semasa pendeposit yang beragama Islam.
Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat:
Simpanan Tetap
Simpanan Tetap
- Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Simpanan Biasa
Simpanan Biasa
- Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.
Simpanan Dalam Satu Akaun
Simpanan Dalam Satu Akaun
- Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
- Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
- Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Di samping itu, fasiliti ini merupakan tambahan kepada servis pembayaran zakat oleh bank selain kaedah potongan gaji, bayaran di kaunter dan perbankan internet.
Antara kelebihan fasiliti ini adalah:-
- Memudahkan kesemua pelanggan B
ank Muamalat yang beragama Islam menunaikan kewajipan berzakat ke atas wang simpanan mereka;
- Pendeposit tidak perlu pergi ke pusat zakat untuk membayar zakat;
- Potongan zakat dilakukan secara automatik apabila cukup haul dan nisab;
Bagi yang ingin membayar zakat melalui penolakn daripada akaun simpanan Bank Muamalat ini, korang hanya perlu mendaftar perkhidmatan zakat di cawangan Bank Muamalat yang berdekatan.
Untuk keterangan lanjut boleh layari www.muamalat.com.my atau hubungi 1 300 88 8787
Kempen Pay Smart Stay Smart " Jom Zakat Cash Less "
Hah ni ada kempen yang dijalankan oleh Pusat Zakat Selangor sepanjang bulan Ramadan bermula 13 April - 12 May. Korang boleh menang hadiah dengan membayar zakat secara online. Kempen ni menggalakan orang untuk membayar zakat secara online. Dengan online, lebih mudah, selamat dan pantas. Jom la join, mana tau korang bertuah.
Tiga langkah mudah
- Tunaikan zakat anda melalui platform online banking, online eZakatpay, online channel, online @banch, mobile banking, ATM machine ataupun e-Wallet.
- Imbas kod QR untuk mengisi borang atau klik sahaja link http://bit.ly/zakatcashless2021.
- Daftar e-Zakat Online di ezo.zakatselangor.com.my.
Untuk lebih lanjut berkenaan kempen ni, korang boleh layari http://bit.ly/zakatcashless2021
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka
(dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana
sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah At-Taubah (ayat 103)
Sama-sama kita kongsi rezeki bersama mereka yang kurang berkemampuan. Dengan membayar zakat ini dapat memberi sinar baru dan kegembiraan kepada mereka. Takkan kita jatuh miskin dnegan membayar zakat.
Info lanjut berkenaan zakat dan agihan zakat boleh layari
Website: https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
Senang saja kan sekarang tak perlu lar keluar dari rumah pun boleh bayar zakat. :)
ReplyDeletejom cashless zakat. dah suntuk dah
ReplyDeletemakin mudah skrg kan.. ada kemudahan cmni x perlu dh bersusah payah pasni..
ReplyDeleteskrg online je.. cume x pasti perak de ke x eh cara cmni
ReplyDeleteByk dh kemudahan yg ada zmn skg ni..byr online jimat masa tak payah keluar rmh hehe
ReplyDeletepelbagai cara dah skrg nie kan nk bayar zakat.. tambah pula musim2 pandemik nie.. selamat dgn online
ReplyDeleteSenang sekarang ni. Bayar online je kan. Lagi selamat.
ReplyDeleteSenang juga cara sebegini ya... Mudah tak perlu pergi banyak kali... Tolak dr situ pun ok
ReplyDeleteThanks for sharing this information about pembayaran zakat secara online.
ReplyDeleteSekarang dah xpening2 kepala nak pegi ke pysat zakat nak byr2 zakat, sejak semua dah guna melslui online
ReplyDelete