hai assalammualaikum
 
Nak Buat Renovation Ubahsuai Rumah, Pilih Kontraktor Yang Betul Untuk Realisasikan Rumah Idaman - Alhamdulillah, lepas kawin, nad tak perlu bersusah payah cari rumah, sebab rumah yang nad duduk sekarang ni, rumah peninggalan arwah mak mertua kepada suami. Rumah ni memang dah lama, bertahun juga dekat sini. Asal dalaman rumah ni, nad tak tau macam mana, tapi suami ada cakap, masa arwah mak mertua ada, rumah ni ada la juga di buat renovation, dekat bahagian ruang tamu dibesarkan, dapur, dan tingkat atas tambah bilik satu. 
 
Yup, rumah ni dua tingkat, rumah teres. Lepas tu, tak pernah buat ubahsuai apa-apa dah. Nad yang dah duduk rumah ni dekat  7 tahun, memang boleh nampak, makin lama rumah ni makin teruk dan perlu direnovate, diubahsuai segera. 
 

Buat Renovation Ubahsuai Rumah, Jadi Rumah Idaman Yang Cantik

Siapa yang taknak rumah cantik, nak rumah yang 
diidamkan. Setiap kali ada orang post berkenaan interior rumah, renovate rumah, ubahsuai jadi rumah idaman, nad pun teringin juga. Memang kitaorang suami isteri ada buat perancangan nak renovate rumah ni. Tengah kumpul duit perlahan-perlahan, nak ubahsuai satu persatu.



Macam nad cakap, rumah ni dah lama sangat, banyak yang retak, macam dinding, tiles pecah, awning bumbung pun dah nak hancur, sikit lagi dia nak jatuh dah tu. Korang boleh tengok gambar tu semua..huhu.



Bukan tu je, tangga pun tak serupa tangga yang indah..hahaa. Tak boleh nak berangan naik seperti naik di kayangan..kihkih. 
 

Paling sedih bilik air ni la. Takpe nad tunjuk luar je,..huhuhu. Paham-paham jela.
 

Cantikkan bilik air ni, dah lama teringin nak ada bilik air siap ada pancuran semua ni. Takpe simpan dulu nanti dah sampai masa kita buat..ehhee.

Macam nad cakap, rumah ni pernah direnovate, tapi orang yang buat tu, tak buat dengan betul. Suami cakap, mungkin dia buat cincai je, mana taknya, banyak yang tercabut. Bahan pun macam kurang berkualiti je. Bahagian dapur pun banyak yang rosak. Memang sedih bila tengok rumah ni. Sebab tu sekarang, sikit-sikit kumpul duit, dah cukup terus buat renovate rumah ni.
 
 
Dapur idaman juga..hehee. Luas, terang, nak masak pun best je..hhehee.

Itu sebab kali ni, kitaorang kalau boleh nak renovate ubahsuai rumah dengan cari kontraktor yang betul. Nak ubahsuai rumah bukan je untuk cantik, tapi untuk pelaburan juga. Semua orang pasti inginkan rumah yang bukan sahaja sempurna dan cantik, tetapi mempunyai aura yang positif. Betul tak? Bukan boleh main semberono je, perlu ada perancangan satu persatu. 
 
Sebab tu kena cari kontraktor yang betul-betul yang boleh buat kerja dengan sempurna, dan memuaskan hati. Yela, nak rumah cantik bak kayangan, perlukan modal yang besar, bukan ciput. Duit pulak bukan jatuh dari daun, kita cari susah-susah, kumpul duit, nak cantikkan rumah seperti yang diidamkan. 
 
Jadi, taknak jadi masalah kemudian hari, lagi-lagi yang tak pernah berurusan dengan kontraktor, kena selidik dan kaji betul-betul kontraktor yang kita nak ambil tu sebelum ambil keputusan untuk menggunakan khidmat mereka.
 


Buat masa sekarang nad survey kontraktor yang direkomen oleh rakan-rakan yang telah menggunakan service mereka. Satu lagi kalau survey online nad akan tengok komen feedback dari pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka. Bila hasil kerja mereka memuaskan dari komen-komen mereka, tentu lebih selamat memilih kontraktor tersebut. 

Macam suami, dia memang berkawan dengan kontraktor, tapi lagi baik kita survey beberapa kontraktor yang lain, mana tau kita boleh dapat lagi murah dan jimat.

Lepas tu, mestila nad akan tengok apa kepakaran mereka. Pastikan kontraktor berpengalaman luas lebih 10 tahun dan telah membuat beberapa projek, pakar dalam ubahsuai rumah, bina rumah, wiring, kabinet dapur, plaster ceiling, tiling dan macam-macam lagi. Senang tak perlu lain-lain orang nak kita panggil.

Paling penting mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar, ada SSM dan CIDB Registration No. Bila ada lesen ni,kerja mereka lebih sempurna, dan lebih profesional.

Nusara Bina PMC Bantu Realisasikan Rumah Idaman Anda

Survey punya survey, nampak kawan post berkenaan Kontaktor Nusara Bina PMC. Macam tertarik pulak tengok. Hasil kerja diaorang pun cantik dan kemas. Boleh bayangkan rumah idaman nad disiapkan Nusara Bina mesti cun punya..hehehe.

Ni nad dengar video salah seorang pelanggan mereka yang berpuas hati dengan hasil kerja Nusara Bina PMC. Paling nad suka bila dia cakap, takda penambahan kos untuk sesuatu masalah. Bagus kan, takdela, setiap kali ada masalah kena keluarkan duit lagi.

Ni antara sebab nad tertarik untuk menggunakan khidmat mereka. Tengokla, bukan sahaja berpengalaman luas, malah , Nusara Bina PMC mempunyai panel kilang sendiri, justeru kos lebih rendah tanpa orang tengah, pembuatan lebih cepat dan dapat design 100% mengikut kemahuan pelanggan. 

Bab barang yang digunakan pun kita kena amik tau, takut nanti barang murah tapi jangka masa panjang cepat hancur, cepat rosak. Kita taknak macam tu kan. Bahan yang bagus bahan yang berkualiti tinggi untuk ketahanan jangka panjang, itula yang digunakan Nusara Bina PMC. Malah mereka memberi waranti baiki percuma kalau ada kerosakan dalam 1 tahun setelah projek siap.


Nad suka kontraktor yang buat kerja dengan kemas dan berkualiti, takda main buat je asalkan siap. Paling bagus buat dari A sampai Z, dari pelan, dapatkan permit, renovate sampailah bersihkan rumah. Kita ni hanya bagitau macam mana kita nak, bincang dan pelan sampai puas hati, dah ok, terus jalan. Pastikan duit pun cukup bajet dengan apa yang kita nak.


Daku masih tak berkelip tengok Nusara Bina PMC punya kerja, tengokla, dekat gambar tu, fuh, siapa tak mau rumah sendiri bak kayangan. Ni la kita mau kan, duduk rumah dengan suasana yang cantik,kemas, lawa. Takyah keluar rumah pun takpa, PKP punya hal, boleh je duduk rumah..ehhee.



Kalau korang ada tanah sendiri, nak buat rumah atas tanah sendiri, idamkan rumah banglo ke, panggil je Nusara Bina ni, mereka mampu merealisasikan impian korang tu. Complete dari A smapai Z diaorang buat, tak perlu panggil orang lain buat tu, orang lain buat ni. Nak buat rumah ni seeloknya cari yang memudahkan kita bukan merumitkan kita. Nusara Bina ni dari bina rumah, ubahsuai dan interior design pun diaorang boleh buat.

Woww, ada juga Pakej Promosi Renovation. Ingat bab renovation ni takdela pakej macam ni. 

Nanti bincang dengan suami, pasal ni. Perbincangan suami isteri ni perlu, supaya takda la kucar kacir nanti kan. Mungkin dia pun akan tertarik dengan nusara Bina PMC ni.

Korang kalau ada perancangan nak ubahsuai, renovate rumah, atau nak buat rumah banglo, boleh je tengok sendiri hasil mereka di
SHARE 24 comments

Add your comment

  1. wah wah.. cantiknya.. kontraktor melayu kita mmg hebat.. suka tgk rumah renovate ala kayangan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah ditipu oleh Nusara Bina. Duit deposit beratus ribu dah dibayar tapi Nusara Bina tak mulakan projek pun. Kenapa ambil duit saya kalau dah tahu kewangan bermasalah?

      Delete
  2. This is a good service by Nusara Bina. Nanti I'll check out their website. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  3. Betul. Nak buat rumah, jangan berkira sangat sebenarnya pasal duit. Kena semak kredibiliti dan track-record kontraktor. Kawan dah terkena, bayar sekian-sekian sebab murah, sudahnya dekat dua tahun tak siap2 pastu kontraktor hilang. Now kena engage kontraktor baru dan tambah duit lagi. Kan dah rugi kan?

    ReplyDelete
  4. Perubahan dia perghh terbaik.. bagus la kirenya kontraktor ni yek..

    ReplyDelete
  5. Khai pun suka kalau dapat renovate rumah mcm rumah idaman. Takpe Nad pelan pelan insyallah ada rezeki tu. Semoga dipermudahkan nanti

    ReplyDelete
  6. nak renovate rumah kena pilih kontraktor yang pandai dan buat kemas bagi kita puas hati... rumah nak duduk lamakan! jangan harga murah buat cincai2 nages oooo

    ReplyDelete
  7. wow.. mmg pun kena pilih betul2.. klu x rugi duit je..

    ReplyDelete
  8. Ya kalau nak buat renovasi kenalar guna khidmat yang betul-betul pakar dan jujur. :)

    ReplyDelete
  9. Mmg kena pilih Dan pantau betul2 kontraktor yg kita Nak guna takut nnt dh dpt dpayment. Dia lari pula. Atau pakai material murah tapi charge mahal. Kena Hati2

    ReplyDelete
  10. Akak gigih baca awal pagi ni. So mana gambar rumah yang dah siap renovasi? Ko saje kan bg artikel tergantung camni Nadiaaaaaaa!!! Nnti kalau jumpa, nak cubit pipi tu. Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam perancangan kka, belum lagi buatnya..ehhee

      Delete
  11. 360 darjah berubah cantik betul! Bagus kan kalau pilih kontraktor yang betul. Mcm akak ni silap pilih kontraktor. Skrg kontraktor pun lesap...huhu

    ReplyDelete
  12. Wahhh! Okay kena bookmarked entri ni.. after PKP nak renovate rumah juga la... almost 5 years dah.. macam nak minor renovation to change the look and feel..

    ReplyDelete
  13. i just recently renovated my condo and i totally agree with - we need to find a good contractor! i hope your conversation with your husband go well and u get to renovate your rumah idaman! :)

    ReplyDelete
  14. memang pening kalau nka pikir pasal renovation, pada saya if ada duit bagi sajalah pada yang pakar, kita takyah nak pening2

    ReplyDelete
  15. Memang teringin gak nak buat rumah guna ID, tapi ermmm semua keje renovated Laki yang buat, ikut idea dia.. tapi insyaALlah dalam tahun ni nak buat rumah, nak cuba laa guna khidmat pakar.. thanks Nas share.

    ReplyDelete
  16. Sama lah, rumah kami duduk ni rumah lama juga. Banyak masalah, banyak nek kena renovate. Tapi masih lagi mencari kontraktor yang sesuai.

    ReplyDelete
  17. Betul..mmg kena cari kontraktor yg bg servis terbaik..silap nanti mcm2 pula jadi..

    ReplyDelete
  18. Thanks for the infor sharing, memang kita tengah planning nak buat renovation lepas PKP.

    ReplyDelete
  19. Nak renovate, memang kena cari kontraktor yg betul2 boleh dipercayai, kan. Nanti ada pulak yg terbengkalai atau buat kerja sambil lewa.

    ReplyDelete
  20. Bila fikir asal kos renovation, boleh pening kepala. Kalau nak hire ID, 80k pun belum tentu cukup untuk 1 rumah. So kita slow-slow upah orang yang berlainan untuk siapkan rumah. Ukur baju dibadan sendri jela mana yang mampu huhu yang penting kena survey betul2

    ReplyDelete
  21. teringin nak ubah suai rumah

    ReplyDelete
  22. Not recommended.. slow progress..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2