hai assalammualaikum
 
Tips Memilih Hotel Untuk Percutian Yang Selesa - Rindunya nak pergi bercuti, siapa yang tak rindu kan, nak jalan-jalan, nak cari tempat menarik, nak foodhunting, arghh rindunyaaaaa. 

Sedia maklum, memang sekarang tak sesuai lagi untuk kita pergi bercuti, disebabkan pandemik, tapi kita berharap kes makin turun dah tiada lagi PKP. 

Perkara pertama jika habis PKP, dalam fikiran ni nak stay dekat hotel, hahaha, stay dalam Kuala Lumpur je pun takpe, asalkan dapat rasa bercuti. Bila dah boleh rentas negeri, nad rancang nak pergi Langkawi, Pulau Pinang dan banyak lagi tempat dalam Malaysia ni.
 
Selalunya bila travel ni, bukan setakat nak cari lokasi menarik, makanan menarik, tapi juga penginapan hotel yang menarik juga. Yela, seharian berjalan, mestilah nak beristirehat dan tenangkan fikiran dalam hotel yang selesa. 
 

Sebut pasal hotel, tengah taip ni pun nad dah bayangkan, stay hotel dengan suasana yang cantik, kemudahan yang pelbagai, bestnya percutian tu..hehe. Selalunya kalau hotel ni, nad akan pilih yang ada kolam renang, itu pun untuk anak-anak, kalau takda kolam renang, akan pastikan dalam bilik ada bathtub, berendam dalam bilik pun ok..hahahaa.
 
Buat masa sekarang, banyak hotel yang mempunyai kemudahan dan perkhidmatan terbaik untuk pengunjung, bergantung kepada hotel dan harga yang ditawarkan. Kita ni kalau boleh nak penginapan hotel yang terbaik dan selesa, jadi sebelum tu kenala buat persediaan yang teliti, selidik hotel mana yang best untuk penginapan kita.

Tips Memilih Hotel Untuk Percutian Yang Selesa

 1) Lihat Kemudahan Yang Disediakan Pihak Hotel dan Mesra Keluarga
Perkara pertama, tengok hotel macam mana yang korang suka dan nak tempah. Nak tempat menginap yang mempunyai kolam renang, mempunyai kemudahan wifi, makanan yang baik, atau mempunyai pemandangan yang indah? 

Kalau nad mestila nak semua..hahahaa. Dah tau nak macam mana, kita survey hotel mana yang best untuk percutian kita. 
 
Macam nad, bercuti dengan keluarga, kadang tengok juga hotel tu mesra keluarga ke tidak macam ada anak kecil, cari hotel yang mempunyai kolam renang atau taman permainan. Kalau tiada pun, cuba cari yang punyai kawasan untuk beriadah, taman atau pantai misalnya.
 

Mana yang nak bercuti di Kuala Lumpur, bolehla staycation KL yang bersesuaian jika mahukan tempat yang sangat selesa untuk menginap dengan perkhidmatan berkualiti terbaik. 

Macam nad, memang duduk Kuala Lumpur, jadi pilihan nak bercuti dekat sini jela buat masa ni. Kuala Lumpur pun banyak tempat menarik yang nad belum survey lagi. Kadang saja kita nak stay hotel sebab suasana hotel ni berbeza ya dengan rumah, hehehe. Banyak pilihan hotel, nak hotel 5 bintang pun boleh.
 
2) Pilih Kapasiti Bilik Mengikut Bilangan Orang
Hah, bab ni pun kena ambil kira. Kalau keluarga kecil, mungkin la boleh ambil bilik sederhana, kalau keluarga besar, perlu pilih bilik sesuai mengikut berapa orang supaya semua orang tidur dalam keadaan selesa. 

Biasanya hotel menawarkan pelbagai jenis bilik, ada Double Room, Single Room, Twin Room, bilik bersambung, bilik sesuai untuk anak-anak, hah, ikut kapasiti berapa dalam kumpulan dan bilik korang rasa sesuai. Kalau salah pilih bilik takut percutian tu tak berapa best, nak berehat pun dalam keadaan tak selesa. 
 
Tempat tinggal sangat mempengaruhi mood anda ketika bercuti. Sebab, badan ni perlu dimanjakan seketikan setelah penat berjalan. dan perlukan rehat yang cukup untuk sambung aktiviti keesokannya.

3) Tengok Bajet dan Harga Hotel
Selalunya, kita mesti dah ada bajet sendiri untuk penginapan kan? Kalau boleh kita cari penginapan hotel sesuai dengan bajet kita. Lagi menarik kalau kita dapat harga promo diskaun dari pihak hotel. Sebab tu kita kena tahu harga setiap hotel yang kita pilih tu. Kalau boleh apa yang kita bayar tu berbaloi untuk kita menginap dekat hotel tu. 
 
4) Keselamatan dan Kebersihan Hotel
Seterusnya, memilih hotel yang mempunyai keselamatan dan kebersihan yang baik. Lebih baik jika menginap di hotel yang agak mahal tetapi tidak ada keraguan tentang keselamatan dan kebersihan. 

Mesti tak suka kan bila dapat bilik yang kotor, tak dijaga dengan baik dan bauan yang kurang menyenangkan. Lagi teruk bila dapat bilik air kita nak pijak pun geli..huhu. Setakat ni nad stay hotel, takdala dapat yang kotor, semuanya best sebab nad survey dulu.
 
Bab keselamatan selalu suami ingatkan, baik pilih hotel yang bayar mahal sikit sebab keselamatan lebih terjamin, dengan parking kereta ada orang jaga, lepas tu apa-apa masalah, staff boleh bantu. Layanan mesra dari staff pun perlu dititiberatkan. 
 

Salah satu hotel di Penang, Hard Rock Hotel Penang. Ni salah satu hotel yang nad nak sangat stay. Dulu pernah datang sini, tapi bergambar depan gitar Hard Rock gitar sahaja. Dalam hati nanti nak juga ke stay sini, sebab tengok pun lawa betul hotel tu. Orang penang agak-agak rasa nak cemuih duduk rumah, boleh la staycation dekat Hard Rock Hotel Penang ni.
 
5) Perhatikan Lokasi Tempat Penginapan
Hah ni pun penting. Kalau nak menginap dekat hotel, tengok lokasi menarik yang ada di sekeliling. Kalau boleh, hotel tempat kita menginap tu berdekatan dengan tempat yang kita nak lawat. 

Contoh, kita nak pergi tempat bersejarah ke, tempat yang orang selalu lawat, jadi hotel kita tu berdekatan dengan tempat tu, jadi perjalanan tu takdala jauh sangat. Pastikan juga penginapan hotel kita mempunyai akses pengangkutan yang mudah, nak bergerak pun senang.

Perhatikan juga lokasi hotel anda dengan tempat makan. Biasanya, orang lebih suka makan di luar daripada makan makanan yang telah disediakan oleh pihak hotel. Untuk itu, jangan abaikan elemen yang satu ini untuk kemudahan percutian.
 

Tak kelip mata tengok The Datai Langkawi ni. Lokasi hotel yang sangat cantik dengan view yang menarik. Masuk dalam senarai, mana tau satu hari boleh stay kan.

6) Tengok Review dan Testimoni Pelanggan
Paling penting kalau kita nak stay sesuatu hotel, kenala tengok review daripada orang lain yang pernah menginap di situ. Setiap ulasan yang diberi tu menunjukkan kualiti perkhidmatan hotel tersebut. Dengan review yang diberi, bolehlah kita fikir elok ke tidak hotel tersebut. Kadang gambar dekat situ cantik, sekali datang servis tak bagus dan tempat tidak seperti yang digambarkan. Sebab tu review tu penting kita nak tengok.

7) Cari Rujukan Mengenai Hotel
Untuk dapat menempah hotel mengikut kehendak anda, ada baiknya anda mencari maklumat mengenai hotel melalui sumber lain, seperti internet atau  boleh bertanya kepada keluarga atau rakan anda yang pernah menginap di hotel. Dengan mencari rujukan, anda akan semakin mendapat idea tentang hotel yang anda cari. Walaupun kelihatan remeh, petua ini sangat tepat bagi anda yang tidak pernah menempah hotel
 
Ni antara tips yang nad dapat kongsikan, mungkin sedikit sebanyak memberi manfaat kepada korang yang sedang mencari penginapan dan hotel untuk bercuti Bersama keluarga. Pastikan bayaran yang kita keluarkan, berbaloi dengan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel.
SHARE 23 comments

Add your comment

  1. nice sharing Nad. rindu yer nak staycation..

    ReplyDelete
  2. Betul tu dengan point2 kat atas . CCL selalu survey dulu sebelum nak booking

    ReplyDelete
  3. Habis MCO ni nak pergi staycation kat tempat best2 tapi taknak jumpa orang sebab x confident lagi nak jumpa orang ramai.

    ReplyDelete
  4. Lama da tak bercuti kan nad? Setuju sgt dgn tips nad. Semua benda kita kena tengok

    ReplyDelete
  5. Tips yang menarik... serious memang rindu nak travel tau. Anak² pun dok bising dah. Tapi apakan daya ...

    ReplyDelete
  6. entry ni buatkan rasa rindu nak pergi bercuti..huhu

    ReplyDelete
  7. rindunya nak tido hotel.. xtau la bila dapat

    ReplyDelete
  8. Yang paling penting bersih dan selesa. :) Kalau harga mahal sikit pun takpe kan. :)

    ReplyDelete
  9. Nice sharing nad... lama dh x cuti² malaysia... hehe

    ReplyDelete
  10. Thanks Nad sharing nie.. mmg betul apa yg Nad kongsikan.. rse tak sabar nk bercuti kat hotel mcm dulu2

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing these tips, after MCO i also want to plan a staycation.

    ReplyDelete
  12. Setuju dengan apa yang Nad kongsikan. Rindu sungguhla nak berjalan bawak anak-anak . Dan untuk K.Sal pulak biasanya nak hilangkan stress. Kalau jalan-jalan tak payah nak masak so kita rest & relax je macam queen .. hehehe

    ReplyDelete
  13. baca ni terus rinduuuu nak travel. nak staycation pun seram lani kes tinggi sangat

    ReplyDelete
  14. Oh yes! Betul la semua ni tip2 penting ni.. Dulu i kind of neglected benda ni.. Especially part reviews... Tue penting sebab real experiences kan!

    ReplyDelete
  15. Datai Langkawi antara hotel yg Kita impikan utk ke sini. Best sgt

    ReplyDelete
  16. Sekarang ni boleh pi bercuti tapi tu laaa, banyak faktor risiko kita nak hadap, so better tunggu aje laa kan, banyakkan membaca camni.. so nanti nak travel dah tau dah macam mana nak cari pefcutian berbaloi dengan keluarga..

    ReplyDelete
  17. Staycation on sebab dah vaksin hehehe. First thing Rawlins nak balik kampung! huhu. Rindu

    ReplyDelete
  18. Selalu Marina pilih hotel kolam wajin ada.then pilih bilik yang besar.selesa sikit nak tido. Thank you untuk tips ni

    ReplyDelete
  19. Nice sharing. Saya pn akan selalu check review dulu sebelum booking. Banyak benda kan nak kena study dulu supaya harga yang dibayar berbaloi dengan apa yang kita dapat. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  20. Tips yang bagus Nad. Sebelum bercuti memang kena buat research dulu. InsyaAllah percutian akan lebih smooth.

    ReplyDelete
  21. tengok ni terus rasa nak travel . jahat aaaaaaa nad...dahlah tak boleh jalan skrg

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2