McDonald's Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara
Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.
Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat kepada semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga sesama kita, mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan, keberanian para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak covid ini.
"Sudah
lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama
dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan selama pandemik ini.” kata Azmir Jaafar, Pengarah
Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
"Apa yang membuatkan keadaan sekarang terkawal adalah disebabkan ketekunan
berterusan para barisan hadapan kita, yang bekerja seharian menjadikan
kehidupan kita lebih aman setiap hari ketika kita melawan wabak ini,"
tambah Azmir.
"Satu tepukan hebat kepada pasukan
restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital, dan memastikan
bahawa barisan perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka," kata
Azmir.
Penajaan makanan ni dilakukan selama sebulan bermula 24 Mei sehingga 30 Jun, dan dihantar sekali seminggu. Alhamdulillah, dengan bantuan seperti ini sedikit sebanyak memberi frontliner hilang sedikit rasa penat itu dan terus bersemangat merawat pesakit covid. Hebatnya frontliner dalam mengharungi saat-saat sukar seperti sekarang.
Ketika petugas - petugas Covid 19 ini bertungkus lumus, mereka sangat memerlukan kita sebagai penguat semangat mereka. Semoga kita sama-sama bersatu membendung penularan covid ini.
Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.
Terbaik mcd
ReplyDeletebagus mcd ,usaha membantu
ReplyDeletePatut di contohi lah kempen mcm ni. Stay safe semua.
ReplyDeleteTahniah mcd buat inisiatif macam ni. Semoga frontliner kita terus semangat
ReplyDeleteInisiatif yang sangat bagus . Program sebegini patut diteruskan dsri masa ke semasa
ReplyDeleteWell done McDonalds. Hope others will follow too.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Bgus kempen ni...
ReplyDelete70 buah hospital tu.. byk yg MCD bantu utk frontliner.. terbaik
ReplyDeleteBaik sungguh usaha murni yg mcd buat ni... Moga berterusan pahalanya menolong frontliner yg dh ssh pyh jge kita
ReplyDeleteBagus lah mcd ni, sentiasa buat kerja amal
ReplyDeleteBagus! This is a very good initiative to appreciate at the same time help our frontliners too.
ReplyDeleteTahniah McD atas usaha yang murni ni. Jom support McD.
ReplyDeleteBagus usaha murni McD ni, tahniah!
ReplyDeleteMeang terbaik McDonald eaja akanan utk Frontliner yg bertugas semoga usaha murmi ni diteruskan
ReplyDelete