hai assalammualaikum
Telefilem Pemuja Kubur, Memang Terbaik - Haritu nad ada tonton rancangan Telefilem di Astro Citra. Siaran ni memang kerap siarkan rancangan hantu macam tu, memang syok layan. Jadi, hari Sabtu haritu, telefilem bertajuk Pemuja Kubur. Tengok dari mula sampai habis, pergh!!, memang terbaik. Kalau ada Beto Khusyairi, memang hebat la cerita tu.
Barisan pelakon
Beto Khusyairy sebagai Zarul
Aedy Ashraf sebagai Azhar
Kaka sebagai Zureen
Ellie Suriaty sebagai mak Zarul
Man Kobena
Sinopsis Telefilem Pemuja Kubur
Telefilem ni berkisahkan tentang Zarul dan Azhar merupakan kawan baik. Mereka ni gunakan cara singkat nak dapatkan sesuatu, nak cepat kaya dan cinta dengan cara syirik, cara yang sangat dilarang dalam Islam. Mereka menggali kubur mayat perempuan beranak untuk dapatkan tali pocong sebagai azimat nombor ekor dan mendapatkan minyak dagu.
Kali pertama, hasilnya memang menjadi. Zarul menang nombor ekor, dengan azimat tali pocong yang dipakai di pinggangnya. Azhar pula berjaya menambat hati cinta Zureen yang sebelum ini ditolak. Azhar telah mencalit minyak dagu kepada Zureen sehingga menyebabkan Zureen jadi angau kepada Azhar.
Lepas tu, sehari demi sehari mereka diganggu dengan hantu yang mereka gali tu. Mulanya Zarul dengan Azhar tak ambik port sangat, tapi lama-lama makin teruk. Memang menakutkan bila tengok, hantu pocong berada di mana-mana. Paling geli masa hantu tu beli burger diaorang jual ni. Dia makan burger mentah tu.
Sebelum kawin, Azhar ada cakap dengan Zarul dia dah taknak buat benda syirik ni lagi dan nak bertaubat, Zarul pun paham.
Azhar pun kawin dengan Zureen. Masa persandingan mereka, hantu tu datang dan merasuk Zureen. Zureen kerasukan sekejap. Azhar boleh tau kenapa Zureen jadi sebegitu dan mula rasa tidak sedap hati, dan memandang Zarul, yang dia sendiri tau apa puncanya.
Lepas Zureen, isteri Azhar kena ganggu, mak Zarul juga kena ganggu. Orang kalau dah main dengan syirik memang tak boleh lari ye.
Zarul mula ajak Azhar untuk pergi jumpa bomoh, tapi Azhar taknak sebab dia dah taknak buat benda ni semua. Zarul pedajal kawan dia dengan bagi kain kuning yang diambil dari bomoh dan diberi kepada Zureen. Zureen terkjut dan terlalu marah dengan Azhar sebab Zureen boleh agak, suaminya pikat dengan cara syirik sehingga dia nak mintak cerai.
Zureen dua kali mengandung, kandungan pertama gugur sebab kerasukan, kali kedua bukan sahaja kandungan mati, dengan Zureen mati. Lepas kejadian Zureen tau suaminya pikat dengan cara syirik, Zureen keluar dari rumah tu. Kemudian beberapa hari, dia datang semula ke rumah Azhar untuk bincang hal penceraian. Azhar tetap takank cerai, dan berlaku pergaduhan di tangga. Tiba-tiba hantu muncul dalam badan Zureen, Azhar terkejut dan tertolak isteri di tangga. Maka meninggal la Zureen dan anak dalam kandungan tu.
Azhar terlalu marah dengan Zarul. Zarul masih diganggu dengan hantu di rumah. Dia pun jumpa dengan bomoh yang diaorang pergi sebelum-sebelum ini. Bomoh tu suruh gali mayat isteri Azhar pulak. Zarul mandi air darah ayam hitam.
lepas tu pergi ke kubur dan cuba menggali kubur isteris Azhar. Azhar yang tak sedap hati, terus pergi ke kubur isterinya, dan betul apa yang dia syak, Zarul nak menggali kubur isterinya. Berlaku pergaduhan dan hantu-hantu tu pun muncul. Akhirnya Zarul mati kene hentakan batu dekat situ tanpa boleh mengucap.
Cerita nampak macam kita dah tau, tapi masih best untuk ditonton..Memang seram..ehhe. Bila dia peluk hantu pocong tu..adoii..
Selalu astro ada tayang ulangan. Tak pun tengok dekat youtube kalau ada.
memang best cerita ni... cuma ending dia sy x puas hati sgt
ReplyDeleteLooks scary if you ask me. :D
ReplyDeleteBaru lepas tengok tadi. Seram jugak. 😅
ReplyDelete