hai assalammualaikum
Diffuser Pertama Aku, Young Living Essential Oil - Dah lama dah nad duk usha diffuser ni, tengok ramai guna, nampak best je kelaur asap tu. Dapat bauan segar dan sedap setiap kali pasang. Mulanya memang tak pilih Young Ling ni sebab tengok harganya yang mahal, dah siap tolak tepi. Konon nak cari la yang murah dan berfungsi dengan baik. Kita pun tengokla dekat Shopee, cari diffuser yang murah, masuk dalam cart dulu, tak beli lagi..heehe
Lepas tu setiap kali nak beli, tak terbeli-beli lagi. Tengokla orang review diffuser tu semua. Ada diffuser okm tapi tak tahan lama. Ada tu diffuser keluarkan asap kecik, ada lagi diffuser beli je dah tak berfungsi. Adeh, pening dah nak beli ke tak, tunggu lagi jangan beli dulu. Kita punya hold beli sampaila tahun ni..hahaha. Lepas tu akhirnya 4 bulan lepas, diffuser yang kita tolak tu la yang jadi pilihan kita. Apa lagi kalau bukan Diffuser Young Living..hahaa. Betul la orang cakap, tak suka tu la jadi suka.
Diffuser Pertama Aku, Young Living Essential Oil
Kenapa akhirnya Nad pilih Young Living ?
Selalu nad tengok, member ni post pasal diffuser dan essential oil Young Living. Bukan setakat tunjuk gambar semata, tapi dia tunjuk banyak kegunaan essential oil Young Ling ni. Eo YL ni boleh campur-campur jadi minyak yang kita nak. Ada la dia punya resepi. Essential Oil tu bukan setakat boleh diffuser tapi boleh disapu di bahagian badan kita. Banyak la kegunaan EO YL ni.
Lepas tu, diffuser Young Living ni ada macam-macam bentuk. Ada Dessert Mist Diffuser, Dewdrop Diffuser, Aria Diffuser, Lantern Diffuser dan Owl Diffuser. Waktu tu nad berkenan sangat dengan Owl Diffuser ni. Bentuk cantik sangat.
Sebab nak sangat diffuser dan tengok Young Living ni banyak kelebihan dia, terus tanya kawan ni. Tanya la benda kita tak paham pasal Young Living dan eo dia semua, macam mana nak beli, semua nad tanya. Kawan dah terangkan, ok, nad terus onz beli.
Mula tu, nad nak beli Owl dengan dapat eo satu je, sebab nak cuba kan, tapi dia cakap baik jadi ahli, sebab nanti nak beli Essential Oil tu dapat la harga ahli. betul juga dia cakap kan. Ok, kita jadi ahli la..hehee.
Dapat je barang, seronok gila. Ni la barang yang kita dapat lepas jadi ahli Young Living. Semestinya diffuser yang kita nak Owl Diffuser. Senyum sampai telinga, comel betul. Bukan tu sahaja, ada 10 essential oil yang memang eo ni semua kerap guna. Dapat lagi free eo lain, satu Thieves, 2 pack Ningxia ( suplement ), 1 penutup roller, 10 bottle sample.
Yang lain tu free gift dari kawan siapa yang jadi ahli waktu tu. Hah huntung sangat.
Ni hah, tengokla nad unboxing. Siap ada buku berkenaan produk Young Living. Baru tau ada banyak gila EO YL ni.
Malam tu terus pakai, hehehe. Puas hati, masa diffuser pun asap keluar banyak. Nad letak dekat ruang tamu, sebab nad tidur dekat ruang tamu. Boleh bau satu ruang tamu tu. Budak-budak ni sukala..
Diffuser Owl ni ada lampu. Nak lampu terang boleh, nak lampu warna warni pun boleh. Siap ada bunyi, seperti pokok, burung , boleh dengar dekat video youtube unboxing nad tu.
Bestnya Essential Oil YL ni tidak mengandungi sebarang alkohol atau apa sahaja bahan lain. Ia adalah semulajadi. Lagi satu Eo YL ni tak boleh digunakan sebarang diffuser lain. Hanya diffuser YL ni sahaja. Masa nak guna tu, guna satu titik atau dua titik sahaja. Jadi tahan lama juga untuk satu EO ni walaupun saiz kecil.
Macam nad kata tadi, EO YL ni banyak kegunaannya. Boleh diffuse, sapu, hidu, ad ajuga boleh masukkan dlaam makanan. Tapi yang masukkan dalam makanan bukan eo diffuse ni, ada khas EO dia yang untuk makanan.
EO YL, boleh diblend bersama EO lain. EO ni boleh dicampur juga dengan carrier oil, iaitu VCO, atau V6 dari YL.Nak senang dan selamat beli je V6 YL ni.
Setiap EO mempunya kelebihan masing-masing. Selepas 4 bulan nad guna, alhamdulillah, best sangat pakai Young Living ni. Tak sia-sia beli. Bukan untuk nad seorang, tapi untuk keluarga juga. PKP ni duduk rumah takdala rasa stress sangat bila pasang EO YL ni.
Beli Young Living ni salah satu reward nad juga. Yela, kadang kita nak sesuatu yang diidamkan, sesuatu yang mahal tapi bagus untuk semua orang. Korang kalau nak tau berkenaan Young Living ni boleh je whatsup https://www.wasap.my/60176127097/NakYoungLiving
welcome to the family YL nad :)
ReplyDeletememang berbaloi-baloi jadi ahli disamping jana income dengan YL
I have one as well but I have yet to open and use it. LOL :D
ReplyDeleteMenarik ni...kekal sihat dengan YL..nak stress pun x jadi kan
ReplyDeleteComel diffuse berbentuk owl
ReplyDelete