hai assalammualaikum
Nak Makan Lemang? Order Je Dekat Lemang Kilat, Delivery Terus - Pejam celik, pejam celik, Raya Haji, Raya Aidiladha dah nak dekat. Kita masih lagi tak boleh rentas daerah, rentas negeri untuk melawat keluarga tercinta. Ada sesetengah negeri, sambut meriah Raya Haji ni. Macam nad, sambut biasa je, takdala meriah.
Sebelum adanya covid, selalunya raya je balik kampung, lepas tu tengok binatang korban disembelih, daging dibahagikan. Lepas tu mak mesti masak makanan sama macam juadah Hari Raya, ada lontong, lemang, rendang, ayam kicap, sayur lodeh, kuah kacang dan banyak lagi la. Tapi PKP ni, duduk rumah jela. Raya Haji kali ni macam malas nak masak, dah takda mood..huhu. Tapi kalau boleh nak juga ada juadah macam raya kan.
Nak Makan Lemang? Order Je Dekat Lemang Kilat, Delivery Terus
Dah malas masak, kita order je la senang. Ada je orang buat delivery. Siapa yang teringin lemang tu, hah, boleh order denagang Lemang Kilat ni. Siap ada rendang ayam lagi.
Mesti pelik apa Lemang Kilat tu...hehee. Lepas makan terkena kilat ke?..hahaha..Tidakla..Tu nama je. Biasalah, setiap peniaga ada namanya tersendiri yang unik yang orang nak tau. Mereka baru je tubuhkan lemang ni.
Haritu, Hari Raya Aidilfitri nad tak sempat beli lemang, nampak Lemang Kilat dekat instagram. Sebab teringin nak makan terus order. Sepantas kilat ya dia hantar..hehee. Diaornag bukan jual lemang sahaja tapi ada sekali rendang ayam, rendang daging dan serunding.
Harum semerbak bila sampai tu, terus tak sabar nak buka dan makan. Bagusnya lemang dah dibelah, tinggal buka dan potong lemang tu letak atas pinggan.
Serius sedap tau lemang punya Lemang Kilat ni. Lemang ni menggunakan " Beras Pulut Susu Siam" jadikan dia lembut dan lebih krim serta harum. Anak-anak suka gila, tak perlu makan dengan rendang pun takpa..hehee.
Untuk rendang, nad beli rendang ayam. Rasa rendang tu pun sedap sangat, dengan ayam yang lembut.
Harga untuk lemang ada dalam dua saiz yang berbeza; bahagian Sederhana dan Besar dan kecil dengan harga masing-masing RM 15 dan RM 18 dan RM13.
Ayam Rendang pula berharga RM 35 untuk 500 gram dan RM 65 untuk 1 KG manakala Beef Rendang untuk 300 gram adalah RM 30 dan 1 KG dengan harga RM 80.
Rendang Daging, 1KG berharga RM 80 dan 300 gram Rm 30.
Serunding juga terdapat dalam dua bahagian yang berbeza di mana 200 gram pada harga RM 19 dan 1KG dengan harga RM 85, satu lagi 500g RM45.
Nampak sedap kan. Hah, Raya Aidiladha pun dah nak tiba ni, bolehla order lemang dan rendang.
Boleh whatsup lemagkilat.wasap.my/ dan boleh tengok instagram www.instagram.com/lemangkilat
Wow! Macam sedap lar. Nak order juga. :D
ReplyDelete