hai assalammualaikum

Lala Kamheong, Walaupun Tak Sama Macam Kedai Tetap Sedap - Haritu mr mafia ada beli lala, lepas tu terfikir pulak sos Kam Heong. Sedap juga buat lala Kam Heong ni. Pergi Aeon, cari bahan buat Kam Heong ni. Kalau korang malas sangat sediakan bahan-bahan, ada je yang jual pes Kam Heong. Taip je kat Shopee tu..hehee.

Lala ni dalam keluarga kecil nad, hanya nad, mr mafia dan adik je suka. Si kakak, tak berapa suka, tak pasti kenapa. Mungkin dia rasa peik kot lala ni. Tapi mentarang bakar makan pulak si kakak ni. Kira bagusla kalau dia tak suka, takda la berebut nak makan..hahaa.


Lala Kamheong, Walaupun Tak Sama Macam Kedai Tetap Sedap

Selalunya lala ni nad rebus biasa je, cuma masukkan air, serai, bawang merah sikit dan garam. Senang kan..hehee. Jadi kali ni nak buat bersos pulak. Kam Heong ni sinonim dengan masakan Chinese Muslim. Nad suka Kam heong ni sebab bau dia yang sedap, rempah dan rasanya yang pedas. Ka Heong ni masak kering-kering macam tu. Kam Heong ni boleh masak dengan apa jenis pun, macam ayam ke, sotong, ikan, ketam, kerang.

Ok dah jom, tengok resepi Lala Masak Kam Heong ni.



Bahan
- Satu biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 Inci halia
 - 4 Biji Cili Padi Merah
- 1kg Lala
 - 25 gm Udang kering ( ditumbuk tapi tak halus)
 - Setangkai Daun Kari ( Banyak pun takpa)



Bahan Sos
- 2 Sudu Besar Rempah Kari Ikan
- 2 Sudu Besar Sos Cili
- 2 Sudu Besar Kicap Cair
- 1 Sudu Besar Kicap Pekat
- 2 sudu Besar Sos Ikan

Cara membuatnya
- Tumis bawang besar, bawang putih, halia cili padi, daun kari dan udang kering sehingga naik bau.
- Selepas itu masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak.
- Masukkan sedikit air, dan kacau lagi.
- Masukkan sedikit garam dan kacau
- Kemudian masukkan lala dan kacau dengan sos Kam heong biar sebati.
- Masak lala ni jangan lama, nanti dia kecut.
- Bila lala dah disaluti sos Kam Heong, dah nampak lala masak, dah boleh angkat dan dihidangkan.

Mudah kan, bahan pun takda la susah sangat. Semua boleh dicari dekat supermarket. Ni pertama kali nad buat, hehee, jadi rasa dia hampir sama macam kat kedai tapi lari sikit la. Yela ni pun pertma kali nad buat. Mungkin lepas ni boleh cuba lagi. Yang penting sedappp..hehee.
SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2