hai assalammualaikum

Fariza Rindu Sekolah - Berubah, terus berubah sama sekali kehidupan kita semua bila adanya covid ni. Tak disangka kehidupan kita akan jadi seperti ini. Terutama dekat anak-anak yang masih kecil, baru nak mengenal dunia luar, baru nak berkawan dan bersosial, tapi, beralih kepada duduk rumah dan tidak berjumpa dengan sesiapa. Kehidupan yang sepatutnya penuh dengan aktiviti di sekolah tapi banyak dibuat di rumah pada waktu ini.

 

Fariza, memang senang bila kita cakap esok sekolah. Dia tau sekolah dekat telefon. Walau tidur lewat pun, esok nak sekolah, senang je kejutkan dia. Setiap kali sekolah online, dia memang bersemangat nak belajar. Memang tak susah sangat nak ajar dia, cepat tangkap semua. Bila dah start online kelas, senyum dia, dapat tengok cikgu dan kawan-kawan walaupun dalam telefon.

Bila cikgu tanya, jawab penuh semangat. Bila cikgu ajar, dia dengar betul-betul. Bagi dia seronok, tapi kita sebagai mak, kesian, sebab belajar online tak depan-depan. Aktiviti dia buat pun sangat terhad. Kalau dapat sekolah mesti banyak aktiviti buat, dengan sukan, dengan pergi lawatan sekolah. Mesti masuk pertandingan itu ini. Mommy pulak yang sedih memikirkannya.

Baru bulan ni, bila kelas online je pakai baju sekolah dan baju sukan. Baru rasa nak masuk kelas tu best. Setiap kali habis kelas Fariza mesti cakap " mommy Fariza suka sekolah, bila dapat pergi sekolah. Oh ada kuman ye, sebab tu tak boleh pergi sekolah"..Dia tanya dia jawab. Sabar ya nak, insyallah, dapat pergi sekolah macam biasa.

Sebelum PKP, masa dibenarkan sekolah, cikgu ada ambik kelas gambar convocation. Ambil awal, sebba takut tak masuk sekolah lagi. Okla, ada juga kenangan dan gambar kan.


Ni antara gambar dia pakai baju convo. Tapi ni gambar masa dia tengah ambil, gambar proper tak dapat lagi.

Comel je Fariza pakai baju convo ni, mommy dulu waktu sekolah tabika pun takda baju convo ni tau. Mommy masuk degree baru dapat pakai baju convo ni..hahaa.

Sekejap je dah masuk bulan 8,lepas tu 9, 10, 11 dan 12. Lepas tu tahun depan Fariza dah masuk darjah 1. Apakah ini semua? Serius la, betul la? Mommy sendiri tak percaya. 

Tapi mommy tau anak mommy pandai dah cepat tangkap belajar. Darjah satu pembelajaran pun dan mencabar. Semoga kanak-kanak sekarang dipermudahkan urusan pembelajaran mereka.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2