hai assalammualaikum

Tau Tak, Ada Daging Berasaskan Tumbuhan? Daging Dari Phuture Daging - Kita tau, kalau daging je, mesti la datang daripada daging binatang, tak kira la daging lembu ke, daging ayam, daging kambing. Tapi, korang tau tak, ada daging diperbuat daripada tumbuhan, berasakan tumbuhan? Mesti korang rasa macam pelik je, macam tak masuk akal je, dah tumbuhan macam mana nak buat daging..Betul kan!

Macam tu juga dengan nad, terkejut bila dapat tau, ada daging berasaskan 100% dari tumbuhan. Kalau tak dicakap, nad sendiri tak tau tu daging berasaskan tumbuhan, sebab rasanya sama je macam dging biasa. Daging ni dari Phuture Daging. 


Patty Burger Phuture Daging, Daging, 100% Berasaskan Tumbuhan


PHUTURE® Menjadi anak syarikat PHUTURE® Foods, sebagai salah satu daging berasaskan tumbuhan Halal pertama di dunia. Ia hadir sebagai salah satu daging berasaskan tumbuhan Halal JAKIM pertama di Asia, memenuhi syarat Jakim yang ketat dan menyeluruh yang memanfaatkan teknologi daging berasaskan tumbuhan terbaru di Asia. 

Bagaimana  PHUTURE® Daging Dibuat Dari Tanaman?

Pakar R&D mereka mengenal pasti pengganti dalam  tumbuhan dan menggabungkan dengan jenis protein tumbuhan, karbohidrat, lemak sihat, warna semula jadi dan perasa semula jadi untuk meniru tekstur dan rasa daging dengan fakta kesihatan yang lebih baik.

Kagum sangat nad bila dapat tau daging 100% berasaskan tumbuhan. Boleh jadi menu makanan sihat, nak ambik banyak-banyk pun tak risau..hehe. Rasa memang sebiji macam daging biasa, memang takda rasa pelik atau aneh, atau tak sedap. Bagi nad, daging Phuture Daging ni sedap sama je macam daging biasa.



Selain tu, menarik tentang Phuture Daging adalah 
- Protien Tinggi
- 0 mg Kolestrol
- Tiada gula tambahan
- Tiada Gluten
- Tanpa bahan pengawet

Dalam satu kotak ni ada dua patty sahaja. Lebar patty daging dia.

Cara memasak Patty Burger Phuture Daging
1. Panaskan kuali pada suhu rendah hingga sederhana.
2. Masukkan minyak masak dan letakkan patty beku.
3. Masak sekitar 2 minit setiap sisi ke tahap kelembutan yang diinginkan.
4. Hidangkan dengan burger yang diingini.


Ni nad punya burger..hehee. Buh simple je, sayur dengan bawang tambah sos dan mayonis.

Masak kat rumah boleh tambah macam-macam kan..ehhee. Baru puas.

Suami dengan anak-anak pun tak tau ni daging berasaskan tumbuhan, sebab diaorang rasa macam daging biasa. Package anak-anak cakap sedap..hehee.

Boleh la simpan stok kan, boleh buat burger selalu. Burger sihat gitu..hehehehe.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2