SAYBONS diilhamkan daripada frasa Perancis 'C'est si bon' yang bermaksud ‘Ia amat bagus’.
Chef Daphane mencipta SAYBONS agar lebih ramai mampu menikmati sajian Perancis tanpa perlu berhabis wang. Pada masa yang sama, SAYBONS mengekalkan keaslian rasa daripada bahan ramuan yang paling segar, disempurnakan pula dengan teknik kulinari klasik sajian Perancis.
Di samping kejayaan manis kafe SAYBONS, Chef Daphane juga mengambil pendekatan segar dan inovatif untuk menghidangkan sajian Perancis. Beliau menyajikan keenakan masakan Perancis dalam bentuk yang mudah dinikmati oleh semua, sama ada mereka di luar, di pejabat mahupun di rumah. Malah beliau amat menginginkan supaya sesiapa sahaja dapat menikmati kelazatan sajian Perancis tanpa perlu banyak berleceh, lebih-lebih lagi apabila kesuntukan masa.
SAYBONS merupakan kumpulan syarikat yang menawarkan pengalaman makanan santai Fusion French pertama di Singapura, lengkap dengan kafe, katering, mesin layan diri dan pek makanan sedia untuk dihidang. Hari ini, kumpulan syarikat ini bersedia untuk melebarkan sayapnya ke luar negara, dengan Malaysia sebagai destinasinya yang pertama.
Dengan ketibaan jenama ini di negara Malaysia, keenakan rasa SAYBONS bakal dapat dinikmati semua. Sebagai ‘pembuka selera’, anda boleh menikmati sup SAYBONS, seenak seperti dari restoran Perancis, tanpa perlu keluar dari rumah. Malah lebih mengujakan, ia boleh didapati dengan harga yang berpatutan!
Saybons Soup Sajian Perancis, Kini Di Malaysia, Nikmati Bersama Tersayang
Empat daripada pek Take Home Soup SAYBONS yang diperakui halal - Sup Cendawan Liar, Sup Makanan Laut Bisque, Sup Kentang & Leek, dan Sup Tomato Segar - boleh didapati di cawangan terpilih Village Grocer, Big and BSC Fine Foods dan secara online di https://www.bites.com.my/ dan https://www.happyfresh.com/.
Sekarang di Malaysia : Pek Take Home Soup SAYBONS yang diperakui halal - Sup Cendawan Liar, Sup Makanan Laut Bisque, Sup Kentang & Leek, dan Sup Tomato Segar.
Pek Take Home Soup SAYBONS bersaiz 510ml dimasak sempurna dengan bahan ramuan segar dan semula jadi, tanpa bahan pengawet tambahan. Setiap pek dapat menjamu sehingga tiga orang dan sesuai untuk seisi keluarga.
Selain itu, ia melengkapkan lagi bahan ramuan di dapur anda kerana ia boleh dijadikan asas untuk pasta, rebusan stew dan juga hidangan kaserol yang menyelerakan.
Sememangnya, Sup Makanan Laut Bisque SAYBONS yang turut memenangi anugerah ini mempunyai aroma dan keenakan rasa luar biasa, lantas melayakkannya ke tahap pengiktirafan 2 bintang di Great Taste UK 2019 Awards, menjadikannya satu-satunya pek sup diperbuat di Asia yang menerima penghargaan itu.
"Realitinya, kehidupan di kota penuh dengan kesibukan dan kita juga sudah terbiasa terkejar-kejar masa, sehingga ramai yang sering mengabaikan waktu makan. Dengan SAYBONS, kami menawarkan hidangan mudah dengan harga berpatutan dan dapat dinikmati semua. Pada masa yang sama, kami mengekalkan kualiti, berasaskan teknik kulinari Perancis yang paling bagus digandingkan pula dengan bahan ramuan segar, serta dipek menggunakan teknologi terbaik. Jadi, tidak kiralah jika anda sibuk melayan keletah anak, sibuk menyiapkan kerja pejabat, atau sibuk bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran sekalipun. Anda cuma perlu menunggu beberapa minit sahaja, dan sajian pasta atau sup enak lagi berkhasiat sudahpun sedia untuk dimakan,” kata Chef Daphane.
Sup Makanan Laut Bisque SAYBONS dijual pada harga RM 36.90 setiap satu manakala 3 varian lain berharga RM 29.90 setiap satu.
Semua Pek Take Home Soup SAYBONS dijual dalam pek dingin dan mempunyai jangka hayat rak dingin selama 2 bulan.
Ketahui lebih lanjut cara untuk menyimpan dan menghidangkan Pek Take Home Soup SAYBONS dengan melayari https://youtu.be/YP0zGQovcZk. Boleh juga lihat YouTube SAYBONS untuk mendapatkan tips masakan Chef Daphane Meal Hacks yang menarik (https://www.youtube.com/c/saybonssg).
“Kami teruja untuk memperkenalkan pengalaman SAYBONS yang lengkap di Malaysia, menghidangkan sajian Perancis dan diinspirasikan Perancis kami yang lazat dan mudah didapati. Kami juga akan berkerjasama dengan rakan pengedar tempatan untuk memperkenalkan pek produk sedia dihidang kami, di samping meneroka peluang untuk mendirikan kafe, kios atau mesin layan diri di negara ini.”
“Merenung masa hadapan dunia kulinari, impian saya adalah supaya sajian yang enak boleh didapati di setiap penjuru dunia. Tentunya, SAYBONS akan menghidangkan sajian Perancis dan diinspirasikan oleh Perancis yang boleh dinikmati walau di mana jua anda berada,” akhiri Chef Daphane.
Facebook : https://www.facebook.com/Saybonsmy/
Instagram : https://www.instagram.com/saybonsmy/
Wahhh.... Nampak sedap. Tak pernah try lagi..
ReplyDeletemudahlah lepas nih nak buat Sup... sedap makan dengan roti garlic sup macam nih
ReplyDeleteSenang ada packaging macam nie Nad.. sekejapan dah siap dah kan..
ReplyDeleteSekarang dah boleh makan sup perancis dekat rumahlah! Lagi senang kan. Tak perlu nak cari kedai perancis di Malaysia ni
ReplyDeleteTambah air panas je la kan.. memang senang la.. tengok pun sedap
ReplyDeleteMudahnya ada soup instant ni... Kalau lapo peh buat segera dan cicah dgn roti
ReplyDeleteI love their soups also, so delicious and healthy
ReplyDeleteMenariknyabsup macam ni. First time jumpa sup byk perisa dalam pek.
ReplyDeleteNampak sedap tu Nad. Senang dah lps ni kalau teringin nak makan sup perancis ni kan.
ReplyDeletearitu syu cari jugak kat area sini..x jumpa pulak
ReplyDelete