Hai Assalammualaikum…

Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19 - Bila covid menular, masyarakat lebih berwaspada, lebih berhati-hati dengan virus ni. 

Virus ni kita tak boleh nampak dengan mata kasar, tapi ada je di sekeliling kita. Tau-tau je kita disahkan positif covid. Lagi teruk kalau dah sampai tahap 4 atau 5. Banyak video nad tengok, sedih sangat mereka yang kehilangan keluarga disebabkan covid. Lagi bahaya sekarang, ada macam-macam jenis virus yang muncul. 

Virus ni berbeza dengan bakteria dan parasit. Virus tidak boleh dihapuskan dengan antibiotik. Secara amnya, virus adalah bebenang asid amino yang membawa resipi bagi membentuk protein tertentu yang mengarahkan sel yang dijangkitinya untuk menghasilkan lebih banyak zarah virus untuk menjangkiti sel lain. 

Sel ‘asing’ yang berlebihan ini akan cuba dihapuskan oleh sistem pertahanan badan kita. Pertambahan sel berjangkit virus yang terlalu banyak, akan melemah dan memudarat tubuh kita ke tahap yang tidak boleh diselamatkan.

Walaupun secara strukturnya, virus tidak mampu wujud secara sendiri tanpa menjangkiti mana-mana sel hidup, namun keupayaan untuk meruntuhkan sistem pertahanan tubuh organisma yang jauh lebih kompleks daripadanya memang sangat bahaya.

Sebenarnya, banyak je virus yang hidup bersama kita sejak sekian lama. Virus influenza, yang mengakibatkan antara 290,000 hingga 650,000 kematian setahun, disebar melalui udara daripada manusia kepada manusia.

Di penghujung 2019, seluruh dunia diperkenalkan dengan satu lagi spesies virus, iaitu si korona (kerana permukaannya yang dipenuhi struktur seolah-olah mahkota) SARS-CoV-2. 

Bentuknya bulat dengan cangkuk protein berbahaya di seluruh permukaan molekul yang menyimpan bebenang asid ribonukleik (RNA), dan merebak dengan begitu pantas. Serangan virus ini tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan reda dalam masa terdekat. 

Ditambah pula dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih agresif akan menyukarkan lagi usaha untuk membendung masalah ini. 

Penemuan pelbagai varian baru amatlah membimbangkan kerana ia:
Lebih mudah menjangkiti 
Menyebabkan gejala yang lebih teruk
Mengurangkan keupayaan antibodi untuk melawannya 
Mengurangkan keberkesanan rawatan dan ubat yang sedia ada
Mengurangkan keberkesanan vaksin atau boleh melepasi perlindungan vaksin

Varian DELTA

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2. Ia kali pertama dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu. 

Ciri-cirinya:
2-4 kali lebih mudah merebak berbanding varian sedia ada.
Boleh merebak dalam masa yang singkat (3-5 hari berbanding 5-8 hari untuk varian lain).
Individu yang dijangkiti dengan varian ini lebih mudah menjangkiti orang lain. 
Boleh merebak melalui udara dan hanya mengambil masa sekitar 5 hingga 15 saat

Apa yang membimbangkan pula, apabila baru-baru ini kajian mengenai varian (VOC) Delta, mendapati varian dominan berkenaan boleh membiak dalam hidung individu yang sudah mendapat vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinasi. 

“Kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin” - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain. Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang individu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Kajian kesihatan awam Britain mendapati perlindungan vaksin COVID-19 yang biasa digunakan terhadap varian Delta didakwa menjadi semakin lemah dalam tempoh tiga bulan. Mereka yang dijangkiti selepas menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech atau AstraZeneca dikatakan mungkin berisiko lebih tinggi untuk menjangkiti orang lain berbanding varian sebelumnya.

Berdasarkan lebih tiga juta calitan hidung dan tekak yang diambil di seluruh Britain, Universiti Oxford, berlaku kemerosotan terhadap keberkesanan dalam mencegah jangkitan. Masing-masing menjadi 75 peratus dan 61 peratus selepas 90 hari suntikan kedua vaksin Pfizer atau AstraZeneca.

Keberkesanan itu dikatakan menurun daripada 85 peratus kepada 68 peratus yang dilihat selepas dua minggu suntikan dos kedua. Kemerosotan keberkesanan ini lebih ketara kepada mereka yang berumur 35 tahun ke atas.

Varian LAMBDA

Varian DELTA pun masih belum selesai, kini muncul pula Varian Lambda. Seberapa teruk bahaya Varian Lambda ini pula? 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) umumkan Varian Lambda di daftarkan sebagai Variant of Interest (VoI)/ Varian Patut Diperhatikan. Manakala, Public Health England (PHE) menganggap Varian Lambda ini sebagai VUI atau Varian Yang Sedang Diselidik. 

Menurut WHO juga, Varian Lambda mempunyai 7 mutasi pada spike protein. Mutasi ini mampu mengurangkan kemampuan antibodi untuk melawannya. Yang paling ditakuti adalah Varian Lambda ini dilaporkan lebih berbahaya dan mungkin KEBAL terhadap vaksin sedia ada. 

Persoalannya, bersediakah kita untuk "hidup" bersama virus ini?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama majoriti pakar kesihatan turut mempersetujui dan menyatakan Covid-19 berkemungkinan besar menjadi endemik iaitu kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita seperti selesema.

Apa yang boleh kita harapkan sementara menunggu ia menjadi endemik adalah, program vaksinasi perlu terus berjalan. Ini adalah kerana kadar vaksinasi yang tinggi membolehkan kita menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa serta berharap kepada penemuan ubat antivirus sebagai alternatif rawatan sekiranya dijangkiti.

Selain itu, meskipun kita tahu yang kadar kematian akibat jangkitan Covid adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan berusia 65 tahun dan ke atas, ini tidak meletakkan kita individu yang muda dan sihat ini di posisi yang selamat. Walaupun berusia kurang daripada 60 tahun dan tiada apa-apa masalah kesihatan, kita masih boleh dijangkiti Covid 19 dan boleh terdedah kepada komplikasi yang lebih parah sehingga mengakibatkan kematian.

Apa yang kita perlu terus lakukan?

1. Jaga gaya hidup 

Tingkatkan sistem imun badan dengan lebihkan pengambilan sayuran dan buahan, antioksidan, dan vitamin-vitamin tertentu
Banyakkan minum air kosong 
Aktifkan diri dengan senaman 
Tidur mencukupi
Elakkan stress
Kurangkan atau hadkan makanan yang tidak sihat seperti makanan bergula dan makanan terproses. 

2. Jaga SOP 

Selalu basuh tangan dengan sabun
Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut
Kurangkan perjumpaan sosial
Elakkan tempat yang sesak dan sempit
Jauhi kontak rapat dengan individu yang sakit atau bergejala
Bersihkan tempat atau objek yang disentuh menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap 


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik  



Sejak kita mula berhadapan dengan Covid-19 ini, orang dah mula peka, ambil berat untuk jaga kesihatan tubuh badan. 

Macam nad cakap tadi…
Tingkatkan sistem imun badan dengan lebihkan pengambilan sayuran dan buahan, antioksidan, dan vitamin-vitamin tertentu. Tapi kalau nak senang, ambil je suplemen yang bahan-bahannya mengandungi pelbagai vitamin dan bahan yang berkhasiat. 

Perkembangan nanoteknologi makanan kini memudahkan kita memanfaatkan khasiat dari nutrisi yang terbaik dan menyediakannya  dalam bentuk yang lebih mudah untuk diamalkan.



Nad terjumpa berkenaan Eskayvie Diffenz ini di media sosial. Eskayvie Diffenz ni suplemen keluaran Eskayvie dan sangat baik untuk diambil bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia diformulasikan bagi membantu meningkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.



Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Eskayvie Diffenz berbentuk tablet yang boleh dikunyah dan mempunyai perisa blackcurrant yang lazat. Rasa enak dan sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja. 

Kaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan. Bukan itu sahaja, malah Eskayvie Diffenz diperkaya dengan Vitamin C dan D serta mengandungi antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningkatkan perlindungan dalaman.


Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas. 


Eskayvie Diffenz Membantu:
1. Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
2. Meningkatkan Sistem Imun Badan
3. Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
4. Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
5. Menyokong Kesihatan Sendi
6. Menyihatkan Jantung
7. Memberikan Tenaga
8. Mengawal Gula di Dalam Darah
9. Mencantikan Kulit
10. Anti Kanser & Anti Virus

Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan virus dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati. 

Ia menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia dalam mencuba sesuatu produk yang dapat bantu mereka ketika covid


Angkara seorang, habis semua ahli keluarga Zura dijangkiti Covid-19

Ni antara perkongsian pesakit positif covid yang mengambil Eskayvie Diffenz

Perbezaan sewaktu beliau mula-mula terlantar dan kini semakin sihat. Asbab berikhtiar dengan mengamalkan Cendawan Susu Harimau yang ada dalam Eskayvie Diffenz.


“Doktor dah nak tidurkan saya, tapi Alhamdulillah….” – Dj Najman Mohamed

”En Najman, Kalau Boleh Jangan Tidur…”

Itu pesan doktor yang merawat apabila En Najman disahkan sudah berada di stage 4. Ya! Stage yang sangat kritikal waktu tu antara hidup dan mati. Kalau ditidurkan, kebarangkalian untuk bangun dan sihat semula sangat tipis. 

Sedih. Risau. Takut. Diuji dengan kehilangan adik dan adik ipar. Manakala seisi keluarga pula disahkan positif. Diri sendiri hampir ditidurkan kerana keadaan paru-paru semakin kronik. Dada terasa sakit sangat pada hari ke 4 disahkan positif dan berada di stage 4 pada hari ke 7 dan 8.

Alhamdulillah, dengan Ikhtiar berterusan dan tanpa putus asa, En Najman kembali sihat dan dah boleh bercakap dengan sangat bertenaga. Nikmat diberi peluang kedua ini adalah anugerah Allah yang sangat disyukuri.

Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Vitamin C, Vitamin D, Buah Camu-Camu & Cendawan Susu Harimau yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh kita dan keluarga.

SOALAN & JAWAPAN BERKAITAN ESKAYVIE DIFFENZ

Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?

Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.

Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?

Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?

Walaupun buah Camu-camu mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.


Ni antara yang nad boleh kongsi berkenaan Eskayvie Diffenz. Waktu sekarang, apa yang perlu kita buat, kita ikhtiar, kita doa semoga kita dijauhkan dari sebarang penyakit, bukan sahaja diri kita malah keluarga kita. 

Kalau korang nak, korang boleh dapat Eskayvie Dieffenz ni di www.diffenz.com atau hubungi Hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut. 

Boleh juga layari media sosial dibawah untuk dapatkan maklumat berkaitan Eskayvie Diffenz.
Website: www.diffenz.com 
Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official 
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/ 

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Bgs eskayvie ni. Husband Farah consume ni Masa dlm kuarantin Hari tu

    ReplyDelete
  2. ikhtiar kita untuk ambil supplement dan tingkatkan imuniti badan kan nad

    ReplyDelete
  3. Kita ikhtiar. Haida pun amalkan. Sampai sanggup jd ejen lepas dah alami sendiri kebaikannya. Alhamdulullah.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2