LANGKAWI PENUH DENGAN PENGUNJUNG

in , , , by Nadia Johari, 02:07:00
 hai assalammualaikum

Langkawi Penuh Dengan Pengunjung - Selamat Hari Malaysia you alls. Semua baik-baik sahaja. Hari Malaysia pergi kemana, nad tak pergi mana pun, duduk rumah dulu. Nanti-nanti kita keluar. Tipula taknak pergi bercuti kan, dah boleh rentas daerah, ambik peluang ni untuk hirup udara segar. Tapi pergi tempat yang rasa tak ramai orang. Dengar harini Langkawi penuh dengan pengunjung. Memang nampak orang dah lama pendam nak pergi tu.



Fasa 2 ni, diumukan pembukaan Langkawi untuk pengunjung dengan bersyarat. Mula la ramai yang menempah tiket penerbangan ke Langkawi. Siapa tak rindu dengan Langkawi uii, first and last nad pergi waktu belajar dulu, lepas tu dah tak pergi. Nampak tak bertahun tak datang Langkawi. Banyak tempat menarik dekat Langkawi sekarang.

Penerbangan harini penuh dengan penumpang ke Langkawi. Memang dapat sambutan hangat ye. Tapi tu la, kadang tengok pun seram je bila ramai orang ni. Harap ada SOP ketat yang dilakukan bagi memastikan semua pengunjung melakukan perjalanan dengan selamat, dengan kru dan petugas barisan hadapan 100 peratus telah lengkap menerima vaksin.

Memang bagus la Langkawi dibuka sebab salah satu pusat pelancongan yang ramai orang pergi. Dengan pembukaan ni, industri pelancongan jadi rancak dan semoga dapat baik pulih ekonomi negara.


Harini nad tengok penerbangan pertama Langkawi disambut macam VVIP. Siap dengan wartawan semua ya..hehee. Berpusu-pusu orang masuk. 

Dalam keseronokan diharap jagalah SOP semua supaya tak kenaikan angka covid dan kita dapat lagi banyak open untuk industri pelancongan.

Ya kita tak dapat lari dari covid ni, kita dah kene hidup dengan situasi norma baharu ni. 
SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2