hai assalammualaikum
Penjagaan Kesihatan Wanita Perlu Dititiberatkan - Kita sekarang hidup dalam keadaan norma baharu di mana setiap orang perlu memakai mask apabila di luar, perlu membasuh tangan dengan kerap, perlu patuhi SOP yang ditetapkan bagi mengurangi wabak covid ini. Dengan suasana yang berbeza ini, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kehidupan kita.
Disebabkan ini la macam-macam jenis penyakit datang. Sebab tu kita tidak boleh alpa, tidak boleh ambil mudah tentang penjagaan kesihatan sekarang. Waktu sekarang la penjagaan kesihatan perlu dititiberatkan dan perlu tukar mindset kita supaya tiada masalah kemudian hari.
Ya, kalau dulu, tak berapa ramai untuk menjaga kesihatan, bagi mereka, selagi boleh berjalan, makan, mereka dah anggap mereka sihat. Mereka kurang bersenam, kurang melakukan pergerakan dengan teknologi yang serba canggih, semua orang menjadi malas. Tapi, bila adanya covid, masing-masing mula peka tentang penjagaan kesihatan. Bagus la, walaupun dah terlambat tapi ada juga kesedaran dekat situ.
Kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal dan kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan.
Penjagaan Kesihatan Wanita Perlu Dititiberatkan
Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing ada masalah dalaman tersendiri, tapi nad nak cerita lebih kepada masalah dalaman wanita.
Apabila bercakap tentang sesuatu penyakit atau kondisi, ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Tapi lain pula ceritanya apabila berkaitan dengan masalah dalaman wanita. Kaum wanita cenderung mengalami masalah dan kondisi kesihatan yang unik, merangkumi aspek kehamilan, menopaus hingga ke keadaan ginekologi, seperti fibroid rahim dan gangguan lantai pelvik.
Wanita yang sudah berkahwin berbeza dengan mereka yang belum berkahwin. Wanita yang berkahwin sudah tentu ada 1001 tugasan rumahtangga yang perlu dilakukan. Tanggungjawab seorang isteri sangat besar bagi memastikan rumahtangga yang lebih bahagia. Alam rumahtangga pula biasanya akan dipenuhi dengan cabaran dan ujian yang bermacam bentuk.
Bila wanita sibuk dengan tanggungjawab, mereka lupa tentang penjagaan kesihatan. Yela, dengan siapkan kerja rumah, siapkan anak dan suami, sampai lupa tentang diri sendiri, lupa tentang penjagaan dalaman.
Banyak penyakit yang akan dialami wanita terutama dalam organ badan, seperti Fibroid rahim, keputihan, pelvis dan macam-macam lagi. nad kongsikan sedikit berkenaan masalah ini.
Fibroid
Fibroid rahim merupakan ketumbuhan sama ada dalam bentuk tunggal atau berganda pada dinding otot rahim. Ia juga adalah ketumbuhan bukan kanser yang terdiri daripada sel-sel otot dan tisu penyambung berserat (fibrous connective tissue). Malahan, wanita juga cenderung untuk mengalami lebih daripada satu jenis fibroid.
Kenal pasti tanda-tanda yang kerap menimpa wanita dengan ketumbuhan fibroid rahim, antaranya:
- Sembelit
- Pendarahan haid yang berat atau menyakitkan
- Rasa sakit di bahagian perut
- Sakit di bahagian bawah belakang badan
- Kerap membuang air kecil
- Kesakitan atau ketidakselesaan semasa bersenggama
Sekiranya anda mempunyai simptom yang disebabkan oleh fibroid, ubat untuk melegakan gejala biasanya akan disarankan oleh doktor terlebih dahulu. Sekiranya ubatan tersebut didapati tidak berkesan, pembedahan atau prosedur yang kurang invasif yang lain mungkin akan disyorkan.
Vaginosis Bakteria
Wanita juga sering mengalami masalah di bahagian faraj. Itu dinamakan vaginosis bakteria. Faraj wanita dipenuhi oleh microorganisma atau flora yang hidup secara harmoni dan ia berfungsi sebagai satu benteng yang mencegah bakteria berbahaya daripada menakluki bahagian intim.
Vaginosis bakteria (BV) adalah jangkitan pada faraj yang berlaku apabila komposisi atau flora faraj berubah, dan menyebabkan bakteria berlebihan. Bakteria ini akan mengakibatkan bau hanyir pada miss V. Apabila dijangkiti BV, berlakunya peningkatan jumlah bakteria berbahaya dan penurunan bakteria baik.
Untuk makluman, BV adalah jangkitan faraj yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita yang telah berkahwin. Nad sendiri, mengalami penyakit VB ni. Kalau dah kena memang terus jumpa doktor. Macam nad, nad alami rasa gatal-gatal dekat bahagian bibir faraj. Gatal sampai merah yang tak boleh dibendung.
Selain itu masalah ini akan menyebabkan
- Keputihan berwarna putih atau kelabu,
- Faraj berbau hanyir, terutamanya selepas melakukan hubungan seks,
- Miss V rasa seperti terbakar semasa kencing
Kanser Payudara
Kanser ni satu penyakit yang paling bahaya. Sebab tu disarankan untuk cek payudara sendiri dengan membuat kitaran pada payudara kita. Jika terasa ada seperti benjolan, segera la mendapat rawatan doktor. Ramai yang ambil enteng berkenaan ini. Jadi lakukan sekarang.
Selain itu ada juga kanser rahim. Kanser rahim pun salah satu penyakit yang paling ditakuti wanita.
Ambil tahu berkenaan Kesihatan Seksual
Penjagaan kesihatan wanita ni, terutamanya kesihatan seksual bukanlah sesuatu yang 'taboo'. dikalangan kita. Banyak perkongsian tentang seksual di media sosial yang ada. Wanita kena lebih peka, dan lebih terbuka dalam menyuarakan tentang masalah dalaman wanita. Tapi ada juga sesetengah wanita yang masih malu bercakap berkenaan ini.
Bagi pasangan suami isteri, kesihatan dalaman sangat penting dalam mengekalkan hubungan. Masing-masing perlu memahami diri pasangan dan jangan mengabaikan pasangan. Bila dah berkahwin ni, semua perkara mesti dikongsi dan menyelesaikan bersama. Bukan wanita je ada masalah dalaman, lelaki pun ada tau.
Masalah dalaman ini, bleh menyebabkan hubungan suami isteri semakin jauh. Ada antara isteri diabaikan suami secara zahir dan batin, digantung tidak bertali, dan didera secara emosi, sehingga menyebabkan mereka terpaksa menuntut fasakh demi keadilan dan kebahagiaan diri sendiri. Sebab tu pentingnya, suami isteri memahami dan menyokong antara satu sama lain.
Masing-masing perlu mempunyai ilmu dan kesedaran yang tinggi bukan sahaja dapat membantu mengamalkan langkah-langkah penjagaan, malah mengurangkan risiko terkena penyakit yang tidak diingini terutama sekali bagi wanita yang sudah berkahwin.
Amalkan Gaya Hidup Sihat
Penjagaan kesihatan wanita ni bukan setakat ambil jamu perapat je ye, ia lebih dari tu. Kesihatan tubuh badan perlu diselaraskan dengan kesihatan metal dan fizikal. Sentiasa amalkan gaya hidup sihat.
Gaya hidup sihat menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.
Gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan.
Memang sangat bimbang ye sekarang, ramai yang sambil lewa tentang penjagaan kesihatan dalaman wanita. Ada lagi mereka yang kurang bersenam, tak jaga pemakanan. Bila usia dah meningkat, macam-macam penyakit datang.
Wanita apabila semakin berumur, mereka mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan kesihatan dan produktiviti hidup terjejas. Apabila umur mula mencapai 30 hingga 40 tahun, hormon akan turut berkurang seiring usia mereka yang sebenar. Perubahan ini berlaku akibat menopaus. Pada peringkat ini ovari mengecil dan kurang estrogen, progestogen serta testosteron (hormon seks) dihasilkan. Masalah kesuburan wanita ni sangat membimbangkan.
Tak terkecuali bagi orang lelaki atau suami. Suami juga akan ada masalah kesuburan jika penjagaan kesihatan tidak dititikberatkan.
Kalau korang nak tau banyak pasa info kesihatan, tentang isteri dan suami, korang boleh pergi ke website isterisihat.com.my. Website ni banyak info bagi mereka yang nak didik dan berikan kesedaran kepada isteri/bakal isteri yang Prihatin. Bukan sahaja bab kesihatan, tetapi juga ilmu-ilmu hak isteri, kekeluargaan, & komunikasi rumahtangga.
Korang boleh like juga facebook mereka https://www.facebook.com/IsteriSihat
Add your comment