hai assalammualaikum
Sertai PG Mall, Jual Produk Malaysia Ke China Melalui JD Worldwide - Dah beberapa kali nad shopping online dekat PG Mall, macam box makeup, air fryer dan banyak lagi la. Nak shopping emas dekat PG Mall pun boleh tau!
Korang yang nak menjual dekat PG Mall pun boleh, sama je macam shopping online yang lain. Nak menjual ni memang bagus dekat banyak platform, barula ramai cari kan. Orang pun takda membeli dekat satu tempat, banyak tempat shopping online. Jadi salah satunya PG Mall ni.
Paling terbaru, nad dapat tau yang barang yang korang jual dekat PG Mall boleh dijual di China. Hah!, bagus kan, sampai ke negara China barang korang boleh jual. Sangat mudah bila dah tau macam mana nak jual barang dekat China.
Sertai PG Mall, Jual Produk Malaysia Ke China Melalui JD Worldwide
PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG Mall. Ia sudah ditubuhkan sejak 2017 lagi.PG Mall telah mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi sebagai Tempat Paling Dikunjungi dan menjadikannya sebagai salah satu dari TOP 3 laman web marketplace di Malaysia berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh iPrince Insight pada suku keempat tahun 2020, dengan jumlah bulanan lawatan 8 juta pelawat - menjadikannya No. 1 Pasar Dalam Talian yang ditubuhkan secara tempatan di Malaysia. Korang boleh klik link https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/
PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automotif hingga E-Voucher.
Bagi memperkembangkan platform, PG Mall sebagai pasaran dalam talian dalam negeri yang terkemuka telah membuat Program Sell To China, di mana korang boleh jual barang korang ke China melalui JD.com.
JD.com adalah platform peruncit dalam talian terbesar di China dengan standard tinggi untuk membeli-belah dalam talian, sentiasa komitmen terhadap kualiti, keaslian dan mempunyai produk yang pelbagai dari makanan, pakaian, elektronik, kosmetik dan macam-macam lagi.
PGMall beroperasi di bawah model perniagaan Sharing Economy, dimana mereka menghubungkan penjual tempatan dan pembeli di platform dengan menyediakan perkhidmatan ke semua logistik dan penyedia perkhidmatan pembayaran.
Untuk menyokong ekonomi tempatan, PG Mall telah aktif bekerjasama dengan kerajaan untuk mendorong aktiviti penjual tempatan dan produk melalui kempen PENJANA seperti Kempen E-Dagang Mikro dan PKS, Belanja Malaysia Online (SMO), dan Kementerian Pembelian Barang Malaysia (KBBM). Kempen ini terbukti berkesan, dalam jangka masa 4 tahun sejak penubuhannya.
Berpegang teguh pada tagline 'Bridging Local to the World', PG Mall kini dapat menembusi perniagaan tempatan ke pasaran terbesar di dunia - China, melalui kerjasama dengan JD Worlwide.
Kerjasama ini mengharapkan dapat membantu perniaga yang terjejas terutamanya Perushaan Kecil Dan Sederhana ( PKS ) supaya kembali pulih seperti sedia kala yang disebabkan oleh wabak Covid-19. Inisiatif ini juga merupakan salah satu kaedah untuk membantu peniaga dari segi kewangan dan menjaga perniagaan mereka. Inilah peluang korang tau, cepat ambil, jangan lepaskan!
Kalau kita tengok, shopping online yang lain, kebanyakannya barang China yang dijual ke Malaysia, tapi PG Mall, buat sebaliknya, membantu memasarkan barang Malaysia ke China. Salah satu objektif utama mereka adalah untuk membantu perniagaan tempatan berkembang sepenuhnya dan juga membolehkan penjual tempatan memperkenalkan dengan bangganya produk buatan Malaysia ke dunia.
Program PG Mall Sell to China menyediakan penyelesaian sehenti untuk memenuhi semua keperluan penjual. Perkhidmatan termasuk pendaftaran jenama di JD, terjemahan perincian produk ke bahasa Cina, bahan pemasaran dan kempen, serta perkhidmatan pelanggan tempatan. Ini diperkemas proses dengan sokongan rasmi dari JD Worldwide adalah peningkatan yang besar berbanding kaedah konvensional menjual ke China.
Dalam beberapa tahun, PG Mall telah mengalami pertumbuhan pesat, dari hanya RM300,000 GMV pada tahun 2017, GMV PGMall berkembang 200 kali ganda kepada RM60 juta pada tahun 2020. Dengan pertumbuhan luar biasa yang dilihat sehingga kini, PG Mall dijangka mencapai GMV yang disasarkan sebanyak RM 600 juta menjelang hujung tahun. Sehingga kini, PG Mall telah menarik lebih daripada 1 juta pembeli dari lebih 25,000 penjual disertakan dengan sekitar 2 juta produk, mulai dari bahan makanan, kecantikan, elektronik, untuk produk gaya hidup.
Bukan sahaja China, PG Mall berusaha memperluaskan jankauannya di Indonesia, e-dagang terbesar di Asia Tenggara.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PGMall dan produk dan perkhidmatannya, korang boleh layari
Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJW1T1yG/
Bagi penjual yang berminat untuk menyertai program jual-ke-China, silakan mendaftar melalui pautan: https://pgmall.my/JD-Worldwide
tak pernah shopping lg dgn pg mall ni
ReplyDeletefirst time dgr website ni...bagus untuk mereka yang nk kembangkan bisnes online ni..
ReplyDeleteSekarang ni platform online tumbuh bagaikan cendawan. Kena pilih platform yang boleh dipercayai kan?. PG Mall ni salah satu platform yang boleh dipercayai....
ReplyDeleteMenarik ni nad. Ni lah masa peniaga2 malaysia nak pasarkan produk tempatan di luar negara. Ni kalau kena dengan market sana, byk sale boleh dapat.
ReplyDeleteTerbaik usaha PG Mall ni sebab adakan platform seperti ini untuk peniaga tempatan memasarkan produk2 mereka. Kalau biasanya kita beli barang dari China dan apa kata kali ni kita pasarkan pula barangan Malaysia ke China melalui PG Mall dan JD.Com.
ReplyDeleteSatu achievement terbaru dari PG Mall ni...kita boleh jual barang ke china. Biaa kita beli je barang dari china.
ReplyDeleteMemang seronok bila dapat luaskan perniagaan sampai ke china. Ni lah masanya kita pon boleh promote barangan malaysia
ReplyDeleteSonok la niaga sampai ke China. Nak masuk indonesia lagi untung tu kan, market besar sana..
ReplyDeleteWahhh sampai ke China pula. Biasanya dari China ke Malaysia kan. Padu padu seller kita kan. All the best ke peringkat antarabangsa!
ReplyDeletemenarikla nad.. skrg dah advance boleh sampai ke china.. mesti byk pilihan brgn cantik dan murah
ReplyDeleteWah.. Satu achievement yg sgt baharu.. Bole pasarkn produk kita ke China pula kan... Pgmall mcm2 ade skrg
ReplyDeleteI suka concept and initiative yang PG Mall introduced baru2 ni.. good one to expand our local products market kan.. besar market if program ni dibuat dengan jayanya.. (Y) happy seller2 yang ada dalam platform ni nanti..
ReplyDeleteWah bagusnya jadi kalo cam i pun leh la masukkn produk kat PG Mall utk pasaran China la kan maksudnya
ReplyDeleteKelmarin baru gak beli di PGmall, certain memang beli di sini, ada harga diskaun dia jauh beza dari yang lain.. ni lagilah makin banyak produkknya, memang belek tak sudah hahahaa
ReplyDeleteWah.. PG Mall dah sampai ke China tentu bertambah maju PG Mall, mmg bagus usaha mereka.
ReplyDeletewahhh sampai ke china tu...ohsem lah
ReplyDeletePGMall siap ada program utk seller kembang perniagaan sekali.. bagusnya
ReplyDeletepgmall dah meriah skrg ,mcm2 ada
ReplyDeletemenarik yer, boleh pasarkan produk Malaysia ke China pula.
ReplyDeleteJom shopping !
ReplyDeleteSuka login tiap hari kumpul token
ReplyDelete