hai assalammualaikum
Alhamdulillah, Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021 - Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, rentas negeri dah dibenarkan bermula esok 11 Oktober 2021. Disebabkan atas kesabaran semua, walaupun kadang ada juga yang merungut, akhirnya hajat korang untuk merentas negeri dah ditunaikan. Semua ni juga atas kerjasama kita, rakyat Malaysia bagi mendapatkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah PICK telah mencapai sasaran 90% .
Pengumuman ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Bukan sahaja dapat merentas negeri malah dapat dapat melancong keluar negara. Kebenaran ini hanya mereka yang telah lengkap vaksin.
Vaksin yang kita ambil adalah ikhtiar kita untuk menangani wabak covid 19 dan teruskan kehidupan dengan norma baharu. Semoga dengan pembukaan ni semua, dapat membantu mereka yang kehilangan income, dapat mencari semula income, dan menghilangkan kedukaan setelah lama duduk di dalam rumah dan tiada pendapatan.
Alhamdulillah, Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021
Betapa gembiranya rakyat Malaysia bila dah diumumkan. Mesti ramai yang akan post balik ke kampung, peluk cium mak ayah. Yela, raya pun tak sempat raya bersama. Boleh la buat Qada raya gituh..hehee. Nad sendiri belum balik kampung, hati ni membuak-buak nak balik, nak jumpa maka ayah. Lain ye perasaan ni, dah lama sangat tak balik.
Tapi, kene ingat, bila dah dapat merentas negeri ni, tetap jaga SOP, sentiasa bersihkan diri, hand sanitizer semua perlu ada. Paling penting buat la ujian kendiri dahulu supaya balik kampung dalamkeadaan yang sihat dan tidak membahayakan orang tersayang. Kalau rasa demam, sakit kepala, atau simptom-simptom covid, janganla rentas , bagi sihat dulu baru boleh balik.
Rentas negeri ni tidak termasuk ke kawasan PKPD.
Walaupun dah tiada sekatan jalan raya, tapi Polis boleh buat semakan secara rawak bagi yang tidak mengikut arahan atau SOP, jadi nasibla mana yang tak lengkap vaksin, mungkin ada hari bertuah, mungkin tidak.
Bagi yang nak ke luar negara, tidak perlu lagi Mytravel Pass.
Dah boleh rentas negeri ni semestinya perkara pertamanak balik kampung kan, lepas tu baru melancong. Selamat balik kampung you all. Hati-hati dan sentiasa patuhi SOP.
Semoga rezeki dapat rentas ni makin ramai jaga SOP.
ReplyDeleteInsyaAllah, kita jaga keluarga kita dulu.
Semoga Nadia sekeluarga di lindungi selalu. Amin!
Yes interstate travelling is now allowed but hopefully everyone can adhere to SOPs.
ReplyDelete