hai assalammualaikum

Bawa Anak Melihat Haiwan Di Farm In The City - Seronok bila dengar banyak tempat bercuti dah mula beroperasi. Buat masa sekarang nad pergi yang dekat-dekat je dulu. Nak gembirakan anak-anak yang dah lama duduk rumah. Anak-anak mintak bawak pergi tengok haiwan dekat Farm In The City Seri Kembangan, sebab diaorang throwback tengok gambar masa diaorang kecik pergi FITC ni. Last pergi masa Farhanah setahun tak silap, Fariza pulak 3 tahun. 

Bila dapat tau Farm In The City dah buka, terus rancang dengan suami, nak bawak anak-anak ke sini. Sekarang anak-anak dah besar, dah kenal haiwan, mesti lagi seronok bawak ke sini. Nad dengan suami pun dah lengkap dua dose, jadi bolehla pergi jalan-jalan.



Bawa Anak-Anak Ke Farm In The City Seri Kembangan Melihat Haiwan

Keselamatan anak-anak nad sentiasa utamakan. Sampai Farm In The City pun, SOP terjaga. 

Farm In The City menggabungkan keseronokan hidupan liar dengan keindahan alam semula jadi. Haiwan-haiwan di sini kebanyakannya bergerak bebas dan mesra pengunjung. Pengunjung boleh memberi makan, bermain dan bermain dengan lebih daripada 100 spesies haiwan eksotik. 

Harga Tiket Farm In The City

Mesti korang nak tau harga tiket kan. Ok ni harga tiket terkini masuk Farm In The City. 

Dewasa: RM39
Senior Citizen: RM32
Kanak-Kanak: RM32

Kanak-kanak tinghi bawah 90cm masuk adalah percuma. 



Tiket Promosi

Hah, sekarang ada tiket promosi, kalau nak lagi murah boleh ambik promosi ni. 

RM132 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

Alhamdulillah, pergi hari biasa takda la ramai sangat orang. Masuk satu-satu tempat binatang pun ada terhad berapa orang boleh masuk. Memang rapi la SOP dekat sini.

Paling penting, setiap tempat ada basuh tangan. Jadi kebersihan diri terjamin.



Haiwan semua nampak sihat dan semakin jinak ye.. Hehehe. Mana taknya makanan sentiasa ada untuk diaorang makan.

Makanan untuk binatang ada disediakan sebelum nak masuk dan ada juga dekat persekitaran zoo dalam mesin. Harga makanan haiwan dalam RM2 ke RM10. Tengokla binatang tu sesuai makan apa. 






Fariza paling gembira dapat masuk sini. Termakbul doa dia untuk datang melihat haiwan-haiwan ni semua. Nampak dia tak takut haiwan apa pun. Semua tempat yang disinggah, yang dapat pegag, bagi haiwan makan dia akan bagi makan sendiri. Takda perasaan takut pun. Mommy tengok dia ni betul-betul pencinta haiwan sungguh.

Dari kura-kura, burung, ayam, kambing, rusa racoon, eh semuala dia pegang, berani. Okla tu, takdalah dia takut-takut macam mommy dia ni.. Hahahaha.


Macam mommy, kambing datang sergah ramai-ramai pun mommy dah debor dada. Takut disondolnya kang..hahaha. Jauh pemikiran tau. Padahal semua binatang yang dilepaskan, semua baik, nak berkawan je.


Yang ni, tiba-tiba anak cakap " mommy ada burung dekat beg mommy". Tiba-tiba hinggap kat beg, pastu pergi ke bahu. Sempatla ambik gambar macam ni.


Farhanah pulak, binatang lain dia masih geli-geli, takut-takut macam tu, tapi bab ular boleh pulak dia tak geli. Korang boleh nampak kebanyakan haiwan lain dia taknak dekat sangat, sampai ke ular elok je dia pegang ye. Eheh tak paham ye.. Hahahaa. Apa-apa jela dik, janji paham.

Sambil dapat lihat haiwan, dapat sentuh dan bagi makan dekat haiwan, sambil tu kita belajar setiap nama haiwan dekat anak-anak.


Bila dah penat berjalan, boleh je singgah duduk rehat dan makan di cafe yang disediakan sebelum sambung perjalanan semula melihat haiwan di Farm In The City ni. 



Kalau sebelum covid boleh naik kuda ni, tapi pkp ni kuda ni tak dapat dinaiki. Burung kakak tua pun dapat tengok macam tu je. Rezeki anak-anak burung kakak tua say "hello" dekat diaorang.. Hehehe.



Kitaorang sanggup tunggu Racoon ni keluar panjat atas nak makanan. Sebelum tu memang tak datang mungkin dah kenyang. Tapi tunggu juga, rezeki lagi, racoon tu keluar dan panjat atas. Dapatla Fariza bagi makan dekat Racoon tu. Dah tinggi dah dia, panjat sendiri, bagi makanan sendiri kat Racoon tu. Ada bekas disediakan, jadi senang la nak bagi.

Walaupun tempat takda besar mana, seharian tu pusing semua tempat, pergi setiap checkpoint, sampai tak sedar dah hampir 4 jam dalam tu. 




Dapat gembirakan anak-anak sebelum Fariza masuk sekolah. Puas datang Farm In The City ni. Datang banyak kali pun takpe. Tempat sesuai untuk anak-anak melihat haiwan dnegan lebih degar, memegang dan mengenali haiwan. 


Video kami jelajah Farm In The City


Kalau korang nak datang sini, waze je Farm In The City Seri Kembangan, mesti jumpa punya.

Farm In The City
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, 
43300 Selangor, Malaysia.
Contact : 03 8941 2099/3099
Operasi hours: 
Weekdays: 10 am - 6 pm
Weeekend: 9.30 am - 6 pm
Public and School Holiday : 9.30 am - 6 pm

Untuk maklumat lanjut boleh layari
SHARE 15 comments

Add your comment

  1. Terserlah nampak seronok anak-anak Nad. Teruja derang tengok ye. Nad pun nampak excited.

    ReplyDelete
  2. Bestnya tempat ni sebab anak2 boleh berinteraksi dengan haiwan2 ni. Bestnya. Boleh belajar juga mengenali haiwan dan makanannya. Errrr selamba je pegang ular tu ye?. Sis seram...hahaha...

    ReplyDelete
  3. seronok bila anak2 dah pandai explore kan....

    ReplyDelete
  4. Dah lama bercadang nak datang sini tapi belum kesempatan. Seronok la tgk haiwan. Kita lak memang suka dgn pet comel cmni.

    ReplyDelete
  5. lama dah x ke sini. memang seronok kalau dapat bawa anak2 jalan ke sini

    ReplyDelete
  6. Wah seronok la anak-anak ye.. tambahan pula dah lama terkurung kat rumah x leh berjalan ke mana2

    ReplyDelete
  7. Kite pernah pi sini. Besttt sebab dapat pegang & bagi makan binatang kat situ. Nak bergambar pun boleh. Tu yg seronok 👍🏻. Btw berani nya bdk2 tu pegang ular 😅

    ReplyDelete
  8. Ini satu-satunya tempat Sis nak bawa anak saudara nanti.. tunggu keadaan ook sikit lagi dan time cuti sekolah.. mesti mereka suka ni..

    ReplyDelete
  9. Best kan attraction Farm in the city ni… best part boleh bagi them makan2! Nell pun teruja giler2 masa first sampai aritue! Kena repeat ni..

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok anak-anak g Farm in the city ni. Lama x pergi mesti dah banyak berubah kan..

    ReplyDelete
  11. Memang seronok bawa anak2 ke sini.macam2 aktiviti boleh buat. Plan nak bawa suraya ke sini juga nanti.

    ReplyDelete
  12. RM132 for the whole family sounds not bad really. Wow just look at the number of animals available to be admired. I am sure little ones will be more than elated to be there.

    ReplyDelete
  13. Last pergi FITC ni tahun 2016 hahahaha. Lama giler. Kami plan nak ke sini lepas bleh merentas. Tp tulah ofis pula panggil masuk keje. Jd sabtu ahad utk rehat pula. Hahahhaa. Letih trafik jem pi keje balik keje pula sekarang. Nanti nak plan ke FITC lepas musim hujan ni. Hehe

    ReplyDelete
  14. Wah best kan! bawa anak anak jalan jalan dan santai kat farm in the city.

    ReplyDelete
  15. seronoklah depa berdua dapat tengok haiwan2 secara dekat. mmg bawa budak2 dorang akan suka datang tempat2 mcm nie. dekat pon dekat.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2