hai assalammualaikum
Kasih Ibu Pada Anaknya Yang Dah Lama Tak Balik Kampung - Permintaan seorang anak, bila dapat balik kampung, nak makan makanan raya yang dibuat ibunya sendiri. Bayangkan dah berapa kali raya terlepas, pastinya makanan raya dirindui. Air tangan ibu adalah yang paling sedap.. Hehehe.
Pesan si anak ' mak, diah nak balik ni, tolong masakkan makanan raya'. Mulanya nak buat kejutan taknak bagitau balik bila, tapi maknya nak masak, mestila nak tau anaknya balik bila...hahaha. Sudahnya kena la juga bagitau balik bila. Tapi tak bagitau si ayah bila nak balik, buat kejutan dekat ayah jela.. Hehehe.
Sampai waktunya, anaknya pun balik kampung. Dah berapa tahun tak balik. Rindu sangat. Dalam balik kampung pun kena jaga SOP. Taknak la balik gembira tapi jadi lain. Sebab tu kena jaga selalu.
Sampai dekat rumah, dapat jumpa mak ayah depan mata, peluk cium semua. Rinduuuuuu sangat!! Lama tak peluk, pegang mak ayah. Masing-masing nangis. Yela, selama ni tengok diaorang semua keluarga sama dekat whatsup story je. Jeles semestinya.
Sebenarnya, antara adik beradik, nad je jauh sikit dari diaorang. Yang lain semua dekat-dekat je dengan rumah mak ayah. Macam kakak, abag adik memang duduk dekat dengan mak ayah. Kakak lagi sorang kawasan Klang juga. Nad je seorang Kuala Lumpur. Tu yang lama tak jumpa. Raya pun dah terlepas banyak kali.
Kasihnya Ibu Pada Anaknya Yang Bertahun Tak Balik
Bila nampak makanan raya, terus makan. Rindunyaa makanan raya. Lama dah tak makan sayur lodeh, kua kacang, kicap dengan lontong. Buat sendiri ada beberapa lauk tak lepas.. Hahaha. Lagi satu masakan mak ni sedap.. Hehehee. Jadi ku makan la puas-puas. Nikmatnyaa!! Kasihnya ibu pada anaknya yang bertahun tak balik.. Huhu.. Sanggup buatkan. Walaupun bukan raya tetap makanan raya terhidang.
Terima kasih juga dekat pakcik ku yang tolong buatkan lontong.. Hehehe.
Mula la duduk dekat kampung selama seminggu. Menikmati pemandangan tanpa henti. Kihkihkih..
Mula la berkumpul, bergosip semua.. Hahaha. Anak-anak dapat main dengan sepupu yang lain yang dah lama tak jumpa.
Kene pau dengan anak buah biasa.. Eh takla, kita belanja anak buah la.. Hehehe. Balik pun jarang, jadi belanja la. Datang motor roti pun dah buat diaorang gembira. Hah pilih mana korang nak.
Setiap petang keluar, bermain, hirup udara segar. Macam tu la dekat kampung. Banyak aktiviti dapat buat.
Memang seminggu ni puas-puas kita buat apa boleh buat.
bestnyaaa balikk kampungg
ReplyDeletebabu roti...alahai rindunya kat zaman masa kecik dulu
ReplyDeleteSeronoknya bila dah dapat jumpa kan
ReplyDeleteSelamat pulang ke kampung
ReplyDelete