hai assalammualaikum

Makan Steamboat Di Ria Steamboat & Grill Di Jalan Pandan Prima 2 Ampang - Lama betul tak makan steamboat kat kedai steamboat. Dah berapa tahun agaknya.. Huhu. Kalau dulu suka pergi Pak John Steamboat. Sejak #stayathome, kadang buat steamboat dekat rumah guna pes Oden. Tapi vibes lain, tak sama macam kat kedai. Lagipun kat rumah takda periuk steamboat, guna periuk biasa je, tu tak best.

Dan sekarang semua kedai dah boleh operasi dan dah boleh dine, dengan syarat dah cukup vaksin. Lepas bercuti di Kemensah Valley, balik tu memang penat gila. Jadi, malam tu nad memang takda mood nak masak, ajakla mr mafia makan kat luar. 


Makan Steamboat Di Ria Steamboat & Grill Di Jalan Pandan Prima 2 Ampang 

Teringat ada kedai steamboat dekat area rumah ni, Ria Steamboat & Grill, baru buka. Sebelum ni kedai ni kopitiam, lepas tu tukar kedai mamak. Sekarang ganti kedai steamboat pulak. Bagusla tu, sebab nak makan steamboat tempat lain tak tau, dah ada buka dekat rumah terusla terjah, kita cuba. 

Nad datang awal, memang tak ramai orang, start pukul 8.30 malam orang mula ramai. Dapat sambutan juga kedai steamboat Ria ni. 


Tempat selesa, kerusi pun banyak. Dekat bahagian luar pun ada kerusi meja. Jarak ikut SOP. 

Sebelum ambil makanan, nad tanyala harga berapa. Yela pertama kali datang, nak tau harga berapa. 

Harga Ria Steamboat & Grill

Ok ni harga Ria Steamboat & Grill
Dewasa: RM25
Kanak-kanak: RM15

Okla harga tu. 




Macam biasa, lauk steamboat yang ada dekat sini, daging, kepah, sotong, udang dan makanan laut lain lagi. 

Ada sayuran, maggi. 

Kat sini pun ada makanan bergoreng. Jadi pilihla mana yang korang rasa nak makan sampai puas.. Hehehe. Memang nad ambik macam-macam, yela dah lama tak makan steamboat macam ni. 


Ada juga buah-buahan, butter dan pelbagai jenis sos. 


Oh kat sini satu jela, kuah dia satu je iaitu tomyam. Tak tau la kalau ada kuah lain. Sebab dia terus je tuang kuah tomyam. Tengok kuah lain macam takda. 

Bagi nad kuahnya tak berapa nak ummphh sangat, tapi ok la. Sesuai untuk kanak-kanak makan sekali, tak berapa pedas mana pun. 


Dah lepas makan, ada juga aiskrim sebagai dessert. 

Dekat sini, peraturan bayar sekali, makan sampai puas, tapi kalau tak habis kene bayar la. Jadi, kenala habiskan apa yang korang ambik. Jangan membazir.. Heehe. Paham jela makan steamboat memang nak makan kene betul-betul lapar, boleh masuk banyak makanan..hahaha.


Mana yang berdekatan, kalau nak cuba steamboat, boleh cuba Ria Steamboat & Grill Jalan Pandan Prima 2 Ampang ni. 
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. It has been a while since I had steamboat. Would love to go out and try these again.

    ReplyDelete
  2. Murahnyaaa

    Ok boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH MISZROCKERS BLOGSPOT REVIEW RESTORAN RIA STEAMBOAT & GRILL :)
    ADA LAGI SPECIAL KALAU BDAY PARTY LEBIH 10 0RG YG BDAY BOY/GIRL TU FREE..!HEHEHE
    ADA SUP AYAM JUGAK KENA REQUEST SBB KITA BUAT FRESH2 SUP AYAM TU.:)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2