hai assalammualaikum

Aiskrim Wall's Cornetto Love Rose Peach Flavour - Aiskrim Wall's Cornetto love rose peach flavour dah lama keluar kot, biasalah kita memang lambat sikit nak rasa ni..hehehe. Takpe, biarkan lambat, asalkan dapat rasa. Kalau beli awal-awal mesti habis stok kan, yela orang berebut cari. 

Haritu pegi myNews, nampak aiskrim wall's cornetto love rose ni peach ni, terus ambil. Sebab tengok orang post, kiut je bentuk dia, bentuk bunga ok. Tak pernah nampak aiskrim berbentuk cantik macam ni, sebab tu kita beli.

Tengok packaging dia pink, pun dah lawa. Memang tertarik nak beli. Biasala, bila ada perisa baru semestinya kita nak rasa kan walaupun lambat..hahaha. 


Aiskrim Wall's Cornetto Love Rose Peach Flavour

Masa beli memang kena terus makan ye. Jangan dibiarkan lama dekat luar sebab cepat cair. Nanti dah cair, takda rupa bentuk bunga rose. Dah tak cantik nak ambil gambar..hahaha. Biasalah, benda lawa, mesti nak ambil gambar kan..hehehe.

Memang lawa bentuk aiskrim ni, kagum nad tengok. Kreatif sungguh mereka yang membuatnya. Nampak bentuk kelopak bunga tu. Bentuk bunga rose gitu. Hah, rupa dah lawa macam mana pulak rasa dia kan?



Rasa dia memang rasa rose macam tu. Sedap juga la nad rasa. Takda terlalu manis, light-light macam tu.

Perisa aiskrim tersebut adalah peach dan terdapat dua warna iaitu merah jambu dan putih. Ia juga dilengkapi dengan kon ais krim coklat dan coklat.

Overall bagi nad ok, sedap je. Korang boleh cuba, ada dijual di myNews, 7-Eleven pun ada.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. cornetto memang sedap aiskrim die tak kira apa perisa pun..nk kena try juga la yg ni.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2