hai assalammualaikum
Waterpark Di Kampung : Sewa Kolam Renang Saiz Besar Untuk Anak - Anak - Siapa kata kat kampung takda waterpark..hehehe. Walaupun hanya kolam renang satu jenis je, tapi tu cukup buat anak-anak gembira. Bukan kolam renang yang biru tu, ni kolam renang yang besar siap ada gelongsor macam dekat waterpark. Cukupla muat untuk 13 orang kanak-kanak yang kecil-kecil dan sedang kecil..hahaa. Siapa yang besar, takdanya masuk, takut pecah.
Plan adik nak sewa pelampung kolam renang ni, sebab nad baru dapat balik kampung, jadi bila semua dah berkumpul, adik nak la bagi budak-budak ni gembira. Nak bercuti satu keluarga dekat luar, masing-masing masih sibuk. Jadi plan lain, kita buat suasana bercuti, berenang seperti di waterpark di kampung sahaja.
Waterpark Di Kampung : Sewa Kolam Renang Saiz Besar Untuk Anak - Anak
Pelampung kolam renang saiz besar ni, abang nad yang uruskan. Bayaran macam biasa, kami tong-tong (kongsi ) la adik beradik..hehee. Banyak design pelampung pool dia, tapi yang lain dah ditempah kot, lupa pulak, yang tinggal hanya bentuk Unicorn. Nak tak nak, ambil jela. Dahla anak buah ramai lelaki, las-last Unicorn yang dapat..hahahahha.
Harga untuk pelampung pool kolam renang saiz besar ni RM270 lebih macam tu la. Lepas tu kena bayar deposit dulu RM60. Penghantaran ke rumah RM40 ( ikut tempat mungkin ). Deposit tu akan dipulangkan semula jika pelampung dalam keadaan baik. Kalau ada yang bocor, takdela dapat deposit tu semula, dan kene tambah lagi bayaran sebab bocor. Hah!!, risau ye dekat situ..hahaha. Anak-anak dah la semua lasak bila mandi.
Nad tak pasti abang nad sewa dengan siapa, sebab nad pun tak tanya. Tapi tengok gamabr ada tulis Nanny Pool, jadi nad usha dekat facebook, jumba facebook Zulaiha Roslee, mungkin ini orangnya. kebanyakan tengok tempahan di area Klang Selangor, area lain tak pasti, boleh la pm empunya ni.
Pool pun bukan kecil tau, tapi besar. Sebelum tempah, pastikan tinggi berapa, lebar berapa. Kena ukur, takut bila pasang, tak muat pulak. Nasib kat rumah mak ada ruang tinggi dan besar. Ok sangat pasang pool kolam renang besar ni. Memang kena pastikan ada ruang yang besar dan tinggi. Kalau ada laman yang luas memang syokla.
Sewa pool ni seharian tau. Macam kitaorang pasang pukul 9 pagi sabtu, lepas tu esoknya 9 pagi ahad baru diambil semula. Okla, berbaloi dengan harga. Nak beli sendiri tak mampu, sewa jela. Okla seharian diaorang mandi weii. Sampai ke malam mandi..hahaha. Nak pasang pool ni guna pom dia.
Tahan lasak juga pool kolam renang ni. Sebab anak-anak duk melompat-lompat ok lagi..hehee. Risau juga, duk jerit-jerit pastikan anak-anak tak lasak, biasalah,, dengar sekejap je. Bila ditinggal mulala macam-macam aksi ada.
Nad mampu tengok jela, hahaha.
Selalunya kalau syok mandi manda ni siap ada bekalan kan..hehee. Hah, kitaorang pun siap ada bekalan tau makan kat luar. Roti canai pun boleh..hehee. Sambil mandi sambil makan..gitu!!. Syokla jadi budak-budak ye.. Hahaha
Tengahari ni la menu kitaorang. Nasi, ayam panggang dan sayur . Adalah kek, makcik bagi.
Air Laicikang, kakak beli, aum memang meriah ye.
Puas diaorang mandi. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 3 petang. Lepas tu berhenti sekejap sebab hujan. Ingat hujan lama rupanya sekejap sahaja. Pukul 4.30 petang sambung mandi lagi sampai pukul 7 petang. Bukan tu je, pukul 8 malam sambung mandi lagi. Gila puas diaornag mandi..hahahhaa. Yela, seharian kan, dah bayar, baik gunakan sebaik mungkin..hehehe.
Malam pulak, menu nasi lemak dengan kek. Sambil tu sambut harijadi mereka yang bulan Oktober.
Next plan, baru rancang bercuti dekat luar..hehee.
Wow best kan ni? Boleh enjoy sambil mandi-manda dan yang penting sekali selamat. :)
ReplyDelete