hai assalammualaikum
Bayar Zakat Melalui Penolakan Akaun Simpanan Secara Automatik Melalui Bank Bank Muamalat - Ingat lagi, masa tanya dekat suami
"abang., abang dah bayar zakat belum".
Dengan cepatnya dia jawab " Dah ".
Bayar dengan apa ? aku mencelah.
Dia jawab " online je ".
Mudah kan sekarang, semua ikut peredaran zaman, dari manual, ke teknologi lebih canggih. Hanya bayar secara online sahaja dah selesai. Dekat mana-mana pun boleh bayar zakat, memang sangat menjimatkan masa dan tenaga.
Bayar Zakat Melalui Penolakan Akaun Simpanan Secara Automatik Melalui Bank Bank Muamalat
Selain bayar zakat melalui online, bayaran dekat kaunter, potongan gaji, nad pasti ramai yang tau, kita boleh bayar zakat melalui penolakan akaun simpanan secara automatik. Zakat wang simpanan ialah zakat yang dikenakan ke atas wang yang disimpan di dalam akaun simpanan dan akaun semasa di dalam bank atau lain- lain institusi kewangan.
Seperti mana yang dibuat oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) ia memudahkan pendeposit di BMMB dapat tunaikan zakat melalui penolakan zakat daripada akaun simpanan secara automatik setiap haul.
Pembayaran zakat lebih mudah, lebih cashless, tanpa perlu menunggu lama di kaunter, dan tak perlu beratur panjang. Tak perlu risau, bab dah bayar ke belum zakat ni kan, sebab semua dah dilakukan dengan penolakan dari akaun simpanan bagi yang berkemampuan. Bila dah bayar zakat siap-siap macam ni, hati pun senang.
Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat:
Simpanan Tetap
- Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Simpanan Biasa
- Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.
Simpanan Dalam Satu Akaun
- Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
- Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Benda mudah buat apa nak susah-susah kan. Bagi yang ingin membayar zakat melalui penolakn daripada akaun simpanan Bank Muamalat ini, korang hanya perlu mendaftar perkhidmatan zakat di cawangan Bank Muamalat yang berdekatan.
Untuk keterangan lanjut boleh layari www.muamalat.com.my atau hubungi 1 300 88 8787
Bagi yang berkemampuan, haruslah bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Sebab tu kita perlu berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan dengan cara membayar zakat.
Pembayaran zakat secara dalam talian ( online ) atau pemotongan akaun simpanan adalah untuk memudahkan urusan orang ramai, yang mana rata-rata sibuk dengan urusan masing-masing. Maklumla, biasanya kita dengar " Nanti dulu la, banyak masa lagi ". " Ala ramai lagi orang beratur, nanti-nanti la". Jadi dengan adanya online seperti ini, takda la alasan lagi kan.
Rezeki yang kita dapat ni, ada juga rezeki orang lain. Bayar zakat ni tak membebankan kita pun, dah takkan jatuh miskin pun bila bayar zakat. Lagi bertambah rezeki bila kita bayar zakat. Senang-senang je kita buat amal kebaikan kan. Orang cakap buat kebaikan secara senyap, ah gitu. Dapat bantu orang dan pada masa sama dapat pahala.
Baru ni, ramai terkesan dengan banjir. Banjir yang tidak kita sangka jadi lebih teruk untuk tahun 2021. Masa ni la ramai memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, pihak Lembaga Zakat Selangor datang membantu dan menziarah mangsa asnaf yang dilanda banjir. Dekat situ kita nampak, setiap bayaran zakat yang kita buat telah sampai kepada mereka yang memerlukan dan sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
Korang boleh tengok di facebook page Lembaga Zakat Selangor.
Menunaikan zakat sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Allah suka dengan orang yang membuat kebaikan.
Peraduan Jom Tunaikan zakat " Menang & Kongsi "
LZS akan mengadakan kempen Jom Tunaikan Zakat " Menang & Kongsi " bermula 15 November 2021 sehingga 31 Disember 2021. Boleh nampak kan nama kempen " Menang & Kongsi ", hah, setiap pemenang dapat berkongsi hadiah bersama asnaf.
Cara untuk menyertai kempen ini mudah sahaja. Korang perlu ikuti 2 langkah ini untuk menyertai Jom Tunai Zakat - "Menang & Kongsi" dan korang berpeluang memenangi hadiah menarik :
1) 1 Tunaikan zakat di mana-mana platform LZS. (online, ejen LZS, cawangan LZS)
2) Imbas kod QR untuk isi borang penyertaan.
Untuk makluman lanjut sila layari: https://my2point5.zakatselangor.com.my/
Info lanjut berkenaan zakat dan agihan zakat boleh layari
Website: https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
Through such initiative with automatic deduction, it will be easier to fulfill your zakat now.
ReplyDelete