hai assalammualaikum

Bonnisan Himalaya Galakkan Pertumbuhan Yang Sihat Dan Tingkatkan Selera Makan Anak - Bila dah jadi ibu, kesihatan anak-anak menjadi perkara utama. Bila anak sakit, kembung perut, sakit perut, dengan anak-anak meragam, memang tak tenang rasa. Lagi satu bila anak susah makan, memang tak senang duduk.

Pernah alami situasi, bila suap makananan dekat anak, anak tolak. Lepas tu dia pilih sendiri makanan mana dia suka. Kebanyakan anak-anak ni tak suka sayur, nasi, makanan yang penting untuk tumbesaran mereka. Nad rasa bukan nad je pernah lalui anak susah makan, ramai dekat luar sana anak yang "picky eater" ni kan. 

Banyak cara kita dah kita buat, pujuk, siap kene puji "siapa makan sayur dia cantik", " makan tu kita kuat", hah macam tu la, tapi kadang sama je, dia tolak makanan tu..hahaa. Mula buntu..kan! Sebagai mak mestila risau kan, kalau boleh nak anak berselera makan. Bukan nak cakap banyak makan, tapi makan dalam kuantiti yang mengenyangkan, yang seimbang, dan makanan penuh zat. 

Cara Tingkatkan Selera Makan Anak Dan Galakkan Pertumbuhan Yang Sihat Dengan Bonnisan Himalaya

Dah cuba banyak cara tak jalan, apa kata korang cuba pulak selesaikan dengan pengambilan Bonnisan Himalaya. Ya, nad bagi anak-anak nad Bonnisan Himalaya ni untuk tingkatkan selera makan, tambah berat badan, pencernaan yang baik dan pertumbuhan mereka yang sihat serta imunisasi yang kuat.

Mana anak-anak yang kurang selera makan atau tiada selera makan langsung, cerewet makan, kembung perut, kolik atau sakit perut atau ada masalah penghadaman, boleh cuba suplement Bonnisan Himalaya ni.

Ambil Bonnisan ni bukan minum sekali terus nampak kesan anak selera makan ye, ia ambik masa juga. Takda produk yang cepat kesannya..hehehe. Macam nad bagi dekat anak-anak setiap hari, dan sedikit demi sedikit diaorang tunjuk perubahan selera makan tu. Setiap budak lain-lain kesannya, yang penting bagi Bonnisan Himalaya ni secara konsisten.

Bonnisan Himalaya ni selamat, ada kelulusan KKM dan 100% Halal.

Apa Rasa Bonnisan?

Suplement Bonnisan Himalaya ni bentuk cecair jernih, senang anak terus minum je. Mula bagi dekat anak-anak berkerut muka diaorang, hahah. Tanya apa rasanya? anak nad tak tau nak terangkan macam mana, hahaha. Lepastu nad cuba rasa, oo rasanya manis dan berangin. Bau Bonnisan ni macam doublemint, sedap je rasa dia. Budak-budak biasalah, mula-mula je drama, bila dah bagi selalu, ok je lepas tu.

Bahan yang ada dalam Bonnisan Himalaya ialah Anethum graveolens ( Dill Oil ), Elettaria cardamomum ( Cardamom ) dan Piper longum ( Indian Long Pepper ). Lain boleh tengok dekat gambar tu. Bonnisan bebas daripada alkohol, kloroform, opium, sedatif dan sodium bikarbonat. Bahan selamat untuk anak-anak kecil.

Kelebihan Bonnisan Himalaya
- menggalakkan pertumbuhan yang sihat
- meningkatkan dan menambah selera makan pada bayi dan kanak-kanak
- melegakan kolik dan gas dalam perut (kembung perut)
- memperbaiki sistem penghadaman
- memperbaiki sistem pencernaan yang baik

Cara Pengambilan

Anak sehingga 1 bulan - separuh sudu kecil, 3 kali sehari
Anak 1 bulan sehingga 6 bulan - 1 sudu kecil, 3 kali sehari
Anak 6 bulan  sehingga 3 tahun - 2 sudu kecil, 3 kali sehari

*Goncang dahulu sebelum minum 
* Cara simpan pun mudah, hanya simpan di tempat kering, tak perlu letak dalam peti sejuk.


Alhamdulillah, dengan pengambilan Bonnisan Himalaya secara konsisten, anak memang tunjuk perubahan positif. Selera diaorang berbeza dari sebelum ni. Kuantiti makanan pun tambah, tak macam selalu. Bila nampak perubahan macam ni, mak mana tak seronok kan. Sistem pengcernaaan diaorang pun takda masalah. 

Nad tetap akan bagi diaorang Bonnisan Himalaya, sebab kebaikan dia bukan sahaja untuk selera makan tapi pencernaan yang baik dan galakkan pertumbuhan yang sihat. 

Kalau mak-mak yang masih mencari penyelesaian, nak bagi selera anak bertambah, memang nad syorkan cuba Bonnisan Himalaya ni. Parents mesti nak terbaik untuk anak kan demi tumbesaran dan kesihatan anak-anak. Mana tau bila korang cuba Bonnisan ni, nampak perubahan dekat anak korang pulak.

Oh, Bonnisan Himalaya ni pun sesuai untuk orang dewasa. Harga pun takda mahal mana.

Ibu bapa yang mencari Bonnisan Himalaya, nak tau lebih lanjut pasal produk ni boleh layari:
Websitehttps://www.shophimalaya.my/
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. I bagi si Abang yang ni jugak. Seronok tengok di berselera

    ReplyDelete
  2. boleh suggest kat kawan sebab anak dia jenis picky eater

    ReplyDelete
  3. Banyak betul Himalaya keluar produk yang best. Kalau ada anak yang tak berselera makan tu sesuai try Bonnisan ni.

    ReplyDelete
  4. Nak tambah selera makan kalau orang dewasa boleh ambil tak sebab ayah kita kurang selera makan dah tu hurmmm risau kita... Moga ayah terus sihat dan kuat...

    ReplyDelete
  5. Produk himalaya ni mmg best... Dan ank buah kite pun amalkan bonisan ni sbb dia payah nk mkn.. Skrg selera dia kemain

    ReplyDelete
  6. bagus produk ni.. terutama kalau nak atasi masalah kembung yg dialami

    ReplyDelete
  7. himalaya brand has established itself to be a reliable and trustworthy product. definitely trying this one too!

    ReplyDelete
  8. Good to know Himalaya skrg ada pelbagai jenis supplement dah… boleh suggest ni kat my family for their kids too!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2