hai assalammualaikum
Pengalaman Banjir Teruk Pertama Berlaku Di Meru Klang - Benda yang tak pernah terfikir akan berlaku, terjadi dekat keluarga sendiri. Selama 3 hari hujan turun tak berhenti, pastinya akan menyebabkan banjir di setiap kawasan yang terdedah. Tapi tak terfikir banjir menjadi teruk daripada biasa. Memang pengalaman banjir yang tak dapat dilupakan untuk akhir tahun, Disember 2021.
Meru Klang memang akan banjir kalau hujan turun, tapi selalunya terjadi dekat jalan tertentu, dan macam rumah mak ayah nad, akan banjir dekat tepi-tepi sahaja, dan kalau dekat jalan laluan tu banjir sampai buku lali sahaja. Tapi kali ni, tak sangka, banjir sampai seluruh tempat Meru Klang, Kampung Budiman.
Masa hujan tu, air laju sangat naik. Siang dari buku lali, tengahari dah lutut, malam dah sampai pinggang. Haritu pulak hujan tak berhenti. Nad dah risau dengan mak ayah dan adik beradik sana. Tapi syukur juga semua adik beradik duduk dekat dengan mak. Cuma nad duduk KL, kakak sorang lagi duduk Rantau Panjang Klang. Tempat kitaornag alhamdulillah selamat.
Nad mintak update dekat telefon. Abang, kakak yang hantar gambar video semua.
Ni la rupanya dari sedikit sampaila penuh.
Rumah mak ni ada bahagian atas. Jadi diaorang angkat barang mana yang boleh letak atas dan diaorang semua naik dekat rumah atas. Rumah atas ni la memang penyelamat kitaorang bila musim banjir. Pernah dulu kecik-kecik banjir masuk dalam rumah juga, rumah atas la penyelamat.Tapi tu la, dulu banjir masa nad kecik pun takde dalam dan teruk macam sekarang.
Masa malam tu hujan tak berhenti, nad susah nak tidur. Risau air naik dekat sana. Diaorang pulak dah bergelap dan letrik takda. Phone semua bateri dah tinggal sikit. Tapi dalam pukul 11 malam nad call mak, alhamdulillah dapat call. Mak cakap semua ok je, tu la dengan nada sedih cakap rumah teruk dekat bahagian dapur. Dapur, bilik mandi, mesin basuh semua dekat bahagian bawah, memang banyak barang ada dekat bahagian bawah. Bahagian atas tu ruang tamu dan ada 2 bilik.
Rasa sedih bila mak cakap. Dengan malam tu diaorang dah penat dengan angkat barang semua. Malam tu nasib ada sepupu masakkan nasi goreng bagi dekat diaorang. Takdala lapar sangat. Sepupu sekeluarga duduk kat rumah sepupu kawasan tu juga tapi tempat dia tak naik air sangat, jadi rumah dia pun selamat dari masuk air.
Malam tu memang keluarga, keluarga sepupu dan ada lagi satu keluarga tak keluar dari kawasan tu sebab masih dalam keadaan selamat.
Ni rumah sepupu. Rumah kampung selalu kan rumah dekat-dekat. Hah kitaorang macam tu la. Depan sana rumah mak ayah nad. Tgk la dalamnya.
Memang tak tidur lena, baca perkembangan semasa dekat twitter. Sedih sangat tengok. Banyak musnah. Kawan-kawan meru pun sama terkena.
Kita jauh hanya mampu doa dan tolong mana yang patut.
Esoknya nasib hujan dah berhenti. Syukur sangat. Tengok dah macam pulau dah.
Ni keadaan bila air dah surut banyak
Tu ayah suruh sepupu ambik gambar.. Hehee.
Tunggu keadaan reda, nak balik, nak tolong mak ayah cuci rumah ni. Ujian buat kita di akhir tahun 2021.
Nampaknya lepas ni kena beli bot la dan life jacket la nampaknya.
So sorry to hear. I am glad that you family members are safe and sound. Do take care.
ReplyDeleteTurut bersimpati
ReplyDeleteRamai yang terkesan akibat banjir kali ini terutama di Selangor dan Pahang
Ya Allah, semoga di permudahkan urusan Nadia dan keluarga...
ReplyDeleteSaya turut simpati dengan banjir yang dilanda dengan puan dan keluarga. Tak lupa juga keluarga di selangor dan pahang. Semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDelete