hai assalammualaikum

Family Vacation Di Tasik Villa International Resort Lukut Port Dickson - Bila ada peluang bercuti satu keluarga yang besar, memang meriah la oii. Kalau nak bercuti, nak bermalam, kena pilih tempat penginapan yang luas dan selesa. Paling penting ada swimming pool, sebab anak-anak ramai, jadi taknak bagi bosan, swimming pool la mesti jadi pilihan. Kali ni percutian keluarga di Tasik Villa International Resort.

Kisahnya, memang akhir bulan 1 tu nak bawak anak-anak pergi jalan-jalan, tiba-tiba , abang kita whatsup dalam group family, cakap dia dah booking tempat satu rumah ni, dan ajak adik beradik lain ikut bercuti. Benda tak rancang, abang pun bagitau 2 minggu. Hah, dah alang-alang tu bagus la, sebab memang nad nak bawak anak-anak jalan juga, memang kena timing . Kerja nad pun dah selesai, jadi bolehla follow.


Tasik Villa International Resort

Family Vacation Di Tasik Villa International Resort Lukut Port Dickson


Kitaorang ni family besar, ayah mak, adik beradik 5 orang, tambah anak buah 17 orang, hahaha. Nampak tak besar dia. Tapi haritu adik, suami dia dengan anak dia seorang tak ikut sebab dia tak dapat cuti, tapi takda dia pun memang dah ramai ye. Pilihan penginapan kali ni di Tasik Villa International Resort di Lukut Port Dickson. 

Boleh tahan jauh juga perjalanan nak ke Tasik Villa International Resort ni. Memang lama betul tak jalan jauh ye. Kalau bercuti selalu dekat-dekat je dalam Kuala Lumpur, ni pergi Port Dickson pun dah rasa jauh..hahaa. Korang waze je Tasik Villa, nanti sampai la ke destinasi dia.

Kawasan lobi, restoran


Masuk ke dalam rumah pukul 3 petang, sebelum masuk rumah, abang nad pergi ambil kunci dekat lobi. Kitaorang tunggu la dulu sementara dia ambil kunci, kita pun ambil gambar apa yang patut, nak share dalam blog..hehe. Dah nama pun blogger, mesti nak kongsi kan, nak simpan kenangan dalam ni. Dah dapat kunci terus masuk ke dalam rumah.

Nama rumah, Florence Villa

Rumah macam rumah teres, hidup berjiran


Tengok luar, cantik kan bentuk rumah dia, macam duduk berjiran. Siap cakap, bestnya dapat rumah macam ni, duduk berjiran macam ni, dengan suasana rumah yang tenang je..hahaha. Abang nad pilih rumah Family Villa. 

Runag tamu

Dapur

Bilik utama

sebelah bilik utama

Tandas di bilik utama

Beranda

private swimming pool


Dalam rumah ni ada ruang tamu, dapur, bilik atas satu pintu tapi ada 3 katil yang berpisah dan tandas, tandas atas ada shower, tandas bawah, takda shower tapi ada la toilet, sinki semua. Nad mandi je dekat toilet bawah guna paip je..hehee.

Dapur cuma ada microwave, peti sejuk, tak da sudu, cawan pinggan semua, jadi kena bawak.

Paling pentimg ada swimming pool. Masuk je anak-anak dah nampak swimming pool, tak sabar nak terjun hah. Siap cakap, cepatla mommy, nak tukar baju, nak mandi. Senang kan nak bagi anak-anak gembira.

Budak-budak tak sabar nak mandi


Best ada private pool macam ni, nak mandi siang, bawak ke malam pun boleh. Nak mandi 24 jam pun boleh. Pool ni dalam juga, paras bahu nad yang dewasa ni, jadi anak-anak kecik memang perlu ada pemantauan dari orang dewasa.

Mini Mart

Permainan VR

Permianan bola jaring

Ni lupa la nama dia



Dalam Tasik Villa ni ada juga Mini Mart, permainan VR, bowling, dan lain-lain. semua ni ada dekat lobi hotel.

Swimming pool terbuka depan lobi hotel


Ada juga swimming pool terbuka, tapi sekarang kene book dulu. Abang nad tak tau, jadi dia tak book dan tak dapatla mandi swimming pool terbuka ni. Tapi takpa, dah ada private pool dalam rumah..hehe.

Harga aktiviti basikal

harga bot, kayak

berkayuh di pagi hari

ada macam-macam jenis kornag boleh pilih



Boleh juga sewa basikal, bot, berkayak dan macam-macam lagi.

Kitaorang tak buat aktiviti ni semua, kitaorang jalan-jalan tengok kawasan je, layan tasik..hehee. Bercuti untuk berehat, tenangkan fikiran. Malam layan perasaan. 

Suasana malam di tepi tasik

Air pancut dimainkan ikut muzik

Malam pun orang boleh mandi, ada bot lagi lalu.


Cantik suasana malam dekat sini, ada air pancut semua. Tapi rasa ada had waktu dia.

Kononya joging

With my hero


Pagi pulak berjoging, kononyaa..hahaa.

Bila nak makan, beli, bungkus dan makan dalam rumah. Memang tak dan la nak makan dekat luar, sebab malas nak keluar dan tak survey tempat makan masa tu. Jadi, nak senang sorang keluar, bungkus dan makan je dekat rumah.

Best ever percutian di Tasik Villa

Gitu, seronok diaorang


Serius puas hati bercuti dekat sini. Villa pun cantik, selesa dan luas, cukup untuk kami sekeluarga.




Kalau bab harga, ooopss jangan tanya ok sebab abang nad yang belanja, dah tanya dia harga berapa tapi dia berahsia. Mungkin kalau korang nak tau boleh survey dekat 
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. WAH BOLEH MASUKKAN DLM LIST NI. SEBAB MENARIK JE ADA KOLAMDALAM BILIK

    ReplyDelete
  2. Kami pernah menginap sini masa mula2 hotel ni up, masa tu owner kasi rebat diskaun. Dapat merasa jacuzi sekejap. Memang sini best, heaven!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2