hai assalammualaikum
Kad Digital Mysejahtera Akan Bertukar Putih Jika Tak Ambil Dos Penggalak - Hah semalam ramai post cakap Kad Digital Mysejahtera akan bertukar putih jika tak ambil dos penggalak. Setakat ni, kes ni untuk mereka yang menerima vaksin Sinovac sebelum ini dan warga emas 60 tahun ke atas perlu ambil dos penggalak untuk melengkapkan status Mysejahtera mereka.
Perlu ambil dos penggalak sebelum selewat-lewatnya Februari 2022. Mungkin dia bagi tempoh sampai akhir bulan 2 untuk dapatkan dos penggalak ni bagi penerima sinovac dan warga emas.
Ni kenyataan media berkenaan dos penggalak tu.
Kad Digital Mysejahtera Akan Bertukar Putih Jika Tak Ambil Dos Penggalak
Nasib nad dah dapat booster haritu. Debar juga, bila mysejahtera nak bagi tarikh untuk booster atau dos penggalak ni, sebab mr mafia dah dapat, nad tak dapat-dapat lagi. Terfikir juga nak walk in tapi tetap tunggu. Alhamdulillah, pada 20 Januari dapat tarikh untuk booster.
Debar tak dapat tarikh satu hal, dah dapat tarikh pun debar tak habis lagi..hahaha.Biasalah macam-macam dalam fikiran ni. Baca mereka yang ambil dos penggalak ni macam-macam kena. Macam-macam dalam fikiran ni.
Tapi nak taknak, kena ambik juga. Ni cara kita untuk elakkan dari Covid dan kalau terkena covid pun mungkin tak serius sangat. Sekurang-kurangnya dapat bantu kita dan kita ikhtiar sahaja.
Lepas dapat tarikh, terus tekan confirmation. Memang masa nak pergi cucuk tu, cukup makan, rehat semua. Doa harap badan terima seadanya.
Nad dapat dekat Menara Olympia. Alhamdulillah, masa cucuk tu semua berjalan dengan lancar. Biasalah kena isi borang semua dan yang menjaga bagi kerjasama dengan baik.
Dekat situ ada pilihan booster. Masa nad ada booster Pfizer dan Sinovac. Mungkin sekarang sama juga kot.
Ambil dos penggalak haritu, sekejap je, takda la lama sangat. Isi borang, duduk, sampai masa dah kena cucuk.. Hehehe. Lepastu akan diupdate dekat mysejahtera. Lengkap la status vaksinasi nad. Alhamdulillah.
Masa nad kena cucuk, nad cuma lenguh je tangan bahagian cucuk tu. Alhamdulillah badan semua ok, takda masalah. Lain orang lain penerimaan bila ambil booster ni. Ada tu yang tak sihat lepas booster tapi beberapa hari je. Cuma lepas booster tu, siap-siap ada panadol dan rehat cukup-cukup.
Kalau rasa was-was, boleh cek dulu tahap kesihatan dengan doktor. Mana yang terbaik, kita ikut. Ambik booster ye korang. Semoga kita terhindar dari terkena covid. Kita ikhtiar, kita jaga kita.
Add your comment