hai assalammualaikum

Klinik Pergigian Elaina Desa Pandan - Haritu tengah layan Tiktok, nampak pulak content Klinik Pergigian Elaina ni. Menarik tengok dalam dia, terutama sekali bahagian kanak-kanak punya.Lepas tu tengok lagi content yang lain, ada tunjuk lokasi. Eh, dekat dengan rumah kita la, terus screenshot, takut lupa nanti. Pulak tu masa tengok Tiktok tu Fariza ada sekali, terus dia beria ajak pergi ke klinik sini, sebab dia teruja tengok. 

Tapi, nad kata nanti la dulu, sampaila satu hari gigi depan dia tiba-tiba goyang dan nak patah. Dulu nad kecik-kecik, patahla sendiri, tapi bila masuk anak ni, tak berani nak patahkan. Beria dia nak pergi Klinik Pergigian Elaina ni, dengan gigi dah goyang , ngadu susah nak makan, tak sabar di anak patahkan gigi depan. Berani betul anak aku sorang ni, orang lain selalu tolak nak pergi Klinik Gigi tau..hahaha.



Klinik Pergigian Elaina Desa Pandan


Sebab dia kata dah ngadu susah nak makan, kita pun kesian, terus ajak suami pergi Klinik Pergigian Elaina ni dekat Desa Pandan. Sampai je sana, memang excited budak sorang ni. Dia punya suka macam masuk taman permainan tau,..hahaha.





Ni suasana dalam Klinik Pergigian Elaina. Kerusi selesa masa nak menunggu, suasana pun ceria untuk kanak-kanak.


Harga rawatan gigi Klinik Pergigian Elaina

Klinik gigi ni untuk semua lapisan peringkat umur , dari orang dewasa dan kanak-kanak.

Sebab apa suka Klinik Pergigian Elaina ni? 


1) Tengokla kerusi tempat baring untuk kanka-kanak, kerusi dinosour..hahaha. sebab tu Fariza nak sangat ke klinik sini. Buat kanak-kanak suka nak datang dengan environment macam ni.

2) Doktor yang baik. Doktor sangat soft spoken, cakap lembut je. Pandai doktor tu ambik hati Fariza. Pandai dia buat Fariza tak takut. Walau sebenarnya memang Fariza nak datang sini, bila doktor pegang gigi dia, dia macam ada rasa sakit sikit, tapi doktor tenangkan dia.


3) Proses nak cabut gigi pun smooth je. Doktor ada letak gel semua, cakap dekat Fariza, ada rasa kebas ke, ngilu ke. Fariza angguk jela. Tapi doktor tenangkan dia, bercerita semua.

4) Doktor cabut gigi sambil bercerita, jadi Fariza tak sedar sangat gigi dia dah tercabut. Mungkin rasa tapi cepat proses cabut tu. Takda la Fariza nangis ke apa. Gigi depan budak memang senang cabut kan. Fariza sakit sekejap je lepas tu gembira.


5) Lepas buat rawatan, doktor bagi gift. Lagila seronok budak-budak kan. Dapatla klip rambut comel. Adik yang tak buat pun dapat..hehehe. Comel je.


Harga untuk Fariza cabut gigi RM85 sahaja. 

Dekat Klinik Pergigian Elaina pun boleh cek gigi untuk orang dewasa juga. Nanti nad nak try la cek gigi dekat sini..hehee.

Balik tu dia boleh cakap, nanti nak bagitau kawan dia, Sherina, nak tunjuk gigi dia dah patah.. Hahaha.. Sebab kawan dia pun gigi dah patah.. Alahaii comel je.. 



Untuk info lanjut, boleh layari

Klinik Pergigian Elaina
Alamat : No.15-1, Jalan 2/76 C Jalan Desa Pandan, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Contact: 013 559 7937
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2