JAGUNG CHEESE VIRAL

in , by Nadia Johari, 11:51:00
 hai assalammualaikum

Jagung Cheese Viral - Baru-baru ni nad nampak kat tiktok, makanan viral, jagung cheese viral. Lokasi pulak dekat area Meru, kampung nad. Memang nad tau la dekat mana sebab dah kampung kan, tapi masalahnya sekarang nad ada dekat KL, jadi nak balik tu tak tau bila. Sudahnya kita tengok jela orang post dan rasa. Kita tunggu dulu, kot-kot ada muncul dekat area kawasan kita ni kan..heehhe. Tengok orang sanggup beratur nak rasa. Biasalah, kalau dah viral, orang lain pun rasa. 

Chesse, siapa tak suka cheese, nad pun suka, tapi cheese yang dicairkan bila makan tu cheese tu panjang. Yang jagung cheese viral ni, cheese parut yang diletak banyak sebagai topping dekat jagung tu. Jadi nak tau macam mana rasa bila tambah cheese parut ni dengan jagung tu. 



Jagung Cheese Viral


Sebenarnya makanan jagung rebus ni makanan dah lama, selalu juga nad beli, sebab sedap. Kalau sebelum ni jagung rebus, marjerin dan garam. Lepas tu tambah susu. Memang sedap makanan macam ni. Lepas tu nad pernah buat sendiri resepi jagung susu cheese. Ni resepi yang viral juga. Yang ni cheese dicairkan memang sedapla, creamy gitu.


Tiba-tiba, viral ni pulak, jagung cheese. Bila dekat Meru, memang tak dapat la nak rasa. Lepas tu, ramai pulak yang buka kedai jagung cheese ni area KL. Makanan mudah buat, takda susah mana pun. Sebab tu ramai yang buka kedai jagung cheese ni. Lagipun tengah viral kan, masa ni la jagung ni laku.


Ada pulak satu kedai jagung cheese ni dekat dengan rumah. Katanya guna jagung fresh, bukan jagung beku atau dalam tin tu. Lokasi depan Petronas Pandan Jaya, tepi jalan. Hah tengokla gambar nad letak tu. Jual atas motor je, tepi jalan.

Buka tak tentu, kalau nasib masa lalu nampak diaorang jual, korang memang bertuah la, kalau takda tu tak la. Masa nak lalu tu, ada pulak dia jual, hah terus suruh mr mafia berhenti. Sebab nak beli dan rasa. Memang hari bertuah nad la masa tu. Tak ramai pulak orang, lagila syok membeli. Asyik tengok orang cuba, kita pun nak cuba walaupun dah terlambat.


Nad beli Jagung cheese dengan jagung susu. Yela, takut tak kene tekak, adala jagung susu buat tekak kita sedap..hahahha. Harga Jagung Cheese RM7, Jagung susu RM5 dan harga Jagung biasa RM4. 

Tengok harga kira murahla berbanding jagung dekat dalam mall. Yela dalam mall nak kene bayar sewa lagi kan..heehe. Ni dekat tepi jalan je. Lepas tu cup penuh dan besar, memang puas hati la.


Nah, ini la dia, penuh cheese parut atas tu dia letak. Fikir macam mana la nak makan ni. Kang kacau tertumpah pulak.

Last-last nad terpaksa makan cheese tu dulu..hahahha. Kalau nak rasa dengan jagung kenela tunggu dia cair ke bawah. Tapi macam lambat je..haha. Nad ambik dari tepi sebab nak rasa jagung dengan cheese parut tu.

Ermmmmmmmmmmmm...............

Rasa macam aneh, pelik ya..hahahha.arut makan begitu sahaja dengan jagung, memang tak kena dengan tekak nad..hehehe. Walau dah dicampur dengan jagung dan susu dia pun pelik. 

Ermmmmmm...........

Takpa la, sekurangnyaa dah rasa kan..hehehehe.

Lepas ni kekal jela makan jagung susu..hahahhaa..Lagi sedap. Atau resepi jagung cheese yang nad buat tu. kihkihkih.

Tu tekak nad, orang lain mungkin ok je. Nak rasa tak salah pun, silakan...heehe.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Have not tried this before. In fact, I have not seen this before. Would love to try it one day.

    ReplyDelete
  2. ada cheese tak pernah nampak lg org jual kat area rumah kita nie

    ReplyDelete
  3. wow looks so good! This restaurant is very trendy, modern and comfortable.It makes me find the memory that we went to jagung cheese leleh shah alam jagung cheese leleh shah alam

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2