hai assalammualaikum
McDonald's Ice Blended Green Tea Dan Green Tea McFlurry - Benda dah lama, baru nak story dalam blog, begitula yang bernama Nadia ni, hehehe. Almaklumla banyak sangat benda nak buat, termasuk persekolahan anak ni. Takpa, sekarang dah tak sibuk, kita kongsi juga menu McDonald's Green Tea ni.
Ramai post dekat media sosial McDonald's Ice Blended Green Tea ni. Ramai yang kata McDonald's Ice Blended Green Tea ni sedap. Sejujurnya, nad memang suka minum green tea. Paling sedap nad minum air Starbucks..Masuk situ mesti order Green Tea. Bila Mekdi keluarkan menu Green Tea, harusla kita cuba kan. Bukan setakat McCafe Ice Blended Green Tea je kita beli, dengan Green Tea McFlurry kita dapatkan.
McDonald's Ice Blended Green Tea Dan Green Tea McFlurry
Beli ikut kaunter je senang. Nad beli pun bukan time viral, time dah habis viral, jadi McD Ice Blended Green Tea dan aiskrim Green Tea McFlurry ni memang ada. Ada nad baca haritu sampai habis hah, orang nak beli takda. Risau juga kan, masa nad tiba-tiba takda, tapi mujur ada.
McDonald's keluarkan 3 variasi, Ice Blended Green Tea, Green Tea Latte dan Green Tea McFlurry. Harga untuk Ice Blended Green Tea RM8.49, dan Green Tea McFlurry RM5.65 . Untuk Green Tea Latte, tak pasti berapa sebab nad tak beli. Oh lupa nad cakap,harga ni nad dapat sebab nad beli dalam set.
Ice Blended ni mestilah campuran green tea,air dan ais yang dikisar. Lepastu ada whipped cream atas dia. Sebelum cair, memang lepas beli terus je minum..hahaa. Sebelum berebut dengan anak-anak.
Memang sedap seperti yang orang katakan. Tak terlalu manis, dan memang layan minum waktu panas macam ni. Satu lagi, memang McDonalds punya Ice Blended Green Tea lagi sedap dari Starbucks..huhuhu. Masalah satu je, straw dia bagi kecik ya.
Memang sekejap jela habis, minuman kegemaran kan..ehhee. Lepas ni boleh rasa pulak Green Tea Latte.
Untuk aiskrim Green Tea McFlurry pulak, cuma tambah serbuk green tea je atas aiskrim tu. Aiskrim seperti biasa perisa vanila. Nad memang suka makan McFlurry Oreo, saja try Green tea McFlurry ni. Sekali tengok, serbuk green tea je lebih, hahaha. Rasa pahit tau, walaupun dah campur dengan aiskrim macam pelik je rasanya..hahaa. Sampai anak kita pun tak suka. Nak tak nak kita yang kena habiskan..hahaha. Takpa, kita mencuba menu baru kan..hehee. Dah cuba okla..
Nad pun ada beli juga Burger Double Spicy McCrispy Chic, jap lagi kita review ok.
Add your comment