hai assalammualaikum

Panasonic Lancarkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut & Basmi Bakteria yang dinanti-nantikan Seluruh Rakyat Malaysia - Rumah ni kalau boleh, setiap hari kita nak bersihkan, yela, banyak habuk dan kekotoran yang ada terutama sekali rambut dan bulu binatang. Lagi sekarang, kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah, situasi jadi lebih mencabar bila ada anak kecil dan juga haiwan peliharaan untuk memastikan ruang kediaman kekal bersih. 

Kalau guna penyapu sahaja, takkan bantu bersihkan sepenuhnya, sebab itu perlu adanya vakum di rumah untuk membersihkan rumah, menyedut habuk-habuk, terutama sekali habuk halus yang sukar nampak dan boleh menyedut rambut serta bulu binatang tanpa tersangkut. 



1. Ms. Mari Takeda, Department Head, AVC/Laundry & Living System, Panasonic Malaysia
2. Mr. Keisuke Nishida, Deputy Managing Director of Panasonic Malaysia
3. Mr Fumiaki Tanaka Director, Consumer Product Marketing & Customer Service Panasonic Malaysia
4. Mr Jonathan Ang, General Manager of Appliances Product Marketing & Customer Service, Panasonic Malaysia 

Panasonic Lancarkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut & Basmi Bakteria 


Memahami masalah ini, Panasonic telah mengeluarkan produk baharu Tangle-Free Hair Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-SB85) (Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kekusutan Rambut), yang dapat membantu mereka membersihkan helaian rambut dan habuk daripada lantai dan permaidani. 



Ciri-ciri Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut & Basmi Bakteria 
- Muncung kuasa baharu memastikan bebas kusut helaian rambut yang disedut
- Muncung disalut plat ion meneutralkan bakteria untuk meningkatkan tahap kebersihan
- Sensor habuk rumah unik mengesan habuk dan melaraskan tahap sedutan secara automatik
- Sistem penapis antisumbat pengadang tahan karat untuk memudahkan penyenggaraan

“Kanak-kanak dan haiwan peliharaan pasti menceriakan mana-mana rumah tangga, tetapi ibu bapa sentiasa bimbang sama ada persekitaran cukup bersih dan selamat untuk mereka yang tersayang. Di Panasonic, kami memahami kerisauan ibu bapa yang sentiasa mahu memberikan perlindungan terbaik kepada keluarga mereka, sebab itulah kami telah mereka cipta alat yang bukan sahaja menjamin kebersihan, tetapi juga menjadikan proses pembersihan begitu mudah. Ibu bapa pasti tidak keberatan untuk melakukan kerja pembersihan apabila melihat betapa cekap dan menyenangkan rangkaian produk pembersih vakum kami,” kata Keisuke Nishida, Timbalan Pengarah Urusan, Panasonic Malaysia.    

Selalu paling susah nak bersihkan rumah ialah bila ada rambut di lantai. Bukan sahaja di lantai, malah permaidani, sofa, yela kadang tak sedar bila rambut gugur. Tengok-tengok kat lantai dah banyak. Kadang ada vakum yang bila kita sedut rambut, rambut tu akan tersekat dekat kepala pembersih vakum dan menyebabkan penapis tersumbat, sehingga menjejaskan kuasa penyedutan. 



Memang tak best ye, kita nak cepat jadi lambat pulak kerja mengemas. Tu baru rambut diri sendiri, belum campur dengan bulu-bulu haiwan peliharaan lagi. Fuh!!, bikin panas je. Tapi dengan Tangle-Free Hair Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-SB85) (Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kekusutan Rambut) korang tak perlu risau lagi bab tu. 

Ni antara ciri-ciri Tangle-Free Hair Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-SB85) (Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kekusutan Rambut)

Muncung kuasa baharu memastikan bebas kusut helaian rambut yang disedut

Untuk menangani masalah tersebut, Panasonic telah membangunkan teknologi baharu, dalam berus berbentuk kon, untuk mengumpul dan memindahkan rambut ke bahagian tengah kepala vakum yang lebih nipis sebelum rambut disedut masuk sepenuhnya. Selalu kita nampak kepala vakum ni semua bentuk lurus je kan, tapi yang ni unik sikit, ia berbentuk kon.



Muncung kuasa bebas kekusutan satu ciri eksklusif bagi jenama dan membantu pengguna menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga apabila membersihkan muncungnya.

Ia juga disalut dengan plat ion yang turut melakukan kerja tambahan membasmi bakteria daripada lantai. Ciri ini berguna untuk membersihkan bulu haiwan peliharaan yang bergerak bebas di dalam dan luar rumah kerana plat ion meneutralkan mikron yang dibawa dari luar rumah. 



Ibu bapa dengan anak kecil yang juga mempunyai haiwan peliharaan di rumah mendapat jaminan bahawa si manja boleh merangkak di atas permukaan lantai yang lebih bersih dengan hanya memvakum lantai.


Sensor habuk rumah unik mengesan habuk dan melaraskan tahap sedutan secara automatik
- Paling menarik dengan pembersih vakum pegang tanpa wayar baharu Panasonic, ia mempunyai sensor habuk rumah. Dimana ia akan memastikan ruang kediaman bebas habuk dengan sensor habuk rumah sedia terbina khas untuk mengesan dan melaraskan kuasa sedutan secara automatik berasaskan jumlah habuk yang dikesan. 



Nad suka dengan ciri ni, sebab kita boleh pastikan tempat tu dah bersih sepenuhnya melalui sensor pada vakum. Sensor akan berwarna merah apabila habuk rumah dikesan dan membersih secara menyeluruh dengan kuasa sedutan yang tinggi. Sensor akan bertukar warna biru apabila kawasan itu menjadi bersih dna kuasa dijimatkan untuk elakkan pembaziran tenaga.


Sistem penapis antisumbat pengadang tahan karat untuk memudahkan penyenggaraan
Penggunaan tenaga yang cekap in melanjutkan masa pengendalian pembersih vakum dan mengurangkan bunyi ke paras yang boleh diterima jika kuasa sedutan lebih tinggi tidak diperlukan.



Selepas menyedut, habuk dan kotoran mengalir ke dalam sistem penapis antisumbat pengadang tanpa karat, dan diperangkap untuk memudahkan pembersihan selepas itu.



Kuasa sedutan yang kuat dan bertahan 85 minit
Mungkin korang risau bab bateri, takut kene cas je kan. Hah! jagan risau, dari segi kuasa, pembersih vakum ini menggunakan kuasa sedutan 150W yang mampu bertahan sehingga 85 minit, memberikan cukup masa untuk pengguna membersihkan seisi rumah. 

Tidak perlu lagi melaraskan tahap kuasa hanya untuk melihat pembersih vakum tanpa wayar kehabisan bateri dan mengganggu kerja pembersihan.

Dari sudut penyenggaraan pula, pembersih vakum pegang tanpa wayar bebas kekusutan MC-SB85 baharu direka bentuk untuk menyenangkan kerja membersih tanpa masalah.

Buang sampah yang terkumpul di vakum dengan mudah
Nak buang habuk yang dah banyak terkumpul ke tong sampah pun senang, hanya menekan satu butang, dan akan terbuka sendiri tanpa perlu mengotorkan tangan. 

Kotak habuk boleh dicuci sepenuhnya tanpa perlu bimbang tentang hama habuk yang berterbangan. Ciri ini berguna terutamanya bagi ibu bapa yang perlu menguruskan pelbagai kerja rumah. 

Sangat ringan dan mudah dikendalikan
Pembersih vakum seberat hanya 2.0kg ini adalah ringan, mudah dikendalikan dan boleh dipanjangkan untuk membersihkan tempat-tempat lebih tinggi. Reka bentuk minimalis dan bergaya alat ini sesuai diletakkan mana-mana bahagian dalam rumah apabila sedang digunakan atau apabila disimpan.


Pembersih vakum pegang tanpa wayar Panasonic juga disediakan dalam dua lagi pilihan dengan pelbagai ciri untuk memenuhi keperluan berbeza. Kalau tadi MC-SB85, dua lagi design ialah Model MC-SB30 dan MC-SBV01 .



Model MC-SB30 yang seberat 1.6kg, ialah versi ringan yang berfungsi dengan sangat baik dalam ruang yang tinggi dan sempit, meringankan kerja membersihkan tangga dan di bawah perabot. 

Badan yang ringan ini menempatkan motor kompak kecekapan tinggi dan sistem pacuan yang membekalkan kuasa tinggi 100W, dan berus unik berbentuk V yang mengumpulkan habuk dengan cekap dan memindahkannya kepada saluran sedutan pusat di dalamnya untuk pembersihan yang rapi. 

Dengan dua jenis hujung bulu, berus ini melenyapkan zarah habuk halus dari lantai, permaidani dan permukaan lain. 




Manakala model MC-SBV01 pula adalah untuk kegunaan lebih berat dengan kapasiti besar 0.6 liter dan kuasa 20W untuk pembersihan lebih menyeluruh. Muncung kuasanya dipacu sendiri untuk pembersihan lebih pantas dan dengan lampu LED yang dipasang untuk membantu pengguna menyedut setiap zarah habuk di ruang yang sukar dilihat. 

Pembersih vakum tanpa wayar seringan 2.3kg ini mengagihkan 1.5kg berat daripada unit utama ke bahagian pemegang untuk mewujudkan pusat graviti lebih tinggi  –  ini melanjutkan ciri serba guna pembersih vakum supaya boleh dipakai dari lantai ke siling. 


Kedua-dua model MC-SBV01 dan MC-SB30 dilengkapi dengan sensor habuk rumah, sistem penapis antisumbat dan ciri-ciri pembersihan mudah.

Banyak jenis vakum tanpa wayar ni, memang bagus, boleh ke sana ke sini tanpa perlu fikir wayar yang panjang tapi ada vakum cordless ni yang bila sedut rambut atau bulu binatang akan tersangkut dekat muncung dia tu. Kalau pakai Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kekusutan Panasonic ni, semua masalah tu tiada.

Korang yang tengah mencari vakum, boleh dapatkan vakum Panasonic ini di kedai-kedai wakil penjual sah di seluruh negara dan juga gedung dalam talian Panasonic, pembersih vakum pegang tanpa wayar bebas kekusutan MC-SB85 dijual pada harga runcit RM2,799. MC-SB30 boleh didapati pada harga runcit RM1,199 dan MC-SBV01 pula dijual pada harga RM699

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Panasonic Malaysia.

Kategori Pembersih Vakum Utama: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaner.html

SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Panasonic is really a famous brand when it comes to household appliances. So I am sure this new vacuum of theirs will be selling hot cakes.

    ReplyDelete
  2. Sebagai pemilik dua kucing yang manjah, Rawlins macam rasa kena beli gak nie. Senang nak uruskan bulus-bulus diorang yang ada merata nie.

    ReplyDelete
  3. Wow... canggih juga nampak Panasonic punya new vacuum cleaner nie ek. Boley lawan Dyson. Hehehe. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. sangat praktikal dan memudahkan kerja di rumah.. suka dengan teknologi yang diperkenalkan...snak dapatkan satu la..

    ReplyDelete
  5. Dok berangan kot ada rezeki nak dapatkan seketul Panasonic gini. Memudahkan tugasan seharian, rumah pun bersih terutama part rambut tuu.. tertarik!

    ReplyDelete
  6. Menarik, tapi saya saya dah ada codeless vacumm ni, kalau rosak maybe blh consider brang panasonic.

    ReplyDelete
  7. Haritu ada terbaca tentang details vacuum Panasonic yang terbaru ni. Dok fikir-fikir macam nak kena dapatkan juga sebab jenuh dok membersihkan bulu kucing dan rambut yang dok gugur je nih. Paling minat tang baterinya bertahan sehingga 85 minit tu. Lama juga kan!

    ReplyDelete
  8. Senangkan guna cordless vacuum sekarang, more flexible for us to move around and reach out the corner yang unreachable before this.. boleh consider this since i memang look for a new vacuum now..

    ReplyDelete
  9. Suka akak tengok vakum ni sebab dia tiada wayar dan warna putih. Memang so my taste. Hehehehe.

    ReplyDelete
  10. I memang suka product Panasonic, menang quality dan tahan lama. This cordless vacumm is so convenient.

    ReplyDelete
  11. Jenama Panasonic ni dah lama terkenal skrg dah ada plk Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar, lg mudah bersih kan rumah

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2