Nasi Ayam Kicap ( N.A.K) Sambal Hijau, Menu Ringkas Tapi Sedap
Ditambah pula pembabitan diri dalam bidang perniagaan tanpa ilmu dan selok-belok yang secukupnya, ia pasti menyukarkan lagi keadaan. Begitupun, ia tidak mematahkan semangat mereka berdua apabila memilih untuk berniaga Nasi Ayam Kicap walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19.
Menurut Zainol, pembabitannya bersama Haikal dalam bidang perniagaan memberikan satu lagi perspektif baharu buat mereka berdua untuk terus memajukan diri selain menjadikan ia sebagai jaminan masa depan.
Justeru, menu ringkas pilihan ramai, Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau menjadi taruhan mereka untuk disajikan kepada semua terutama di bulan Ramadan ini.
Tambah Zainol, Nasi Ayam Kicap dilahirkan daripada cetusan ideanya apabila melihat menu tersebut antara masakan rumah pilihan ramai dan mudah dimasak.
“Nasi Ayam Kicap yang kami hasilkan boleh dikatakan telah diberikan penambahbaikan dalam resipi seperti penggunaan rempah ratus.
“Selain itu kami turut menghasilkan masakan ini dengan bahan-bahan segar yang dibeli setiap hari terutamanya ayam.
“Jadi tiada apa yang lebih menggembirakan saya dan Haikal untuk memulakan perniagaan ini yang pastinya memberi cabaran baharu dan sedia bersaing dengan masakan-masakan tempatan yang lain,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya yang terletak di Masok foodcourt, 49, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Membuat kajian corak dan pemilihan menu masakan orang ramai terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan, kedua-dua sahabat ini ingin popularkan masakan tersebut kembali.
Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan sedia ada, kini mereka dalam perancangan menyenaraikan menu tersebut di dalam perkhidmatan penghantaran Grabfood dan foodpanda.
Senang bila ada dekat Grabfood dan Foodpanda, boleh buat pesanan secara online. Yela, kadang tak sempat nak pergi kedai, jadi dihujung jari je order Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau.
Instagram: https://www.instagram.com/nak_nasiayamkicap/
Allahu, Nampak berselera lah nasi ayam kicap dia. saya pun suka ayam kicap makan dengan sambal baru perghhh
ReplyDelete