hai assalammualaikum
Optom Bangi, Pakar Pemeriksaan Mata Profesional Di Bangi - Korang pernah tak pergi buat pemeriksaan mata? Pentingnya jaga mata ni supaya dapat mencegah kerosakan dan kehilangan penglihatan. Pemeriksaan awal mata dapat membantu kita untuk mengesan jika mata kita mempunyai masalah atau tidak, terutama sekali bagi kanak-kanak, supaya dapat dirawat lebih awal. Salah satu tempat pakar pemeriksaan mata yang menyediakan khidmat penjagaan awal mata secara profesional ialah di Optom Bangi.
Optom Eyecare Bangi, Pusat Optometri dan pakar cermin mata, menyediakan khidmat penjagaan awal mata secara profesional dengan kelengkapan berteknologi tinggi dan sesuai untuk semua peringkat usia.
Tidak seperti kedai cermin mata lain yang hanya membuat pemeriksaan silau dan power kanta sahaja, di Optom menyediakan khidmat penjagaan awal mata dengan membuat pemeriksaan secara menyeluruh oleh optometry profesional yang pakar dalam pemeriksaan dan penjagaan mata.
Optom Bangi, Pusat Pemeriksaan Mata Dan Khidmat Penjagaan Awal Mata Secara Profesional
Nad tau berkenaan Optom Eyecare Bangi ni pun dari kawan-kawan yang pernah pergi dan buat pemeriksaan mata di sana. Baca dari pengalaman mereka, Nad tertarik dengan khidmat pemeriksaan mata yang dibuat oleh mereka, sangat teliti dan profesional. Bukan rawatan biasa, tapi pemeriksaan mata luaran dan dalaman sehingga ke saraf mata.
Apa yang nad baca, melalui pemeriksaan mata ini juga boleh detect apa jenis penyakit yang kita hadapi. Betapa canggihnya alat yang digunakan.
Optom Eyecare Bangi akan mengeluarkan surat untuk kita refer pihak klinik/hospital agar dapat membantu kita mendapat rawatan lebih lanjut. Sebab tu pentingnya buat pemeriksaan mata, jangan fikir mata kita ni sihat 100%.
Optom Eyecare Bangi bukanlah sekadar tempat pemeriksaan mata biasa, malah pelbagai lagi perkhidmatan ditawarkan untuk mengetahui keadaan kesihatan mata kita.
Antara servis yang ditawarkan Optom Bangi
1) Klinik Optometri Primer
- Pembiasan
- Anterior dan Posterior
- Pemeriksaan mata
2) Penglihatan Binokular
-Juling mata
3) Optometri Pediatrik
- Penglihatan Kanak-kanak
4) Opthalmic Dispensing
- Kanta Lekap
- Prescription Glasses
- Sunglasses
Optom Bangi mempunyai kredibiliti yang tinggi serta cekap mngendali kes kerabunan sistem fokus otot mata dan sistem jajaran penglihatan mata. Optom Eyecare dilengkapi dengan kemudahan terbaik bagi membantu mengembalikan fungsi asal dan keselesaan penglihatan mata untuk kehidupan seharian yang lebih baik dalam menjalani sebarang aktiviti.
Optom Eyecare Bangi bertanggungjawab dan konsisten dalam menyampaikan maklumat, supaya masyarakat peka tentang penjagaan mata dan mengubah kesedaran orang ramai ke arah memahami kepentingan kesihatan mata dan sistem penglihatan.
Selain itu, mereka menyediakan khidmat pemeriksaan mata yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak hingag dewasa.
Pengendalian yang dilakukan Optom Eyecare Bangi sangat profesional, berstruktur dan bersistematik apabila menguruskan sesuatu kes yang melibatkan kepakaran optometrics bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk sesuatu rawatan.
Dari pemeriksaan ni la pakar akan beri rawatan mata dan penyelesaian dalam penjagaan mata.
Rata-rata pelanggan yang pergi berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh pihak Optom Eyecare sendiri. Ini kerana, Optom Eyecare Bangi menerapkan sifat yang mesra kepada pelanggan mereka.
Di Optom, kepuasan para pelanggan menjadi keutamaan dan sentiasa mengamalkan perkhidmatan pelanggan yang baik serta menyediakan ruang pemeriksaan mata dan ruang menunggu yang kondusif dan mesra pelanggan.
Pemeriksaan mata yang dilakukan di Optom Eyecare Bangi bukanlah pemeriksaan biasa tapi pemeriksaan secara klinikal dan menyeluruh, pemeriksaan kesihatan mata luaran dan dalaman, jadi pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan dan juga rawatan bersesuai untuk mata mereka masing - masing di sini.
Selain itu, menarik di Optom Eyecare Bangi, pelanggan boleh membuat cermin mata, custome made cermin mata ikut bentuk mata dan sesuai dengan wajah. Ia dipanggil cermin mata 'bespoke'. Kualiti cermin mata di sini pun sangat berbaloi dengan harga.
Kalau korang nak buat pemeriksaan mata, mempunyai masalah mata, nad syorkan korang pergi ke Optom Eyecare Bangi. Lepas raya ni pun nad nak ke sana, untuk cek mata nad ni. Sekarang nad tau , nad ada masalah silau je, jadi nad nak cek secara terperinci mata nad ni.
OPTOM EYECARE BANGI
No 37, Jalan 8/1, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
011-1147 9093
Untuk tau lebih lanjut bekenaan perkhidmatan penjagaan mata di Optom Eyecare Bangi, boleh layari:
Website: https://optom.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/optombangi
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Add your comment