Aku belajar makan nasi kerabu pun masa belajar kolej. Yela kawan dengan pelbagai negeri, macam-macam makanan la aku belajar. Ingat lagi pertama kali makan, pelik sebab kuah sikit, pastu cuma sayur, ikan goreng (masa tu tak tau boleh makan dengan ayam), ada sambal sikit.
Tapi lama-lama makan, dah boleh terima. Tapi aku takda la ketagih sangat, cuma bila nak je aku baru pergi beli.
Ramadan 21 : Nasi Kerabu Yang Diidamkan
Nasi Kerabu ni makanan orang Kelantan. Kalau nak banyak dengan harga murah boleh la ke sana. Kalau dekat KL ni, tak samalah macam kat Kelantan, harga pun boleh tahan.
Aku tak tau rasa sebenarnya sedap nasi kerabu tu macam mana, aku tau dia nasi warna biru, ada ulaman, kelapa sikit sambal, keropok. Paling sedap kalau ada solok lada, tu pun aku belajar makan dekat kolej.
Kadang ada aku pernah makan yang sambal dia kureng sikit. Tapi satu tempat ni dekat dengan rumah aku restoran makanan ada jual macam-macam makanan termasuk nasi kerabu. Pernah aku beli pertama kali not bad rasanya sedap, lepas tu, kalau nak cari nasi kerabu, ke situ la aku pergi. Aduh aku lupa nak ambil gambar kedai dia.
Puas hati la nasi kerabu dekat sini. Bagi aku kalau aku gaul semua dengan nasi memnag ngam rasa dia. Sambal dia pun sedap, rasa pedas. Ikan goreng rangup elok masak. Semua sedapla. Harga satu aku tak tanya pulak, tapi haritu aku beli Nasi Kerabu campur ikan dengan Nasi Kerabu campur ayam, dua ni harga RM25.
Bila waktu berbuka, makan terus nasi kerabu. Memang layan, sedap..hehee. Dia bila dah teringin, masuk mulut rasa nikmatnyaaaaa... Hehehehe.. Tapi memang sedap pun nasi kerabu kat kedai ni.
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
Suka juga nasi kerabu tapi suka makan solok lada dia dengan telur masin. lah lapar pula
ReplyDeletemmg sedap nasi kerabub camni., nyum2
ReplyDelete