hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke 11,Telur Ikan Masak Kari - Dah masuk ke 11 kita berpuasa di Bulan Ramadan. Alhamdulillah, masih lagi bertenaga dan dapat mengerjakan ibadah puasa dengan baik. Menu setiap hari bila buka peti ais je baru dapat idea..hahaha. Masak jela apa yang ada.

Disebabkan haritu, mr mafia beli telur ikan dekat pasar, jadi kita tanyala dia, nak masak apa telur ni? Mr mafia suruh masak kari. Maka terhasilla telur ikan masak kari.

Resepi Menu Berbuka Puasa ke 11, Telur Ikan Masak Kari

Tanya mr mafia, ni telur ikan apa? Mr mafia jawab telur ikan tongkol. Banyak pulak tu dia beli. Selalu kalau telur ikan suka goreng je, tapi kita buat masak kari pulak. Jom tengok cara nad buat



Telur Ikan Masak Kari
- Telur ikan
- 1  biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- seinci halia
- 2 sudu besar serbuk kari ikan
- 1 kulit kayu manis
- 1 bunga lawang
- Santan
- Air
- Garam 
- Gula

Cara memasaknya
- Blend bawang merah, bawang putih, halia. Kemudian tumiskan bahan blend bersama bunga lawang, dan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau. 
- Serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air, dimasukkan ke dalam bahan tumisan dan kacau. 
- Masukkan air, agak-agak dalam suku macam tu. 
- Bila dah mendidih, masukkan telur ikan dan kacau. Dibiarkan sebentar. 
- Selepas itu, masukkan santan, garam dan gula. Dibiarkan sehingga masak. 

Siap, telur ikan masak kari. 
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Telur ikan memang selalu orang goreng je kann. Saya tak makan telur ikan. Kari tu nampak menyelerakannn

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2