hai assalamualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Kelima, Ayam Blackpepper Dan Taugeh Masak Lemak Putih - Dah masuk hari kelima kita berpuasa, syukur alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah beri. Masih lagi memasak di rumah untuk keluarga tercinta..gituu. Hari-hari duk fikir menu apa, bila ada dalam fikiran terus buat, takda tukar-tukar. Hehehe.

Untuk hari kelima kita berpuasa, nad masak ayam blackpepper dan taugeh masak lemak untuk menu berbuka puasa. Macam taugeh, mr mafia memang suka masak lemak, jadi, kenala ikut citarasa suami.

Resepi Menu Berbuka Puasa Kelima, Ayam Blackpepper Dan Taugeh Masak Lemak Putih


Ok ni resepi nad kongsikan untuk ayam blackpepper dan taugeh masak lemak putih. 



Ayam Blackpepper
- Ayam 5 ketul ( sebab nad family kecil) 
- Blackpepper biji ditumbuk halus menjadi serbuk
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos kicap manis
- Garam 
- 1 biji bawang besar merah
- 2 ulas bawang putih
- Seinci halia
- 1 cili api besar merah
- 1 cili api besar hijau
- 1 sudu besar tepung jagung
- Air sedikit

Cara membuatnya
- Gaul ayam dengan blackpepper, sos tiram, kicap manis dan garam sedikit. Gaul bagi rata dan perapkan dalam 15 minit. 
- Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia. 
- Goreng ayam yang sudah disalut tadi dengan goreng separuh masak. Sos lebihan dalam mangkuk ayam jangan dibuang. Nanti nak buat kuah. 
- Ayam dah goreng separuh masak, ketepikan dan letak dipinggan
- Buangkan sedikit minyak ayam goreng tadi, kita nak guna minyak sedikit sahaja untuk tumis. 
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
- Masukkan sedikit garam. 
- Dah naik bau, masukkan ayam goreng tadi ke dalam kuali. 
- Gaul bagi sama rata. 
- Sos lebihan dalam mangkuk ayam, masukkan sedikit air dan kacau, kemudian tuang dalam kuali. Jadila kuah sikit. Gaul bagi rata. 
- Masukkan tepung jagung yang dibancuh air ke dalam kuali dan gaul bagi rata. Bancuhan tepung jagung ni untuk memekatkan kuah. 
- Akhir sekali masukkan cili besar merah dan hijau bagi nampak warna sedikit. Dan gaul
-Siap, dah boleh dihidangkan. 



Taugeh Masak Lemak Putih
- Taugeh
- Tauhu
- 1 biji Bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit udang kering
- Santan
- Garam
- 1 biji cili merah besar

Cara memasaknya
- Hiris bawang merah dan bawang putih dan tumiskan. Tumis sekali udang kering yang sudah dibasuh. 
- Bila tumisan dan naik bau, masukkan santan dan air kemudian kacau. 
- Bila air dah mendidih, masukkan taugeh dan tauhu. 
- Masukkan garam dan cili besar merah. Gaul sekata. 
- Dah masak, boleh dihidangkan. 

Selamat berbuka puasa. 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2