Resepi Menu Berbuka Puasa Pertama - Alhamdulillah, selesai untuk Bulan ramadan yang pertama kita. Harini masuk hari kedua pulak kita berpuasa. Semoga puasa kita dapat dilaksanakan sehingga 30 hari. Hah, macam baisa nak kongsi resepu menu berbuka puasa nad sepanjang bulan Ramadan ni, hehehe. Puasa pertama nad berbuka bersama keluarga. Meriah la bila berkumpul, makanan pun kenala lebih sikit dalam 3 lauk macam tu.
Antara menu berbuka puasa kitaorang ialah Ayam Sambal, sotong masak tumis dan sayur campur masak lemak. Ya, tengok lauk biasa je, tapi nak kongsi juga..hehee.
Resepi Menu Berbuka Puasa Pertama
Jom tengok resepi menu -menu ini
Ayam Sambal
Bahan Sambal
- Bawang besar 1 biji
- Bawang kecik 4 ulas
- Cili kering 1 genggam ( direbus dahulu )
- Ikan bilis
- Belacan
-Ayam seekor
- Bawang besar ( Dihiris )
- Asam keping
- Sos Tiram 2 sudu
- Sos cili 2 Sudu
- Sos Tomato 2 Sudu
- Air
- Garam
- Gula
Cara membuatnya
- Bahan sambal diblend sehingga hancur
- Tumis bahan sambal sehingga pecah minyak
- Masukkan asam keping, sos tiram, sos cili dan sos tomato, kemudian gaul sekata.
- Masukkan ayam dan gaul sama rata
- Masukkan air separuh kuali, kemudian biarkan sebentar.
- Dah mendidih, masukkan garam dan gula
- Biarkan sehingga masak.
- Kemudian taburkan bawang besar dan gaul. Dah siap, boleh dihidang.
Sotong Masak Tumis
- Sotong 5 ekor ( dipotong kecik-kecik)
- Bawang besar separuh ( dihiris )
- Bawang putih 4 ulas ( dihiris )
- Cili padi 5 biji ( dipotong kecil-kecil)
- Kiub ikan bilis
- Garam
- Gula
Cara memasaknya
- Bahan di atas nak blend pun boleh, taknak blend pun boleh. Macam and tak blend. Jadi tumis terus bahan yang dihiris iaitu bawang besar, bawang putih , cili padi dan kiub ikan bilis dalam kuali yang panas
- Dah naik bau, masukkan sotong dan gaul sama rata.
- Tak perlu isi air, sebab sotong dah keluarkan air. Melainkan takda air, boleh la isi air sedikit.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masak sotong tak boleh lama, kena sekejap sahaja.
- Dah siap, boleh dihidangkan
Sayur Campur Masak Lemak
- Sayur kobis
- Sayur lobak
- Sayur cendawan
- Bawang besar separuh
- Bawang putih
- Kiub ikan bilis
- Cili besar
- Santan
- Garam
- Gula
Cara membuatnya
- Tumis bawang besar, bawang putih, cili besar dan kiub ikan bilis
- Kemudin masukkan santan dan air sedikit
- Dah mendidih, masukkan sayur lobak dan kobis, sebab dua sayur ni keras, jadi masukkan awal.
- Kemudian masukkan cendawan, garam dan gula
- Gaul bagi sekata
- Dah nampak masak boleh hidang
Hah ni la 3 menu nad sediakan untuk Ramadan yang pertama. Nanti nad share lagi menu ya.
Selamat berpuasa Nad. Meriah lauk..
ReplyDelete