hai assalammualaikum

Sejak jadi ibu ni, baru nak paham, bukan senang nak membesarkan anak, banyak cabarannya. Cabarannya lagi besar apabila melihat perkembangan anak-anak dalam fasa membesar waktu anak-anak, dimana mereka cenderung untuk melakukan dan belajar sesuatu. Setiap anak ni mempunyai perangai lain-lain, jadi memang setiap ibu bapa perlu mengharungi setiap cabaran berlainan dalam membesarkan anak-anak. 

Macam nad, pengalaman membesarkan anak pertama sangat mudah tapi untuk anak kedua berlainan sedikit. Farhanah tidak seperti kakaknya Fariza. Fariza cepat mengenal huruf, cepat faham dan cepat buat sesuatu, tapi Farhanah masih lambat belajar daripada kanak-kanak lain seusianya. 
hai assalammualaikum

Kempen Inisiatif Bajet 2022 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda',  Bantu Tingkatkan Jualan Produk PMKS Halal - Industri makanan halal merupakan industri yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan bukan sahaja di Malaysia malah ke peringkat global. Disebabkan pandemik, banyak pengusaha produk halal terjejas sehingga tidak dapat mengekalkan perniagaan mereka. Namun begitu, pandemik ini juga menyedarkan tentang kepentingan pendigitalan dan strategi pemasaran yang tepat untuk pastikan produk halal yang dihasilkan kekal berdaya saing di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. 

Jadi bagi membangunkan industri halal, pelbagai program dan inisitaif dijalankan untuk membantu industri halal khusunya perusahaan Mikro Kecil Dan Sederhana ( PMKS ) untuk bangkit kembali. Banyak produk halal Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ) sekarang. Pada nad, produk IKS ni pun bagus dan mampu bersaing dengan produk yang berjenama. 
hai assalammualaikum

Miaow Miaow Keluarkan Perisa Baharu ' Lebih Berapi ' dan Pastinya Sedap - Yeah!!, snack kegemaran nad, Miaow Miaow keluarkan perisa baharu, kini ' Lebih Berapi ' dan pastinya sedap. Macam tau-tau je nad suka makanan pedas ni, mestila kena cuba perisa baharu dari Miaow Miaow ni. Miaow Miaow memperkenalkan empat pek perisa baharu yang menyelerakan di bawah siri Flame, yang merangkumi perisa Sambal Balado dan Keropok Udang Berperisa Kari BBQ, serta Keropok Udang dan Sotong Berperisa Pedas Korea.

Miaow Miaow makanan ringan yang boleh dinikmati oleh semua orang daripada pelbagai peringkat usia.  Miaow Miaow merupakan jenama keluarga dan pengasasnya adalah adik beradik Chink Poh Cheng dan Chuang Poh Lim. 
 hai assalammualaikum

Kisah Raya 2022, Raya Terkejut Yang Menjadi Kenangan - Perkara yang tidak dijangka pada tahun 2022, raya mengejut yang akan menjadi kenangan. Selama nad hidup, tak pernah terjadi kisah raya mengejut ni, tapi raya 2022 ni mnejadi sejarah dalam hidup. Selalunya raya n time je ikut kalendar tapi Raya 2022 kali ni, awal sehari dah raya daripada tarikh dekat kalendar. Satu rakyat Malaysia kena scam..hehee. Walaupun kene scam, raya tetap raya kan!!

Sepatutnya dalam kalender 3 Mei kita beraya, tapi anak bulan dah tunjukkan diri, maka, berayalah kita 2 Mei 2022. Nad memang dah rancang 1 Mei tu nak balik kampung terus, konon nak bersahur dan berpuasa sehari dekat kampung, sambil tolong mak masak, mengunjung, tapi sudahnya cerita jadi lain. Memang nad gerak 1 Mei malam tu, berbuka puasa di luar dan terus bergerak ke kampung. Lepas makan, masuk dalam keeta, dengar deat radio pengumuman raya. Terkejut oii bila diumukan esok raya. Mujurla malam tu memang nak balik kampung. 
 hai assalammualaikum

Cantik, Sihat Luar Dan Dalam Dengan BeauSiti, Produk Kesihatan Dato Sri Siti Nurhaliza - Setelah 2 tahun kita tak dapat beraya, alhamdulillah tahun ini, kita dapat beraya dengan penuh meriah dan pulang ke kampung halaman. Lagi meriah raya kali ni bila Nad dapat Gift Box Indah Rentas Raya BeauSiti dari Dato Sri Siti Nurhaliza. Sesuai sangat tema ' Indah Rentas Raya ' dengan raya kali ni. Teruja sangat tau nampak isi dalamnya. Raya ni kita cantik dan sihat dengan BeauSiti.

Siapa yang tak kenal dengan Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi yang dikenali dan diminati ramai. Memiliki suara yang merdu, wajah yang cantik dan penyayang. Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga dikenali sebagai Tokti, bukan sahaja berjaya dalam nyanyian, malah kini menjadi usahawan yang berjaya. Selain produk skincare dan makeup Simply Siti, Siti Nurhaliza memperkenalkan produk minuman kesihatan dari BeauSiti iaitu Beautessence, Beaunest dan Beaukids yang bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan bahkan juga kesihatan. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2