hai assalammualaikum

Sejak jadi ibu ni, baru nak paham, bukan senang nak membesarkan anak, banyak cabarannya. Cabarannya lagi besar apabila melihat perkembangan anak-anak dalam fasa membesar waktu anak-anak, dimana mereka cenderung untuk melakukan dan belajar sesuatu. Setiap anak ni mempunyai perangai lain-lain, jadi memang setiap ibu bapa perlu mengharungi setiap cabaran berlainan dalam membesarkan anak-anak. 

Macam nad, pengalaman membesarkan anak pertama sangat mudah tapi untuk anak kedua berlainan sedikit. Farhanah tidak seperti kakaknya Fariza. Fariza cepat mengenal huruf, cepat faham dan cepat buat sesuatu, tapi Farhanah masih lambat belajar daripada kanak-kanak lain seusianya. 



Nad perasan pun bila kakaknya cuba ajar dia, tapi dia lambat kenal huruf. Bila Farhanah bermain dengan kawan-kawan sebaya dekat kampung, kawan-kawan dia dah banyak bercakap dan lebih fasih dalam bertutur kata.


Satu lagi masalah Farhanah ni, dia tidak dapat beri tumpuan sepenuhnya kepada satu perkara selama lebih daripada 2 minit, dia selalu hilang perhatian kepada sesuatu perkara. Setiap kali waktu belajar, dapat fokus sekejap je, lepas tu nanti cakap 'penatla mommy' . Ibu mana yang tak risau bila anak kurang fokus dan lambat belajar. 

Setiap ibu bapa lain cara didikannya, ada  yang menggunakan pendekatan lembut ada yang menggunakan pendekatan tegas. Tidak kira apa cara didikan pun, kita mahu anak kita membesar dengan baik.

Banyak cara juga Nad buat untuk Farhanah fokus dan cepat belajar. Apa yang nad buat, bermain sambil belajar dengan Farhanah. Tapi tu la, dia pun kadang sekejap je nak bermain, lepas tu hilang fokus..hahaha.

Ibu mana yang tak risau tentang perkembangan anak mereka. Mula la cari apa yang menyebabkan anak kurang fokus dan lemah dalam pembelajaran. Nad dah ikut teknik cara belajar, tapi tak berhasil, kemudian nad tengok cara pemakanan. Kadang pemakanan yang tak betul pun boleh menyebabkan masalah perkembangan anak-anak. Bila fikir soal pemakanan, nad rasa dah bagi cara yang betul. Tapi rasa macam tak puas hati je, mula cari lagi. 

Nad ada baca yang kajian mengatakan terlebih gula dalam badan , boleh memudaratkan dan beri kesan sampingan pada tubuh badan. Antara kesan yang dibincangkan dalam golongan ibu di laman sosial ialah anak menjadi terlebih aktif atau hyperactive, dan susah tidur. Nad juga baca satu kajian yang dikongsi di laman web Anmum Essential bahawa pengambilan gula yang berlebihan mungkin menjejaskan perkembangan kognitif seperti ingatan dan pembelajaran. 

Gula bukan dekat makanan sahaja tapi gula juga ada di dalam susu rumusan kanak-kanak. Bab ni baru nad tau, nad tak pernah tengok pun kandungan gula pada susu rumusan kanak-kanak. Bila nad tngok susu Farhanah, ya, memang ada gula tambahan.

Kalau diikutkan, satu hari 3 atau 4 kali nad bagi Farhanah susu rumusan kanak-kanak, yela, kita fikir dengan susu la anak-anak dapat nutrisi. Lepas baca beberapa kajian tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan terhadap kanak-kanak, nad buat keputusan untuk sehabis baik elakkan beri gula tambahan dalma susu rumusan Farhanah.


Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan 

Banyak nad baca, kebanyakan ibu bapa memberi anak mereka susu Anmum Essential yang dirumus secara saintifik dengan nutrien-nutrien penting untuk menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak yang sedang membesar . Ibu bapa kena tahu peranan masing-masing untuk membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka dengan memberikan pemakanan yang baik dan stimulasi yang sesuai. Anmum Essential dirumus dengan MFGM, DHA, Gangliosida, prebiotik dan 15 nutrien penting seperti kalsium tinggi dan protein tinggi. Paling penting Anmum Essential merupakan satu-satunya jenama Tanpa Gula Tambahan.

Bila Nad cek sendiri, memang Anmum Essential la, satu-satunya susu rumusan kanak-kanak yang tiada gula tambahan. Sebelum Nad beli kotak besar, Nad cuba dulu dengan sample Anmum Essential, nak tengok anak serasi ke tak dengan susu Anmum Essential ni. Nad request dekat https://www.anmum.com/my/en/sample-request .

Sampai je sample Anmum Essential, terus nad bagi dekat Farhanah. Alhamdulillah Farhanah serasi je minum Anmum Essential ni. Dia cakap susu Anmum Essential ni sedap. Bila dah serasi, Nad pun dapatkan kotak besar Anmum Essential ni. 


Selalunya kalau beli susu rumusan kanak-kanak untuk anak, tengok juga isi kandungannya tapi tak perasan pula berkenaan gula tambahan ni. Dekat kotak Anmum Essential ni dah tulis dah 'Tanpa Gula Tambahan'. Bila pakai kanta ni, lagi boleh nampak, tiada gula tambahan dalam susu Anmum Essential ni. Lepas ni sediakan kanta ya kalau nak tengok..hehhe. 

Antara nama lain untuk gula tambahan yang korang kena tau dan tidak diberi kepada anak dengan kuantiti yang melebihi sukatan adalah seperti gula perang, pepejal sirap jagung, dekstrosa, fruktosa, glukosa, pepejal sirap glukosa, maltosa, amltodekstrin dan gula putih.


Farhanah pun gigih nak periksa, ada ke tak gula tambahan..hehehe.


Sejak minum Anmum Essential, Farhanah takda masalah perut, takda masalah pembuangan ke apa, setakat ni memang susu Anmum Essential serasi je dengan dia. Memang dia akan mintak susu ni waktu pagi, petang dan malam. Dia akan cakap 'mommy nak susu Anmum Essential'..hehehe. 


Bila nampak perubahan Farhanah, lebih ceria, nad memang teruskan bagi susu Anmum Essential dekat dia.


Menurut kajian yang dikongsikan oleh Anmum Essential dalam laman webnya, Ganglioside (GA) membantu dalam pembentukan hubungan sel-sel otak. MFGM pula menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku. Manakala DHA bantu sokong perkembangan otak dan prebiotik membantu menyokong persekitaran usus yang baik. Persekitaran usus yang baik membantu menyokong sistem pertahanan badan.


Pemakanan dan rangsangan yang baik penting untuk lapan aspek perkembangan kanak-kanak. Lapan aspek penting perkembangan merangkumi pertumbuhan fizikal, persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan fizikal, daya tahan tubuh yang baik, perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar, perkembangan mata yang menyokong keupayaan untuk memberi tumpuan dan belajar serta perkembangan sosial dan juga emosi.


Kalau korang nak cuba Anmum Essential untuk anak, korang boleh je minta sample untuk anak cuba dulu. Macam Nad buat, yela, kita nak tengok keserasian anak dengan susu yang diberi. Jangan risau, boleh je equest sample di https://www.anmum.com/my/en/sample-request 
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Wahh.. Baru tahu anmum ada susu untuk anak-anak juga.. Ingatkan untuk mak-mak je..

    ReplyDelete
  2. Betul tu Nad. Rawlins pun baru perasan yang susu rumusan pun ada gula sebenarnya. Good info dan I will share this info with my sisters and cousins.

    ReplyDelete
  3. Anmum is a good milk brand for kids. Their health is our responsibility. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. Baguskan sekarang, ada cara untuk tingkatkan imunisasi anak-anak, kalau time Sis dulu Ammum ni hanya untuk ibu, sekarang untuk anak pun ada.. moga anak-anak Nad membesar dengan sihat dan cergas..

    ReplyDelete
  5. This is an interesting article with so many useful tips. Learned so much about parenthood from you today. definitely recommending annum to my friends and family!

    ReplyDelete
  6. This is healthier and better option for the kids kan.. tanpa gula tambahan tue yang penting! baru Nell tahu rupanya Anmum ni pun available for the kids kan..

    ReplyDelete
  7. Bagus jenama susu ni, banyak khasiat dan diluluskan. My anak buah also minum susu jenama ni.

    ReplyDelete
  8. My children used to drink anmum milk when they were younger. No doubt that this is a good brand of milk.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2