hai assalammualaikum

Cantik, Sihat Luar Dan Dalam Dengan BeauSiti, Produk Kesihatan Dato Sri Siti Nurhaliza - Setelah 2 tahun kita tak dapat beraya, alhamdulillah tahun ini, kita dapat beraya dengan penuh meriah dan pulang ke kampung halaman. Lagi meriah raya kali ni bila Nad dapat Gift Box Indah Rentas Raya BeauSiti dari Dato Sri Siti Nurhaliza. Sesuai sangat tema ' Indah Rentas Raya ' dengan raya kali ni. Teruja sangat tau nampak isi dalamnya. Raya ni kita cantik dan sihat dengan BeauSiti.

Siapa yang tak kenal dengan Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi yang dikenali dan diminati ramai. Memiliki suara yang merdu, wajah yang cantik dan penyayang. Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga dikenali sebagai Tokti, bukan sahaja berjaya dalam nyanyian, malah kini menjadi usahawan yang berjaya. Selain produk skincare dan makeup Simply Siti, Siti Nurhaliza memperkenalkan produk minuman kesihatan dari BeauSiti iaitu Beautessence, Beaunest dan Beaukids yang bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan bahkan juga kesihatan. 



Cantik, Sihat Luar Dan Dalam Dengan BeauSiti, Produk Kesihatan Dato Sri Siti Nurhaliza 

Dengan gaya hidup aktif dan moden sekarang, kesihatan dan kecantikan amat dititikberatkan. Kalau boleh biarla selari, bukan setakat luaran sahaja, dalaman pun kita kena jaga. Dengan pengambilan produk di bawah jenama BeauSiti, membantu kita untuk dapatkan wajah yang cantik, badan yang sihat dan cergas sepanjang hari. 


Ni la antara barang yang nad dapat dalam Gift Box Indah Rentas Raya BeauSiti. 
1) Kad ucapan
2) Sampul duit raya
3) 5 x Beautessence
4) 1 x Beaunest - Honey, Lemon and Peach
1 x Beaunest - Honey, Pomegranate and Dates
5) 2 x BeauKids Aafiyah from BeauSiti X WonderLab (Strawberry Flavored)
6) Kuih raya

Jenama BeauSiti telah dilancarkan pada bulan September 2019 dengan hanya satu produk minuman kesihatan botani untuk wanita yang dinamakan – Beautéssence. Setelah setahun, BeauSiti menyambut ulangtahunnya yang pertama, Dato’Sri Siti Nurhaliza menghasilkan 2 produk terbaru iaitu Beautessence yang berwajah baru dalam pek sachet dengan formulasi terkini dari Jepun dan Beaunest, minuman toni berasaskan sarang burung dengan pilihan rasa yang lebih enak! Terbaru BeauSiti mengeluarkan BeauKids minuman untuk kanak-kanak. 

Jom tengok kebaikan produk keluaran BeauSiti iaitu Beauessence, Beaunest dan BeauKids.


Beutessence by BeauSiti

Beautessence, produk pertama keluaran BeauSiti. Sebagai tanda penghargaan dan seiring melangkah ke hadapan, Beautessence telah dinaiktaraf dengan teknologi formulasi terbaru dari Jepun! Keunggulan formulasi Cerephon F yang membantu menyerahkan kulit dalam masa 8 minggu! 

Beautessence telah dilancarkan dalam bentuk sachet yang lebih mudah dibawa , kualiti terbaik dikekalkan dan mampu dimilik dengan harga yang berpatutan. 


Kebaikan Advance Formula Beautessence Cerepron F
• Membantu mencepatkan proses pencerahan dan kulit dan wajah
• Menggalakkan penghasilan kolagen secara semulajadi
• Membantu memudarkan jeragat dan parut jerawat 
• Membantu memperbaharui sel-sel tubuh dan kulit
• Bertindak sebagai Agen Anti Penuaan agar kekal Awet muda
• Mengekalkan keanjalan kulit wajah dan badan secara menyeluruh
• Membantu kulit menghalang radikal bebas seperti sinaran UV matahari 
• Membantu penjagaan lapisan kulit dari dalam agar kesan selamat dan berpanjangan

Kelebihan Beautessence
• Mengandungi antioksidan polfenol tinggi untuk kecantikan kulit
• Membantu melambatkan proses penuaan
• Membantu meningkatkan keanjalan aset wanita
• Membantu mengawal keguguran rambut
• Mengandungi serat untuk melancarkan pencernaan bagi mengawal berat badan
• Membantu meningkatkan sistem imun 
• Gabungan nutrilock harian yang efektif
• Menyokong kesihatan menyeluruh

Beauessence dalam bentuk sachet, mudah diaminum dan dibawa kemana-mana. Nad suka jenis sachet terus minum ni. Tinggal koyak dan minum. Rasa masam-masam tapi sedap.


Beaunest by BeauSiti

Beaunest adalah minuman tonik terbaru dari Dato’Sri Siti Nurhaliza. Ditenun oleh burung walet dari air liur mereka, sarang burung yang boleh dimakan adalah salah satu tonik yang paling popular dalam Perubatan Tradisional Cina dan diyakini keberkesanannya sejak azali. 

Beaunest mempunyai 2 perisa iaitu Delima, Madu dan kurma dan Lemon, Pic dan madu tanpa gula tambahan dan bahan pengawet yang menjadi keunikkan utama Beaunest dalam menembusi pasaran Malaysia. 


Kelebihan Beaunest
• Membantu menyihat & mencantikkan kulit (glow booster)
• Membantu melambatkkan proses penuaan
• Membantu memperbaiki ganguan tidur agar lebih nyenyak
• Membantu melancarkan penghadaman
• Membantu meningkatkan daya tahan badan
• Membantu melegakan keletihan dan menyokong pemulihan pernafasan USP Beaunest
• Beaunest mempunyai rasa yang sedap gabungan madu, delima dan kurma
• Menggunakan pemanis semulajadi madu dan kurma tanpa tambahan gula
• Tanpa bahan pengawet 

Harga sekotak Beaunest RM 75.00, dalamnya mengandungi 6 botol.

Suka nad dengan rasa Beaunest ni, lagi best kalau minum sejuk-sejuk, segar terus badan ni tau. Bagi dekat suami pun dia cakap sedap. 


BeauKids By BeauSiti

Hah, produk keluaran BeauSiti ni bukan untuk orang dewasa sahaja , malah untuk anak-anak pun ada.
Nad bagi minum dekat anak-anak, diaorang cakap sedap. Rasa strawberry dan ada jeli sedap di makan. Packaging pun menarik je, buat anak-anak suka.

Minuman jeli berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab yang diperbuat dari
Puri Strawberi khas untuk kanak-kanak memberi fokus kepada pembangunan kanak-kanak yang sihat, membantu dalam perkembangan otak dan meningkatkan sistem imun badan kanak-kanak yang sihat.


Manfaat dan kelebihan minuman berkhasiat BeauKids dari BeauSiti X WonderLab:
• Diperbuat dari Puri Strawberi
• Kaya dengan multivitamin (Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik)
• Meningkatkan pembangunan dan fungsi otak
• Membantu mengekalkan fungsi imun badan yang sihat

Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab, telah diformulasi khas untuk kanak-kanak berumur dua (2) tahun ke atas untuk dijadikan minuman dan snek pilihan. 


Dipasarkan pada harga yang berpatutan, setiap kotak Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids
Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab boleh didapatkan pada harga RM59.00 sekotak yang
mengandungi 10 pek minuman berkhasiat setiap kotak.

Hah, banak kelebihan setiap produk BeauSiti. Produk ni selamat untuk diminum, berkualiti tinggi, telah berdaftar dengan KKM dan semestinya  produk yang Halal.

BeauSiti didorong oleh falsafah ‘Balanced Beauty’. BEAUSITI adalah pemakanan yang ideal dan berkhasiat untuk pengurusan kesihatan dari hujung kaki ke kaki. Ia dibuat untuk individu moden dan bercita-cita tinggi yang berusaha untuk membuat yang terbaik dalam hidup mereka - BEAUSITI MELENGKAPI MU. 

Kalau korang berminat dengan produk BeauSiti, boleh dapatkan di www.beausiti.my atau beli melalui ejen yang sah SitiZen. 


Jangan lupa follow instagram @beausitiofficial untuk melihat testimoni, atau info berkenaan BeauSiti. 
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Wow... awesome lah Beausiti box set nie. Love the products inside and also the packaging. Thank you for sharing your review, Nad.

    ReplyDelete
  2. Sis sampai sekarang masih minum birdnest beausiti ni ha... bila letih je togak sebotol, sentiasa ada stok kat rumah...

    ReplyDelete
  3. Menariknya set dari Dato' Siti nih. Tengok ramai juga yang kata Beausiti bagus untuk kesihatan dalaman.

    ReplyDelete
  4. bestkan semua barang beausiti .. nampak menarik semuanya...suka dgn beaunest

    ReplyDelete
  5. Nak juga gift box Raya dari Beausiti! Tak pernah cuba lagi produk TokTi. Maca-macam ada rupanya. Thanks for sharing. Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  6. Banyak produk yang Dato Siti dah keluarkan ye. Macam best je beutessence tu

    ReplyDelete
  7. Rawlins pun jadi teruja nak try produk supplemen Beausiti nie. ALmaklum usia dah makin banyak, makin banyak kena jaga kan

    ReplyDelete
  8. BeauKids By BeauSiti is attracting me because their design is cute. Good info. I will check it out

    ReplyDelete
  9. after reading your article, i am very excited to try her brand new bird nest product! not only does it look delicious, but the packaging is amazing too!

    ReplyDelete
  10. My friend also tried this and memang bagus, nanti i nak try Beaunest Honey

    ReplyDelete
  11. bestnya ... nak jugak ! hahahah . adui k.azni mmg kena amik kut sbb ada masalah kolagen nih

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2